Tuesday, July 31, 2012

Kuew teow kerang + salmon taucoo pedas

Ini ajer berbuka arinih.. Diam tak diam arini dah masuk 11 hari berpuasa.. Cepat masa berlalu.. X sabar nak balik kg..


Talapia sambal kering

Gambar ajelerr.. Tu pon da tggal kepala ni lauk berbuka smlm.. Simple aje mkn dgn kuah sayur lodeh


Saturday, July 28, 2012

Cucur enoki berudang

Berbuka semalam...
Mudah aje...
Sepeket cendawan enoki cincang
2 keping roti putih siat siatkan
Segenggam taugeh
10 ekor udang cincang
Tepung gandum
Serbuk lada sulah
Serbuk kunyit
Garam dan air
※ Gaulkan semua dan goreng dlm minyak panas.
Gnote

Wednesday, July 25, 2012

From gnote

Sekian lma dah aku dgn g note ni tapi satu benda x tahu... So ni nsk testing testing


Daging Masak Lomak Cili Api


yang sebenarnya tekak ni teringin sangat nak makan daging salai lemak cili padi.., tapi nak salai daging sendiri malas ya amatt yelah bukan sama salai cara kampung dengan dalm oven tu lain wehh...


jom layan resepi yeah...


bahannya

1kg daging lembu - dihiris nipis
10 tangkai cili api *
2 cm kunyit hidup *
2 batang serai - di ketuk
1 biji bawang besar *
semua bahan bertanda * tumbuk lumat

santan 2 bji kelapa - asingkan santan cair dan santan pekat
1 biji ubi kentang
tomato ceri - takde pon takpe
garam
sedikit sahaja asam keping


cara2nya

masukkan semua bahan yang ditumbuk bersama - sama daging dan secawan air tutup periuk dan didihkan daging hingga lembut, kemudian masukkan serai dan santai cair serta ubi kentang didihkan lagi hingga ubi kentang empuk akhir sekali masukkan santan pekat, asam keping serta garam didihkan kuah, kena selalu dikacau bila dah mendidih masukkan tomato ceri dan matikan api.

selamat mencuba ya..!!

Tuesday, July 24, 2012

Garlic Toast with mushroom soup


kadang2 sahur camni pun dah ok dah.. tak payah yang berat2 semalam nqdin dan Ica hanya mengambil cereal dgn kurma untuk sahur..., aku memadai dengan supplement dgn air secukupnya dan kurma..


ok sebenarnya dah ada recipe untuk garlic bread ni dedulu tapi biasanya aku wat camni... ambil segugus bawang putih cincang halus / tumbuk halus gaulkan dengan seketul butter (xkisahlah buttercup, scs ke apa ke) taburkan thymes, oregano, basil dan parsley kering, gaul rata2 dan simpan dalam peti sejuk bila nak guna sapu aje pada roti dan bakar dalam oven/ microwave. sebenarnya bila dah ada garlic butter ni boleh juga buat scrambled egg utk sarapan pagi ataupun nasi goreng ringkas yang mudah dan cepat penyediaannya.


kalau nak lagi senang beli aje yang dah siap.. hehehe soup cendawan tu beli instant aje masak suhu sederhana dengan susu segar dan tambahan cendawan butang yang dicincang. sudah mampu membuka selera.

Monday, July 23, 2012

fast update juadah berbuka hari ke 3


Taknak membazir jugak..makanya lebihan ketupat segera sudah den jadikan lontong goreng.., dah lama tengok resepi ni kat dapur izzah daud muffin lover tu tapi kali inilah baru berkesempatan membuatnya hubby surelah buat muka pelikkan.. sebenarnya harini dah 2 hari dia berbuka kat tempat kerja dan ada 3 hari lagi dia kerja shif malam tak dapatlah berbuka dengan keluarga.


lontong goreng ni macam mee goreng atau nasi goreng gak, tumis2 letak pes cili, sos tiram seafood mcm udang atau sotong dan gaulkan sebati.. alhamduliilah sedap makan ni aje waktu berbuka kenyang dan dah lega alhamdulillah tapi kena jugalah masak yang lain.. hmm gambar kat bawah tu bake spiral.



bake spiral ni pun antara yang senang juga..

sepeket spiral san remo rendam dengan air panas biarkan sedikit lembut, tumiskan bawang putih dan bawang besar yang didadu halus, pes cili masukkan juga isi ayam kacau hingga naik aroma masukkan satu tin kecil prego sos kacau rata masukkan spiral gaul sebati masukkan basil dan oregano serta parsley kering masukkan dalam caserole taburkan cheese.., yang ada dalam peti tu mozarella hentam ajelah susunkan buah zaitun hitam dan capsicum kuning. bakar dalam oven tutupkan dengan kertas timah 20 minit pertama dan buka kertas timah, bakar lagi 10 hingga 15 minit berikutnya.


gambar ni bokeh sangat lerr adoii masih tak ada masa lagi nak study kamera nih... dok giler instagram pulokk jom follow saya...



bekal en other half...

2nd day berbuka 2012


oleh kerana taknak membazir.., saya rebuskan ketupat segera aje.. taugeh, suhun goreng dan buat  bergedil serta siat siatkan ayam panggang semalam,  dan modified sup semalam jugak huhuhu n bikin sambal kicap cili padi maka jadilerr soto...

ok nak buat bergedil cara saya manyakk senang ambil 4 biji ubi kentang kupas, potong baji dan goreng hingga empuk, letak setengah sudu teh ketumbar, jintan manis dan jintan putih serta setengah kiub ayam tumbuk semuanya kalau suka boleh tambahkan sedikit bawang goreng, daun sup dan daun bawang serta lada sulah sebagai penambah aroma. bulat2kan celup telur dan goreng.

sambal kicap pula hanya perlukan cili padi dan cili merah serta seulas kecil bawang putih tambahkan garam, gula sedikit cuka dan kicap manis kisar lumat dengan sedikit air panas.


pengat keledek.., sebiji sederhana besar keledek purple potong dadu rebus dengan cha cha warna warni hingga empuk dan cha cha kembang, masukkan sedikit garam, gula pasir, gula melaka, daun pandan dan santan didihkan kacau selalu dan jadi pemanis mulut untuk berbuka.. senangkan..!!

Alhamdulillah 3 hari sudah kita berpuasa..


minta maaf kualiti gambar adalah tidak memuaskan 1st day puasa dah warning hubby n anak2 pls jgnlah membazir beli macam2 kat bazaar tu.. x larat tengok meja penuh... sebab bukannya boleh makan banyak pon.. ala kadar aje masuk perut tu... itupun dah sarat dengan air laici, milo panas, kopi tarik, susu dutch lady pening nak hidang cemana... bilala dapat duduk rumah baru neh!!
 itupun sebab 1st day kan syarat g juga beli kuih keria dan cucur badak serta 3 keping karipap, ketupat palas tu saya yang goreng.


sebenarnya sehari sebelum puasa kami sekeluarga dah pon shopping sakan baju2 raya anak2 bulan puasa nanti leh relax fikir masak apa untuk sahur dan berbuka baju2 pun dan siap label n masuk beg nnti senang nak balik kampung. so bila dah shopping xderlah prepare apa2 balik dari kuantan mlm tu terwaih di masjid iium kuantan, pukul satu pagi den masak ikan salmon kicap aje tuk bersahur alhamdulillah juga berseleralah makan sahur pagi tu n inilah juada berbuka hari pertama tempohari.


saya masak nasi ayam tapi ayam tu panggang dengan herba italy.., nasi ayam masak cam biasa aje, bawang besar, bawang putih dan halia tumis dengan planta dan daun pandan masukkan beras dan kiub ayam masukkan air garam dan gula tanak hingga masak.

sup pulak saya hanya gunakan bawang putih, halia, sup bunjut tulang masak dengan garam serta lada sulah didihkan taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng.

ayam pulak saya perapkan dengan basil. parsley, tyhmes, oregano, kicap pekat, sos tiram, lada sulah, serbuk kunyit, bawang putih, halia kisar, garam dan rosemary semua herba tu yang kering biarkan dalam setengah jam sebelum panggang dalam oven lebih kurang 25 minit sebab ayam tu semua dah siap potong.

untuk sos pula cili padi, cili merah, garam, gula, sos cili, sedikit cuka dan air panas blend hingga hancur.
selain tomato, timun dan salad serta sedikit kicap dari lelehan ayam panggang.


hmm Nqdin sedang berselera meneguk air laici hiks.. alhamdulillah dia puasa.



inilah rezeki kami hari pertama puasa tempohari..

Lauk yang simple pembuka selera


Kadang2 lauk camnih pun dah membuka selera nak makan ye tak..?


senang aje nak sediakannya... beberapa biji tomato cerry, timun, bawang merah, cili padi dan baby carrot potong mengikut kesukaan dan gaulkan aje dengan thousand island.. nyumssss

 
pekenalak dengan talapia goreng garing dan.. ikan pekasam

 
goreng ikan pekasan garing taburkan bawang besar yang didadu dengan cili padi dan perahkan limau kasturi... berasap wohooo tak tau nak cakap lerr..



 nnt saya share pulak resepi asam tumis pedas ikan patin tu haaa.. yek next entry..

Friday, July 6, 2012

Brokoli celup tepung


suka sangatlerr kan benda - benda celup tepung nih... inilerr kudapan petang tadi... kruk krak kruk krak ngadap tv drama Korea  huih citer apa lagi citer Ahjumma tu laa bila ntah nak habis geram betul dengan di saemi tuh!! agaknya last2 dia ni jadi giler kot... tapi dah banyak2 tengok citer Korea derang ni cam kita gak mostly hepi ending mehhhh!!! insaf dan bahagia... gitulerr..


rajin lak husband den ngambik gambo masa mengoreng..


ok aku kalau masak sure nak senang dan duduk dapur tak lama sebab ada banyak kije lain nak buat..

bahan2nya
2cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
sedikit serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk lada sulah
air secukupnya
garam
gaul rata semua bahan pastikan tak berketul2 kang masa goreng meletup.


sebenarnya apa2 sayur pun boleh buat camni, cendawan, terung dan bayam best tau.. tapi jumpa 2 ketul brokoli dalam peti so apa kata goreng ajer brokoli makan gak sayur budak2 ni nanti.. celupkan brokoli dalam tepung dan goreng dalam minyak panas hingga masak, makan suam - suam dengan sos thousand island.

Mee Krinting Goreng Seafood


Salam sayang semua...

masa jalan2 kat pasaraya entah kenapa berkenan pulak tengok mee krinting nih.. beli sebungkus... dok simpan dalam stok kabinet, bila teringin nak makan masak lerr..., alih2 dia terperosok kat belah belakang heheh sekali jumpa adeiii masa bila beli ni ek..?? tanya sendiri jawab sendiri sib baik tak expired lagik buka laci peti sejuk ada lerr bahan2 nak masak so... nilerr jadinya...

jom layannnn...


bahan2nya


5 keping mee krinting saiz maggie mee sekeping2 rendam dengan air suam bagi lembut. basuh dan toskan.
1 biji bawang besar - didadu halus
3 sudu pes cili kering yang telah dikisar
udang dan sotong
sayur sawi
1 biji tomato - di cincang
sos tiram, sos cili dan sedikit kicap
1 sudu kecil rempah kari ikan.

cara2nya

masukkan 3 sudu besar minyak masak dan tumiskan bawang bila dah naik bau masukkan pula pes cili kacau hingga pecah minyak masukkan tomato cincang dan rempah kari masukkan sotong dan udang juga gaul rata biarkan seketika hingga sotong dan udang masak masukkan sedikit air jika terlalu kering.

masukkan segala sos (sos tiram, sos cili dan kicap - agak2 yerr) kemudian rasa kalau perlu masukkanlah garam dan gula sebagai penambah rasa.

akhir sekali masukkan mee dan sayur sawi kalau kering tambahkan air suam kacau rata dan hidangkan panas.

Wednesday, July 4, 2012

salam SYAABAN

Asslammualaikum.. salam nisfu syaaban untuk semua pembaca mahupun folower.. saya mohon maaf jika ada cerita saya kurang disenangi segelintir pembaca moga buku lama kali ini membawa kebaikan untuk semua dan semoga buku baru bakal menjadi yang lebih baik dari buku yang lama.

kita semua sudah tahu.. ramadhan juga tidak lama lagi bakal menyusul.. saya amat rindu berblog seperti dahulu tetapi kesibukan saya menjadikan blog ini kusam seketika.. dan mohon maaf jika tiada hadiah istimewa untuk folower.. harapan saya semoga semua yang folow blog ini dengan keihlasan insyaAllah keberkatannya tetap ada. salam sayang buat semua...