Friday, November 23, 2012

Fetuchini Bolognese wih chicken ball


hmm  sebelum aku lost track.. semalam berbuka buat pertama kalinya untuk tahun ini menziarahi bazar ramadhan dengan keinginan membeli nasi kukkus, murtabak daging, buah melaka, buah tembikai, jelly kelapa, popiah dan roti jala... tadaaa... semua habis kecuali nasi kukus ada balance lagi sebungkus aku dah 2 hari ni tak mkn nasi x lalu,tapi dok menghentam benda2 lain lerr..


arini kita share lagik recipe western yang memang dah jadi kegemaran anak2 fetuchini bolognese.., campak2 aje lagipun sos prego readymade dah ada senang keje lorr...


bahannya
1 bungkus fetuchini san remo rebus hingga lembut
1 sudu teh pes cili (orang melayukan kasik pedas sket hiks!!)  atau  serbuk cayenne
1 labu bawang holand yang kuning tu - potong dadu
1 biji tomato - dicincang
1 batang lobak merah saiz sederhana - dicincang
1 batang celery - dicincang
2 cawan daging lembu cincang
beberapa biji bebola ayam atau daging
1 tin kecil prego sos traditional
serbuk thymes dan basil
sedikit air rebusan fetuchini
minyak zaitun
garam dan serbuk lada hitam


cara2nya

Fetuchini yang direbus di toskan gaulkan dengan sedikit minyak zaitun atau butter, supaya tak melekat.

Tumiskan bawang besar dengan pes cili hingga lembut, masukkan daging cincang kacau sebentar dan masukkan semua sayuran cincang (tomato, lobak merah, celery) kacau rata bila daging agak empuk dan mesra masukkan sos prego dengan bebola ayam serta 1 cawan air biarkan dalam 5 minit.

Tambahkan air jika kuah terlalu pekat, masukkan serbuk thymes dan basil serta garam dam serbuk lada hitam.

bolehlah dihidangkan dengan taburan daun parsley segar ini takde parsley kering ajerlah dengan cheese.



Tuesday, November 20, 2012

Lasagna

Assalammualaikum...
selamat pagi.. dah sarapan jom sarapan lasagna...


sebenarnya dah buat beberapa kali lasagna nih... tapi kali ini tergerak hati nak follow resepi dari dapur kak ita masam manis yang rasanya di kalangan blogger masakan siapa yang tak tau kan.. banyak gambar2 gojes yang boleh membuatkan kita meleleh air liur melihatnya...
tak di nafikan... resepi ini mudah dan senang.. sebab sebelum ni aku lebih rela guna tomato puree atau sos tomato dengan tomato cincang tapi gunakan sos prego lebih mudah dan cepat... nak lihat resepi asal sila kesini...


KUAH DAGING

300g daging cincang ~ lagi sedap kalau guna daging burger sebab berperisa
1 botol prego ~ botol kecil - aeinio guna tin kecil
2-3 batang celery 
cendawan butang ~ dihiris
2 biji tomato ~ didadu - aeinio guna 4 biji
1 biji lobak merah ~ dadu - aeinio tak letak
1-2 sudu besar cili boh ~ jika suka pedas
2-3 ulas bawang merah ~ cincang halus
2-3 ulas bawang putih ~ cincang halus
Sedikit lada sulah 
Garam secukup rasa 
Gula secukup rasa
3 cawan air 
1/2 Capsicum merah ~ dihiris -  aeinio tak letak
1/2 Capsicum hijau ~ dihiris -  aeinio tak letak
1 kiub daging ~ ita tambah
Sedikit lada hitam ~ ita tambah

Panaskan minyak untuk menumis.
Tumiskan bawang merah dan putih sehingga naik bau. 
Masukkan cili boh, tunggu sampai pecah minyak, kemudian masukkan daging cincang. 
Ita tambahkan kiub daging
Masukkan 3 cawan air tadi, tunggu sehingga daging sedikit masak dan tambahkan garam (lebihkan air pun tak mengapa, sebab tujuannya untuk melembutkan kulit lasagna kemudian) 
Masukkan Prego, dan sedikit gula jika perlu. 
Masukkan sayur-sayuran tadi, mulakan dari sayur yang agak keras dahulu. Tunggu sehingga mendidih, padamkan api.
Setelah  kuah daging siap ketepikan. Kita sediakan cheese sauce



CHEESE SAUCE

2 sudu besar mentega 
4 sudu besar tepung gandum 
115g Cheddar cheese ~ Mozarella pun boleh, tapi Cheddar/cream cheese senang cair untuk buat cheese sauce tu. Mozarella sesuai untuk tabur kemudian. - aeinio guna cream cheese.., mozarella dan parmesan di tabur di bahagian atas..
2 cawan susu segar 
Sedikit garam

Cairkan mentega, kemudian masukkan tepung gandum, kacau sehingga sebati. 
Alihkan dari api, masukkan susu, kacau sehingga tepung tidak berketul, barulah dipanaskan semula. 
Masukkan cheese, kacau setiap masa, masukkan garam sedikit.
Kemudian padamkan api.


aku wat cheese sause tu mcm berketul2 sket lerr... terpekat... wat lapis2 cam dalam gambar tu ek... masa melapis2 nih kejap2 anak jenguk dapor huhuhu tak siap lagik kerr bu...???


buat lapisan hingga habis taburkan mozarella cheese dengan parmesan cheese beserta daun bawang... terbakar sekali walaweyyy... tengok jerlaa gambo sebelum dan selepas di bakar...


tergaring sket di bahagian tepi...


tadaa hasilnya sebelum nih tak dapeklaa nunggu sejuk sebelum di potong ni pon.... tak berapa nak sejuk gak nih... hmm selesai sudah...

BAHAN HIASAN 


1 kotak instant Lasagna ~ bergantung pada besar bekas caserole

Hirisan ceddar cheese ~ untuk tabur atas
Serbuk Parmesan Cheese ~ ita tambah jika suka
Sedikit lada hitam di tumbuk kasar ~ ita tambah jika suka
1 pokok daun bawang ~ dihiris untuk tabur atas 



Panaskan oven pada suhu 180 C

Sediakan bekas caserole atau bekas aluminium
Oleskan bekas dengan butter


Lasagna tak perlu di masak ye!

Aturkan kepingan lasagna di dasar bekas caserole hingga menutupi dasar bekas

Tuangkan sedikit kuah daging tadi ~ tujuan kuah daging berair supaya lasagna tidak perlu di masak terlebih dahulu
Tuangkan sedikit cheese sauce tadi
Taburkan daun bawang
Ulang langkah ini di setiap lapisan sehingga habis memenuhi bekas
Bahagian atas atau lapisan yang terakhir adalah kulit lasagna
Tuangkan baki Cheese Sause
Pastikan kuah daging tadi menenggelamkan sebahagian besar adunan lapisan tadi   
Taburkan hirisan Chedar Cheese dan Parmesan Cheese
Akhir sekali taburkan lada hitam jika suka
Bakar dalam oven pada suhu 180C selama 40 minit atau sehingga masak
Untul memastikan lasagna telah masak, kulit lasagna kelihatan lembut apabila di cucuk dgn lidi.



Keluarkan lasagna yang telah siap di bakar

Biarkan ia sejuk selama 20 minit sebelum di potong.
Hidangkan bersama taburan daun bawang jika suka.



kalau nak kan tips boleh ke blog kak ita ek.... aku copy resepi jerr... tips dari aku.. kalau rajin buatlerr kalau malas order jer hehehehe.. :)

Sunday, November 18, 2012

cake coklat cake coklat


weeyyy.. coklat cake...


ohhhhh coklat cake...


walllaaa coklat cake.. layan gambo jer ler yearrr..

Tuesday, November 13, 2012

Ikan Gelama Goreng berlada


Ikan kekek mak iloi2
Ikan gelama mak ilai2... 
hehehe korang sambung sendiri ek....  meh layan recipe...

bahan2nya
beberapa ekor ikan gelama saiz sederhana dilumurkan garam dan kunyit digoreng hingga garing
pes cili (cili kering yg dibuang biji dan kisar halus)
1 biji bawang besar - di hiris bulat
air asam jawa
gula n garam
sedikit belacan
minyak masak

cara2nya
Tumiskan pes cili bersama belacan hingga pecah minyak... proses menumis cili memang agak lama nak bagi cili betul2 garing, dapur pun memang cantik tau dengan cili merecik2 hahahaha....
bila dah garing masukkan gula dan garam bagi cili berkilat atau bertukar warna merah kehitaman, masukkan air asam jawa dan hirisan bawang besar... bila dah mendidih masukkan ikan gelama goreng tadi gaul rata dan sedia untuk dihidangkan...

Monday, November 12, 2012

Siakap Rampai Rasa


Asaalammualaikum...
masak ikan siakap aje... sebenarnya resepi hentam ek... saiz ikan ni agak besar sampai  penuh kuali masa mengoreng nak guna kuali yang besar tu takut melekat laa pulak pepandailah yer...


 jom layan resepi.. kepada yang sudi..


bahan2nya
2 ekor ikan siakap siap dibersihkan dilumurkan garam dan serbuk kunyit dan goreng hingga masak dikedua belah bahagian.
1 sudu besar taucoo
1 sudu besar pes asam jawa adabi (tanpa biji)
1 cawan sos cili
1 cawan sos tiram
1 tangkai cili merah - hiris
10 tangkat cili padi 5 biji merah dan 5 biji hijau - hiris
2 cm halia - hiris
2 biji bawang besar - dadu
5 ulas bawang putih - hiris
minyak untuk menumis
garam dan gula
sedikit sayur brokoli dan 5 kuntum cendawan shitake


cara2nya

basuh bersih cendawan shitake hiris dan goreng tanpa minyak selama lebih kurang 5 minit kacaukan selalu bila cendawan mula kering air angkat dan ketepikan.
tumiskan cili dan bawang hingga naik aroma masukkan pes asam jawa dan taucoo kacau merata masukkan sos cili dan sos tiram serta secawan air ikut kepekatan yang anda mahukan.
kacau hingga mereneh.
apabila sudah mendidih masukkan perasa garam dan gula masukkan juga sayur brokoli dan cendawan shitake.
setelah siap dan mesra simbah atas ikan siakap yang telah digoreng tadi.

Friday, November 9, 2012

Yesss it's Graduation Day...

first time dedulu tengoj sambutan graduation day ofcozlaaa dua orang adik comel saya dedulu, diikuti dengan anak sulung dan seterusnya... akhirnya Nurdini lak ada graduation day untuk tamat belajar sekolah rendah! huhuhu tak pernah oiii... 

aku dedulu langsunglah tak merasa camnih!! dari tadika sampailah sekarang, tapi aku just tertanya2 lah jugak pesal ek depa nak buat camnih??? tertanya2 ajer..., tapi biasalah malas nak pikir... mungkin orang yang dok sarungkan benda tu fahamlah apa rasa kot aku tak paham... agaknyalah kan... kui kui kui..


thanks alot to kak sina yang snap gambar2 ni..., sila tengok gambar makcik perasan kat bawah tu yerr..


dah terperasan kak sina nak ambik gambo jadi sengih lebolaa... walaupun tengah cakap dgn anak suh makan cereal pagi2 tu ibu busy majlis tak start lagi, ayah pula sudah tentulah lena sebab balik keje malam...

nota untuk diri sendiri...., mungkin sebagai ibu ada sesetengahnya yang seronok or bangga giler kot bila ada anak yang berjubah lengkap camni.., aku seriusli tak rasa apa2 tapi oklah.. buat suka2 sebab dalam kepala aku tak ubah cam paderi dalam gereja!! ini sekadar pendapat akulah... x kisahlah kalau ada yang tak suka dengan pendapat aku... huhuhu siapalah akukan.... :))

Asam Tumis Pedas Ikan Patin


Assalammualaikum... minta maaflah entry tertunggak.. huhuhu.. jom layan resepi ek... ini bukanlah juadah berbuka sebaliknya juadah harian sebelum berpuasa lagi.. semalam hari keenam berpuasa kami pertama kalinya untuk tahun ni ke bazzar ramadhan.., itupun kenala limit berbelanja tengok semua rasa nak beli semua tapi kena dan perlu elakkan pembaziran alhamdulillah apa yang kami beli semalam 90% habis.. lega rasanya..



selalunya bila ikan patin selalu sangatlah disajikan dengan masak tempoyak atau lemak cili padi.. terus terang aku kureng sket ikan sungai ni tapi encik separuh nyawa tu suka.. sesekali layanlah selera dia.., opss sesekali ke..?? selalu layann kan kan kan..! memandangkan ikan ni jenis berlemak aku tukar masak asam pedas lerr.. ok jugak.. aku x makan pun amik kuah sket sib baik ada telur.. aku jamahlahh.., selebihnya makan ikan goreng ikan sungai kalau yang goreng tu tekak ni boleh terima laa..


bahan2nya
10 tangkai cili kering (buang biji dan rendam air panas hingga lembut)
2 tangkai cili merah
5 ulas bawang kecil
3 ulas bawang putih
sedikit belacan
sedikit halia
sedikit kunyit hidup >< 1/2cm
1/2 sudu teh ketumbar biji
1/2 sudu teh jintan manis
1/2 sudu teh jintan putih
(semua bahan dikisar halus)

bahan tumis
1 ulas bawang merah hiris
1 ulas bawang putih hiris
1/2 sudu teh halba
minyak masak (agak2 ajerlah agar cili garing)

bahan lain
ikan patin - basuh dan bersihkan (basuh ikan sungai gunakan asam limau, asam jawa ataupun rendam dengan garam kasar)
air asam jawa
daun kesum
garam dan gula serta air secukupnya..

jom masak :-

panaskan minyak dalam kuali atau periuk yang sesuai masukkan bahan tumis kacau hingga naik aroma terus masukkan bahan yang kisar masak hingga pecah minyak bila dah masak (time ni boleh kurangkan minyak jika terlebih minyak) masukkan air asam jawa garam dan sedikit sahaja gula juga tambahkan air mengikut kepekatan yang dikehendaki didihkan kuah. setelah mendidih barulah masukkan ikan dan daun kesum jaga - jaga ikan patin ni sangat berlemak dan lembut jadi dia mudah hancur kacau berhati - hati. bila kuah dah mula mendidih dan ikan masak bolehlah matikan api.., kalau suka boleh juga tambahkan kacang bendi atau tomato. selamat menerai ek... hepi cooking!! :)



Thursday, November 8, 2012

Taufu Kukus dengan brokoli dan udang kering garing berkicap


Ringkas berkhasiat dan sedappp


jom layan resepi...

bahan2nya
1 keping tahu lembut (biasanya dijual dalam kotak)
brokoli
udang kering
hirisan bawang besar
hirisan cili padi
garam / kicap
minyak


cara2nya
sediakan mangkuk dan kukusan, masukkan tahu dan brokoli kukus selama 7~10minit, sementara mengukus panaskan minyak dalam kuali dan goreng garing udang kering masukkan bawang dan cili goreng hingga layu akhir sekali boleh masukkan kicap atau kicap cair, tuangkan  bahan tumisan atas tahu kukus tadi...

Monday, November 5, 2012

Barley Mata Kucing gula melaka


Air ni mmg peberet ni... seingat aku masa kecik2 dulu mak mmg selalu masakkan barley utk aku, suruh minum sebelum p sekolah petang sbb aku tak berapa suka minum susu so air barley ni mmg kena minum sokmo selain horlicks.. masa pengalaman dalam pantang pula mak juga rajin masakkan aku air mata kucing ni yg di rebus.. dia suruh minum panas2 campurla dgn pati ikan haruan atau air akar kayu sedaplah sikit minum katanya... hehehe tahu anaknya ni bab2 nak minum ni susah sket... oklaa skang ni ,aku mmg tengah rindukan mak huhuhuhuhu.. meh layan resepi.... kali ni aku telah combined sedap woooooo......  tak caya teraiii lor...

bahan2nya
sepeket buah mata kucing kering (beli kat giant)
1 ketul gula melaka
1 cawan barley
2 sudu besar gula pasir
1 sudu teh esen pandan / daun pandan
air secukupnya

cara2nya
rebus semua bahan... buah mata kucing dan barley hingga barley kembang dan lembut masukkan gula pasir dan gula melaka beserta esen pandan atau daun pandan, didihkan. rasa jika terlampau manis tambahkan air.. masak hingga gula melaka hancur dan barley benar2 lembut.. boleh di minum sejuk (tambahkan ais), atau panas.. sedappp

Friday, November 2, 2012

Strawbery Cheese Cake


Pening nak masukkan gambar entah kenapa berapa kali cuba asyik taknak masuk aje failed manjang heran betul..!! sebetulnya ni cake masa raya haji tempohari resepi ikut hentam sesedap rasa.. alhamdulillah rasa tak menghampakan... so nak share ler kat sini untuk rujukan diri sendiri dan anak2 kelak pada yang nak try pon tak jadi masalah...

bahan2nya
500 gram cream cheese (tatura brand)
100 gram gula castor
2 biji telur
1 sudu besar perahan lemon
1 sudu teh vanilla esen
2 sudu besar tepung gandum halus (ayak dahulu)

cara2nya
putar telur dengan gula hingga sebati, masukkan cream cheese putar lagi hingga putih dan ringan, masukkan esen vanila dan jus lemon, perlahankan kelajuan masukkan tepung gandum halus putar dan habiskan selebihnya.
Alaskan loyang dengan kertas minyak dan sapukan butter.
masukkan adunan kedalam loyang dan masukkan pula loyang kedalam dulang berisi air (steam bake) masukkan dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 180 kepanasan atas dan bawah. bakar hingga sedikit kekuningan dan tukar suhu kepada kepanasan bawah sahaja tambahan jarak masa 3 hingga 5 minit. setelah itu keluarkan dan sejukkan sebelum dipotong.

topping cake
1 mangkuk buah strawberi segar di hiris
3 sudu jem strawberi
1 sudu teh gula perang
2 sudu besar air

* masak dalam periuk dengan api sederhana hingga sebati dan pekat, matikan api dan sejukkan.

(bila cake dah sejuk sapukan dengan fresh cream dan tuangkan manisan srawberi atas cake...)