‘suka
hati engkau lah.. kalau kau rasa apa yang engkau buat ini betul…’
‘memanglah
betul kalau dah kena tangkap khalwat nikahkan aje..’
“betul
– betul kita nikahkan mereka..” sahut orang kampung dengan gempita, hancur
luluh lagi perasaan Rohani apatah lagi hati Armila yang mendengarnya.
‘tutup
mulut kau Murad…’ Rohani sudah mengalirkan airmata perasaannya sebak tak tentu
arah bercampur malu yang membuak – buak, ikutkan hatinya mahu sahaja dia
memukul Armila depan orang kampung supaya semua orang tahu bahawa dia bukan tak
pandai mengajar anak.
Tetapi
dia masih rasional sepanjang 3 tahun berjauhan dengan Armila belum pernah sekalipun
anaknya itu mencontengkan arang dimukanya malah anaknya itu sangat utuh
pendirian dan tahu menjaga tatasusilanya.
‘sudahlah
kak Ani.. janganlah menangis lagi.. benda dah jadi..’ pujuk Ijjah disisinya.
‘tuan
Haji memang elok kita nikahkan mereka ni malam ini jugak tak payah tunggu – tunggu
lagi..’ Pakcik Murad bersuara kepada pegawai pencegah maksiat itu.
‘ya..,
ya…!! kami tahu jalankan tangung jawab kami, kamu tak perlu risau… ya En
Murad..!! kita bukan nak bergaduh disini.., sila jangan buat bising, kita mahu
selesaikan masalah..’sindir pegawai dan Pakcik Murad tersengih kelat.
‘selepas
ini bolehlah kamu keluar dari kampung ni Ani.. malu kalau kau terus tinggal
disini..’ kata Murad sinis kepada Rohani. Rohani hanya diam sebaliknya dia
terus memeluk anaknya yang terusan menangis. Kalau diturutkan hatinya mahu
sahaja dicilikan mulut Murad perangai dia sama sahaja dengan isterinya itu.
Di
dalam bilik Hazri berteleku di tikar sejadah berdoa memohon keberkatan.
“ya..
Allah.., aku redha jika ini ketentuanmu, jika ini jodohku yang telah engkau
permudahkan, walaupun dengan cara begini hanya engkau yang maha mengetahui, aku
bermohon jika inilah ketentuan darimu aku memohon keampunan dan keredhaan dalam
penyatuan hati kami, limpahkan rahmat dalam pernikahan ini utuhkan kasih sayang
dan cinta antara kami, amin ya rabbal alamin..”
Hazri
akur pada paksaan ini, walaupun dia sedar dia sukakan Armila, tetapi baginya
masih terlalu awal untuk membuat keputusan sebegini drastik, dia tidak mahu
mama dan papanya terkejut, dan pernikahan ini berlangsung tanpa pengetahuan
kedua orang tuanya.
Tanpa
banyak berfikir sesudah membuat solat sunat hatinya tenang menerima pernikahan
itu biarpun dalam keadaan begini dia rela dirinya dinikahkan dengan Armila
Eryna hanya kerana menjaga maruah gadis itu selain bibit cinta sudah mula
membara dalam hatinya.
Dengan
sekali lafaz Armila Eryna Binti Abbas sah menjadi isteri kepada Hazri Iskandar
Bin Hj Rosli pada detik dan saat malam yang bersejarah itu mereka telah sah
menjadi suami isteri. Pernikahan ini berlangsung hanya dengan kain pelikat dan
sehelai t shirt berkolar berwarna krim berserta kopiah putih manakala Armila
memakai kurung pink dengan tudung berwarna putih pakaian yang dipakai untuk ke
rumah makciknya, tiada sekeping pun gambar kenangan di hari pernikahan mereka.
Armila
menerima pernikahan ini dengan linangan airmata hanya sedu sedan yang
kedengaran dihari bersejarah mereka, dan jauh disudut hati Hazri mesti sukar
untuk Armila menerima dirinya, dia tahu dan dia juga tidak akan memaksa andai
aku bukan lelaki yang dia cintai.
Sebaik
akad nikah selesai, Hazri membayar wang mas kahwin RM250 serta sebentuk cincin
di jari, yang dikeluarkan dari jari kelingkingnya, cincin pewter kepunyaannya
di sarungkan ke jari Armila sebagai tanda pernikahan mereka.
Armila
mencium tangan Hazri seperti dalam keterpaksaan, dia tidak langsung mahu
menatap wajah Hazri Iskandar ketika itu, perasaannya berkecamuk segala –galanya
sepantas kilat berlaku apa yang bakal terjadi kelak adalah sukar untuk dia
gambarkan persoalan dimindanya “akan kekalkah hubungan ini..?”.
Manakala
Hazri juga hanya bersalam tanpa menciumnya, perasaannya sebak dan gembira
akhirnya dia bertemu jodoh dengan gadis yang menjadi igauannya, singkat masa
terakhir ini, tetapi dia tidak pasti dalam hati gadis itu “adakah rasa cinta dihatinya
untukku..?”. Persoalan yang masih tiada jawapan.
Bila
majlis selesai dan semuanya bersurai, Makcik Ijjah membancuh kopi di dapur,
Armila ke biliknya mengambil seutas tasbih kayu kokka yang menjadi kesayangannya ketika di belinya semasa
mengerjakan umrah dahulu, dia keluar bilik mendapatkan Hazri duduk di buaian
yang masih termenung di luar memerhati ikan di dalam kolam, sejak datang ke
mari disitulah menjadi tempat kegemarannya sering sahaja Armila melihatnya
bermenung disitu selain membelek kameranya dan mengambil gambar – gambar ros
kepunyaan ibu, Armila duduk di bangku sebelah. Malam semakin larut, tetapi
rumah itu yang riuh tadinya kembali sepi yang kedengaran adalah bunyi tv dan tiada
siapa pun yang menontonnya.
‘Is…’
suaranya serak kerana terlalu banyak menangis. ‘maafkan Mila.. Is, ini semuanya
salah Mila.., maafkan Mila kita difitnah Is…’
‘bukan
fitnah Mila.. ini jodoh kita… kita kena redha... Allah yang maha mengetahui..’
‘tapi
Is...’
‘tak
ada tapi lagi Mila… sudahlah…, kita dah sah sebagai suami dan isteri..’ Hazri
senyum tenang memandang wajah isterinya itu.
‘Mila tiada
hadiah untuk Is, terimalah ini pemberian ikhlas dari Mila sempena hari ini,
Mila harap Is dapat menerimanya’ dengan penuh harapan supaya Iskandar menerima
pemberiannya yang tidak seberapa itu, dengan penerimaan itu dia beranggapan
Iskandar sudah pun menerima dirinya sebagai isteri.
‘terima
kasih… maaf juga Is tak sempat belikan apa-apa untuk Mila, insyaAllah ada
rezeki nanti Is gantikan cincin yang Mila pakai tu dengan yang baru…’ Armila
menekup mulutnya dia kembali sebak, airmatanya tumpah lagi tidak mampu
dibendung lagi perasaan ini, dia berlari ke biliknya.
Hazri
membiarkan malah dia juga perlu memujuk hatinya sendiri, biarlah
Armila redakan dahulu perasaannya, sedangkan dirinya juga perlu bersendirian
perlahan – lahan menerima keadaan yang telah berlaku ini.
Hazri
menghirup kopi suam sambil berbual dengan ibu dan makcik Ijjah. Ibu banyak kali
meminta maaf kepada Hazri atas apa yang telah terjadi dan amat berharap supaya
Hazri tidak mensia – siakan hidup Armila, jika Hazri ingin terus sudi menjadi
suami Armila dan jika sebaliknya Ibu berharap Hazri dapat selesaikannya dengan
cara paling berhemah.
.jpg)
