Bab 10
Puas
memujuk Ibu supaya tinggal dengan Armila di Johor, namun masih hampa makcik Ijjah
juga melarang ibu pergi, dia berjanji akan temankan ibu selalu. Begitulah
mereka sesekali ibu akan berada dengan makcik Ijjah ataupun makcik Ijjah akan
berada dirumah ibu. Kerana tidak mahu juga menambah beban yang ada Armila tidak
membawa ibunya berjumpa dengan mama Hazri.
Mereka akan
pulang ke rumah sewa Armila, Adam juga masih belum tahu bahawa kakaknya telah
pun berkahwin alasan ibu supaya Adam lepaskan kursus terakhirnya sebelum di
diserapkan jawatan polis itu, Ibu berharap Adam boleh ditugaskan di Negeri
Sembilan. Manakala Armila ibu serahkan segalanya kepada Hazri Iskandar.
‘pandai
– pandailah kamu mencorakkan kehidupan kamu lepas ini.. Mila dan Is, selalu –
selalulah jenguk Ibu bila ada kelapangan dan cuti panjang’. Pesan Rohani
sebelum mereka berangkat pulang.
‘baiklah
ibu.. kami pergi dulu..’
Mereka
berdua bergerak ke Johor Bahru selepas waktu zohor. Perjalanan jauh itu
sebenarnya menimbulkan kecamuk di hati mereka berdua, Hazri masih temui jalan
buntu mahu perkenalkan Armila dengan ibunya, Armila pula masih belum bersedia
andai Hazri membawanya berjumpa dengan orang tuanya.
‘Mila...’
lembut Iskandar memangil setelah lama mereka tidak bersuara masing – masing
melayan bunyi celoteh radio Sinar FM dan melayan fikiran masing – masing.
‘ya...’
Armila menoleh memandang Iskandar yang tenang memandu.
‘apa
yang Mila fikirkan..?’ Iskandar sekadar memulakan bicara tidak tahu bagaimana
mahu bercerita tentang kehidupannya kelak.
‘Is
antara kita sebenarnya perlu berbincang...’ Armila memulakan wadah, dia terdiam
menarik nafas panjang.
‘Is pun
ingin suarakan perkara yang sama kita perlu berbincang...’ Iskandar pula
memulakan bahasa. Radio diperlahankan.
‘patutkah
kita rahsiakan perkahwinan kita ini Is..?’ tanya Armila sopan.
‘sebenarnya
tak patut..’ Iskandar tersenyum masih tenang memandu.
‘macam mana
kita nak berterus terang, ibu dan ayah Mila macam tu mereka sendiri susah
hendak dibawa berbincang, Mila minta maaf Is, kerana Mila, Is terbabit dengan
masalah ini..’ Armila melepaskan nafasnya, dia mula dibayangi peristiwa malam
itu.
‘Mila
kita sememangnya tak patut rahsiakan perkahwinan kita cuma Is belum temui cara
yang sesuai untuk berterus terang dengan mama itu aje, kalau ikutkan hati…, Is
redah aje... tapi Is tahu hati mama, tentu mama akan terkejut, kalau mama tahu
dari orang lain pun mama akan terkejut juga, itu yang buat Is buntu, buat masa
sekarang Is masih belum jumpa jalan keluar itu.
‘Is...
sebenarnya.. sebenarnya... Mila.....’
‘sebenarnya
apa Mila...’ Iskandar mula tidak sabar dengan kenyataan Armila yang merangkak –
rangkak.
‘Mila....
tak patut susahkan Is, Is tak patut terima dan tanggung ini semua.., Mila yang
bersalah, biarkanlah, Is boleh tinggalkan Mila, jika Is tiada pilihan..’
Akhirnya
perkara yang berat terluah juga, sememangnya dia tiada niat membabitkan
Iskandar dalam kemelut hal ehwal keluarganya, lagipun mereka tidak kenal antara
satu sama lain tiba – tiba sudah terpaksa memikul status suami dan isteri.
‘apa...???
maksud Mila..?? berpisah..?? macam tu?? Semudah itu?’ sinis dia bersuara terasa dadanya membahang, “sepatutnya
dia bersyukur mereka sudah sah malah sudah bebas melakukan apa sahaja tanpa
dosa, baru beberapa hari sudah fikirkan tentang berpisah..” desis hati Iskandar
yang marah.
“semudah
itu Armila berfikir, perkahwinan ini suatu anugerah setiap insan mendapat
anugerah lelaki mendapat isteri begitulah sebaliknya, kenapa dia berfikiran
begitu, tidak bolehkah dia terima aku yang telah pun menjadi suaminya walau
tanpa cinta sekali pun...” marah dalam
hatinya. Dia diam tidak menyahut atau memberi sebarang jawapan sebaliknya hanya
dengusan marah yang kedengaran.
‘Is..
Mila tak bermaksud begitu, tetapi kalau itulah jalan yang terbaik, Mila akur
Is..’
No comments:
Post a Comment