Bab 11
Iskandar
memakir keretanya, dia memandang anjung rumah keluarganya otaknya berfikir
bagaimanakah penerimaan mereka akan berita ini nanti dan dirumah inilah dia
mahu bersama Armila nanti, perlahan dia keluar dari perut kereta dan membuka
kunci pintu rumah. Tanpa memberi salam dia masuk perlahan – lahan.
‘Lewat
kamu balik Is..’ sapa mama.
‘mama
tak tidur lagi ke...? terkejut Is, lewat ma... kuar makan dulu tadi, hantar
Armila balik rumah dia...’
‘dah makan
lah ya... papa subuh esok baru balik lusa giliran Is pula ya... hmm macam nilah
mama, kalau ditinggal papa ada kamu, bila kamu dengan papa tak ada, tinggallah
mama seorang aje..’
Mama
mengeluh dalam hatinya “kalau terjadi apa – apa dengan aku orang lain lebih
utama, berbanding aku ibunya sendiri..” Mama terkilan dengan perangai Iskandar
sejak akhir – akhir ini, anak itu selalu sahaja mementingkan Armila hatinya
menjadi panas dengan gadis bernama Armila.
‘hahaha...
nanti Is bawa menantu..., boleh temankan mama...’
‘iye..
bila..??’ terkedu dia mendengar pengakuan Iskandar anak tunggalnya itu.
‘InsyaAllah
minggu depan Is bawa dia balik... Is penatlah ma.. tidur dulu ya.. nite mama luv u... mmuahhh..’ mencium
pipi dan tangan mama sebelum naik ke bilik.
Masuk
sahaja dalam bilik, Hazri menyelongkar laci meja mencari buku simpanan, “kena
keluarkan duit untuk membeli sedikit keperluan.
“kasihan
dengan Armila kelengkapan rumah sewanya tak seberapa.., banyak yang tiada, yang
ada katil bujang dengan sebuah almari, peti sejuk kecil serta mesin basuh dan
dapur masak, sofa tiada cuma ada sepasang kerusi plastik dengan meja lipat.”
Dia
turut mengeluarkan beg besar mengambil separuh pakaiannya untuk dibawa kerumah
Armila esok.
Senyap
– senyap apabila pasti bahawa mama sudah lena, Hazri membawa beg pakaiannya masuk
ke dalam kereta malam itu supaya esok dia tidak perlu bersoal jawab dengan mama
tentang beg besarnya itu. Sebelum melelapkan mata dia menghubungi Armila.
‘Mila...
dah tidur ke..?’
‘belum...
Mila berkemas sikit, dah lama tinggalkan rumah.’
‘pintu
dah kunci semua..?’
‘dah...
sebelum balik tadikan Is dah periksa semua..’
‘jangan
keluar tau... kalau nak buang sampah pun tunggu esok..’
‘ya...’
‘esok
Is jemput petang.., pukul 3 Mila habis
kerjakan...?’
‘ha’ah..
Is.., Pontian dengan Johor bukannya dekat.. Is tak datang pun tak apa Mila ok..,
dah biasa dah.. lagipun esok Mila bawa kereta sendiri nanti susah pula..’
‘ya tak
ya juga, esok ajelah kita jumpa.., lusa Is dah kerja esok memang kena datang..
oklah Mila pun penat juga kan.. tidur.. tau..’
‘ok... Mila
minta maaf Is... selamat malam..’
‘Nite...’ “I love you” kata suara hatinya
entah kenapa perkataan itu payah untuk dilafazkan terlalu berat biarpun begitu
dalam maknanya.
Untuk
mengambil hati mama, Hazri sempat bersarapan dengan mama, menemaninya ke pasar pagi
itu dengan papa, dan berbual mesra dengannya katanya ‘malam nanti Is balik mama..,
Is ada hal sikit siang ni.., malam nanti, insyaAllah Is balik...’ mama cuba
memahami tetapi hati keibuannya tetap terasa.
Sampai
sahaja di Johor dia segera ke klinik Armila bekerja, meminta kunci rumah, dia
ke kedai perabut dan membuat kunci pendua Hazri juga membeli segala kelengkapan
iaini set bilik tidur, set sofa dan meja makan, rumah sewa mereka yang
sederhana membuatkan Hazri memilih barangan yang bersesuaian tidak lupa juga
kabinet dapur segera yang sesuai dengan dapur comel mereka.
2 comments:
Selamat pagi Aeinio.... masih sembunyi lagi?
selamat malam amie... tak habis2 lg dgn masih sembunyi...!!
Post a Comment