Bab 12
‘Apa..!!!’
terbuntang mata mama melihat anak mata Iskandar anaknya yang baru sahaja tadi
mengaku dia telah bernikah dengan Armila. Meledak perasaannya apabila dia tahu
mereka berdua menikah kerana tertangkap atau mudah bahasa kasarnya “tangkap
basah”.
‘benar
bu…’ Iskandar menunduk matanya memandang lantai diruang tamu rumahnya itu.
‘ohhhhhh..’
Ibu tersandar di sofa buatan Italy didalam rumah itu.
‘Is
boleh rahsiakan keadaan ini, tapi sampai bila..? sebab tu mahu tak mahu Is
tetap beritahu mama dan papa..’
‘macam
mana boleh berlaku macam tu..??’ papa pula menyoal.
Papa
turut terperanjat tidak disangkanya anak tunggal itu akhirnya bagaikan termasuk
perangkap wanita itu. Mama sudah bangun mengambil minyak angin menyapu di
kening dan belakang telinganya.
‘kenapa
kamu tak hubungi papa masa tu..??’ kenapa kamu mudah sahaja menerima perempuan
sebegitu..??’
‘Is tak
mahu papa dan mama malu.. lagipun Is lelaki, Is yakin Is benar – benar cintakan
dia.. cuma Is masih tak tahu samada dia cintakan Is ataupun tidak..’
‘habis
tu kenapa kamu terima dia..??? kamu yakin ke boleh bahagia???’
‘ma…
cinta tu boleh dipupuk ma kami dah sah sebagai suami isteri pun.. insyaAllah
akan ada rasa cinta antara kami. Kebahagian itu bukan datang bergolek ma.., Is
pasti kebahagiaan itu ada dan kita yang perlu cari.’
‘orang
muda memang mudah berkata – kata..? apa keturunannya? Mana asal usulnya
semuanya kamu dah tahukah?’ soal ibunya lagi bertubi – tubi.
‘jangan
– jangan kamu ni diperangkap Iskandar?’ papa pula bersuara menambahkan rasa
senak dalam benak Iskandar.
‘mama…
papa esok Is akan bawa dia kesini Is yakin mama dan papa akan sukakan Armila,
tolonglah restui kami itu sahaja permintaan Is ma…. Pa…’ Iskandar merayu.
Dia
sekadar mahukan restu orang tuanya hanya itulah bakal memberi sinar kebahagiaan
dalam rumah tangga yang baru dibinanya itu. Hatinya menangis bila melihatkan
keadaan mama yang terluka dengan kejadian itu.
‘abang
aji.. awak tolong saya ni.., bawak saya ke bilik… biarkanlah anak awak ni dia
dah bijak pandai uruskan dirinya sendiri dia dah tak mahu kita ni sebagai orang
tua dia barangkali.., sampai hati dia buat kita begini…’ Mama bangun dari sofa
dan menarik tangan papa.
‘ma..
sudahlah nanti tekanan darah tinggi awak naik.. marilah berehat..’
‘mama..
maafkan Is, mama…, pa… maafkan Is..’ Iskandar keluar dari rumah itu.
Dia membawa
peralatan cameranya, dia kepantai menunggu senja dia sendiri terluka, lebih
baik dia mengambil gambar sunset di
pantai itu bagi meredakan hatinya yang kecamuk dengan penerimaan keluarganya
sebegitu, bagaimana dengan Armila pula sangat kasihan dengan isterinya itu
mungkin pelbagai lagi dugaan berat yang terpaksa dia harungi dengan sikap mama
yang sebegitu.
“Aku
cintakan kau Mila… ketahuilah sampai akhir hayat.., aku akan jaga engkau
selamanya, aku yakin cinta ini akan bersemi selamanya dalam hatiku hanya untuk
engkau Armila…” jeritnya dalam hati seraya itu ranting kayu di balingnya di
pantai itu.
Dia
kembali ke rumah, waktu marghrib. Suasana didalam rumah sunyi dan sepi mama dan
papa keluar malam itu dia membawa sebungkus mee rojak untuk Iskandar,
sebaliknya mereka berdua berlalu pergi tanpa sepatah bicara. Papa masuk ke
bilik pejabatnya manakala mama pula terus masuk ke dalam biliknya.
Iskandar
menguis – nguis mee rojak di dalam pinggan, dia hilang selera. Dia bangun dan
membuang mee rojak itu dan membasuh pinggan disingki dia membancuh secawan
horlicks 3 in 1, dia menghidup perlahan sambil menekan punat sms untuk
bertanyakan khabar Armila tetapi dia memadamkan sms itu. Tidak jadi!.
Iskandar
berlalu ke biliknya matanya pejam selepas mengaji dia tenang dan menunggu hari
esok agar dia boleh membawa Armila pulang bertemu keluarganya. Tidak kisah apa
yang akan terjadi Armila tidak akan dilepaskan. Dia amat berharap Armila tabah
melalui apa jua rintangan dalam rumahtangga ini kelak.
No comments:
Post a Comment