Armila habis
waktu kerja jam 5 petang, sebulan Armila bekerja normal, sembilan pagi hingga
lima petang manakala setiap Sabtu dan Ahad bercuti hujung minggu.
Pada petang
Jumaat itu Hazri datang ke rumah sewa untuk bertemu dengan isteri tercinta.
Rasa
bahagia bila rumah itu berhias rapi, ada sebuah permaidani kecil diruang tamu
ada hiasan bunga disudut rumah dan meja ruang dapur juga sudah beralas kemas,
hiasan yang dibeli oleh Armila nampak comel dan ringkas tidak serabut mata
memandang, bila masuk ke dalam bilik ada sepasang lampu tidur comel di setiap sebelah
katilnya, pakaian Hazri juga sudah tersusun kemas dalam almari.
Tenang
jiwanya bila berada dalam rumah ini, dia terlupa tentang peristiwa semalam yang
telah dia lalui biarlah hanya aku yang tahu tidak Armila, biarlah aku yang
tanggungnya sendiri bukan Armila, terkebil dia memandang kipas disiling rumah,
tanpa sedar dia terlena dalam biliknya.
Petang
itu sewaktu pulang dari tempat kerja Armila sudah nampak kereta Hazri terpakir
di halaman rumah, dia senyum sendiri..
‘tak
beritahu pun dah sampai... hmm’ dalam peti ada pizza yang dibuatnya semalam
nanti bolehlah dipanaskan untuk minum petang.
Bila Armila
masuk ke dalam rumah senyap, tercari – cari dimana bila menjengah ke dalam
bilik, melihat Hazri terbaring atas katil dengan kunci kereta masih ditangannya,
stokin pun tidak ditanggalkan.
Armila
mendekati Hazri dia mahu menanggalkan stokin itu tetapi tidak jadi risau
suaminya terjaga dari tidur, dia mengambil kunci kereta dengan perlahan dan
meletakkannya di meja sisi, suhu kipas dalam bilik diperlahankan.
Sekilas
dia memandang wajah Hazri ketika tidur, itulah kali pertama dia menatap wajah
mulus suaminya yang lena, mahu sahaja dia mengucup kening suaminya itu atau
berbaring dilengannya tetapi hasratnya mati disitu. “siapalah aku ini.. mungkin
dia sendiri tak pernah sukakan aku..”.
Armila
berlalu keruang dapur tidak mahu mengusik suaminya itu, tentu letih berulang
dari Pontian ke sini tambahan pula jalan di Johor Bahru ni selalu sahaja sesak.
Armila
mandi dan solat Asar dia bersiap kalau boleh mahu sampai awal ke sana boleh
solat marghrib disana nanti, dia memilih baju kurung Pahang berwarna biru
lembut dengan bunga – bunga kecil warna merah jambu, tudung pula warna yang
seakan sama, dia ke dapur, sempat dia menjengah ke dalam bilik dia melihat
Hazri sedang solat, dia memanaskan pizza dan membancuh kopi segera.
‘Mila
dah siap...?’ sapa Hazri.
‘hmm
dah...’ dia bersalaman dengan suaminya itu. ‘minum abang..’
‘hmm..
ada pizza beli kat mana..?’
‘Mila
buat malam tadi, yang ini tuna dan yang ni pulak pepperoni’
‘betul
ke Mila yang buat..?’ Iskandar mengunyah dengan kerutan didahinya,
‘betullah...
kenapa??’ adoiii memang aku suka buat pizza yang pedas sikit.
‘wow
pizza ni ada rasa cili kalau macamni…,’
‘gulp...
sedap ke tak sedap...?’
‘bukan
kalau pizza sepatutnya rasa tomato ke??’ Iskandar mengusik sebenarnya dia suka
amat suka akan rasa pizza itu lain dari yang lain.
‘biasalah
tekak Mila ni tekak sambal belacan, kalau tak nak makan tak apalah...’ Armila
dah mula merajuk. “alangkah indahnya kalau kita bercinta dan berkahwin you’ll be my man yang akan aku paksa
makan apa sahaja yang aku masak... walaupun benda tu bantat atau tak sedap, i dun care...” katanya dalam hati.
‘saper
cakap tak nak, sedappp ni.... kalau Mila nak tahu abang memang suka makan pedas
so inilah pizza tersedap yang abang pernah makan.. malaysian pizza.. oppss
silap pilah pizza,opss silap lagi Philadelphia pizza heheh, mana Mila belajar
masak ni.., selama abang makan masakan Mila satu pun tak pernah fail semuanya past...’
‘belum
tahu lagi.. ada juga yang fail...’
‘dahlah
jom.. nanti lambat pula... yang ni bungkus abang nak makan dalam kereta, Mila
bawa air sekali..’ Iskandar mengarah.
1 comment:
nice day :)
hargailah hari kemaren,
mimpikanlah hari esok,
tetapi hiduplah untuk hari ini.
bagi-bagi motivasinya yaah...
http://wisataoutboundmalang.com/
http://www.nolimitadventure.com/
Post a Comment