nuffy

Thursday, January 31, 2013

Masih Sembunyi (ms 102 & 103)


Debaran dalam dada menuju ke rumah mertua tetap terasa, Armila tidak tahu bagaimanakah situasi itu, harapannya agar semuanya dipermudahkan.
Dalam kereta mereka berbual – bual tentang mama dan Armila juga ada membeli sehelai telekung dan tudung untuk dihadiahkan kepada ibu mertuanya dan sepasang kurta dan kain pelikat untuk ayah mertuanya.
‘Mila.. sebenarnya abang sudahpun menceritakan tentang perkahwinan kita kepada mama dan papa... semalam..’
‘betul ke bang..?’ Armila bertanya cemas. Hazri Iskandar angguk “Ada peristiwa sebenarnya semalam...”  keluhnya dalam hati sambil melepaskan keluhan berat.
‘mama tentulah sukar nak terima anak tunggalnya berkahwin kerana ditangkap khalwat..’ Akhirnya Iskandar melepaskan apa yang terbuku dihatinya, biar Armila faham sekiranya dia menerima layanan dingin nanti.
‘sesiapa pun susah nak terima kenyataan abang... Mila faham..’ Armila terdiam kaku menelan liurnya.
 ‘Mila... bila kita sudah berkahwin maknanya itu sudah jodoh kita, abang dah jelaskan kepada mama tetapi mama.., hmmm abang tak kisah Mila... yang penting kita perlu jumpa mereka restu ibu dan ayah itu penting.. biar mereka jelas tentang segalanya..’
‘mama dan papa abang tahu hal keluarga Mila..? tentang ayah Mila..?’ Armila bertanya lagi.
Hazri angguk.
Armila agak terkejut lemah terasa semangatnya bila hal itu diketahui keluarga Hazri.
‘abang ceritakan semuanya.. ke?’
‘taklah... dia sekadar tahu antara ibu dan ayah itu ada masalah orang ke tiga..  itu aje..’
Armila sedar dia sepatutnya lebih bersedia hadapi saat – saat ini, tetapi dia amat berharap tidak menerima layanan dingin dari keluarga mertuanya. Apa yang paling utama dia sudah tahu bahawa keluarga mertua tahu mereka sudah sah sebagai suami isteri itulah hakikatnya.
 Sebaik sahaja mereka sampai di perkarangan kediaman suaminya, Armila melihat akan kecantikan rumah itu sebuah banglo dua tingkat yang agak besar. Mama dan papa tidak menyambut kehadiran kami dimuka pintu, sebaliknya mereka sibuk dengan hal masing – masing, tidak lama selepas itu azan marghrib berkumandang.
Mama menghampiri Armila dan mengarahkan bibik membawa Armila ke bilik tetamu. Armila mengikut sahaja bibik Yam dengan menjinjit beg kertas berisi telekung dan sepasang kurta sebagai hadiah untuk mertuanya.
Armila solat di bilik tetamu, sebaik menunaikan solat dia ketandas menunaikan hajat, ‘alamak... sahke solat tadi.. patutlah rasa lain macam, rupa –rupanya hmmmm’ Armila di datangi hari – hari wanitanya, manakala awal – awla lagi Hazri sudah naik ke biliknya untuk bersolat.
Setelah hampir sebulan menikah sekalipun tidak pernah dia berimamkan Hazri Iskandar, tiba – tiba Armila berasa sedih, dalam hatinya berkata – kata “bagaimana sebenarnya badai rumahtangga yang bakal dirempuhinya kuatkah dia dalam melaluinya nanti?”.
Armila merasakan agak janggal berada dalam keluarga Hazri, dia sedar kehadirannya bukanlah dialu – alukan malahan dia sendiri tahu bahawa keluarga Hazri sudah sedia maklum akan kebenarannya. Kebenaran mereka sudah sah sebagai suami isteri, tetapi mereka tidak diberikan bilik yang sama ketika sampai disitu, bukanlah niat Armila mahu sebilik dengan Iskandar dia sendiri masih belum tidur sebilik dengan suaminya itu tetapi, tindakan mama tadi yang terus sahaja menyuruh bibik membawanya kebilik tetamu, membuatkan dia rasa agak terkilan dihatinya.
Armila ke dapur sangkanya mama ada di dapur rupa- rupanya hanya ada bibik. Hazri mencarinya hingga ke ruang dapur lalu memanggil Armila duduk di ruang hadapan bersama keluarganya. Armila berkira – kira “sukakah mereka dengan hadiah yang aku bawa ni..? memanglah tidak mahal tetapi…” memikirkan niatnya memang ikhlas membeli hadiah itu untuk mertuanya dia memberikannya juga.
‘Kamulah Armila...?’ sapa papa seraya pemberian Armila hanya diletakkan di atas sofa di sebelahnya tanpa langsung melihatnya.
‘ya...’ Armila menjawab sambil angguk kepala.

4 comments:

zana fahmi said...

Maaf ye Aeini, kakpb jarang dpt follow cerita ni. Bagaimana pun besar bakat yg ada dlm diri puan blog, boleh terbit novel.

saifudin abu izzudin said...

nice day :)
hargailah hari kemaren,
mimpikanlah hari esok,
tetapi hiduplah untuk hari ini.
bagi-bagi motivasinya yaah...

http://www.nolimitadventure.com/

MamaFaMi said...

Huhu..bila nak sambung ni?

aeinio said...

Kak pb... Alhamdulillah manuskrip ni dah lulus utk diterbitkn cuma kena q lg.... Masih sabar menanti.. InsyaAllah...
Mamafami.. Soriiiii lappy meggot... Auto publish jerr... Tq mama.... Tunggi buku dia kuar ek... Mmuahhh..