Salam 2013.. sungguh cepat masa berlalu semoga tahun ini akan maju bertapak - tapak lagi... dan semoga apa yang terlepas dahulu dapat ditunaikan tahun ini aminnn... semoga hidup kita semua terus dirahmati dan berlimpah ruah lagi rezeki aminnn... (x kiralah dalam bentuk wang mahupun kesihatan aminn)
mohon maaf pada yang komen sebab lambat membalas... nak blogwalking pon dah tak segagah dulu... masa sangat terhad!! tambahan lagi sekarang ni... asyik hujan ajerrr line tenet jadi lembab gilerr... kepada yang folow t kasih... harap2 ikhlas hendaknya...
akhirnya says mohon maaf atas segala kekurangan jika ada salah dan silap saya juga pohonkan keampunan... sekali lagi semoga 2013 memberi sinar kebahagian dan keceriaan disepanjang hidup kita semua...
‘entah
apalah nasib aku ni Ijjah, sudah jatuh ditimpa tangga, lemas aku dengan apa
yang terjadi ini hendak meraung pun dah tak berguna lagi..’ sayu suara Rohani
mengadu nasibnya pada adiknya Ijjah.
‘dahlah
kak... Ijjah pun dah rasa apa yang akak rasa bezanya Ijah diceraikan akak pula
begini, dah nasib kita kak.., nak mengadu dengan emak pun, emak dah tua nak
terima cerita – cerita sebegini..’ Ijjah pula terkenang nasib dirinya.
‘Kak...
Ijjah tengok baik budak Iskandar tu, kasihan juga dengan Armila, dia tidur sama
ke kak?’
‘entahlah
tak perasan pulak aku, biarlah dia pun dah sah menikah..’
‘eh tak
lah kak masuk bilik lain – lain, masing – masing tak bersedia lagi jadilah
begini..’ Ijjah meninjau ke belakang dia memerhati kedua bilik itu lampunya
terang.
‘biarkanlah
Ijah, Mila itu letih sebenarnya biarkanlah dia berehat esok aku bersembanglah
dengan dia.. apalah hendak jadi dengan nasib keluarga aku ni..’ bergenang lagi
kelopak matanya, ingin menangis sepuas hatinya mengenangkan nasib anak
sulungnya itu sungguh malang dan kasihan, dia turut menerima nasib yang sama
akibat perbuatan ayahnya seluruh kampung mencemuhnya.
Malam
itu tidak seperti pengantin baru yang lain meskipun hati dan perasaan Hazri
terhadap Armila Eryna sangat mendalam, dia belum tahu lagi perasaan gadis itu
terhadapnya, walaupun dia tahu dia berhak memiliki haknya sebagai suami tetapi
dia juga sedar dia sendiri masih belum bersedia, akhirnya dia mengambil
keputusan untuk tidur di bilik Adam seperti juga malam yang lepas- lepas.
Hazri Iskandar
bersolat tahajud jam 3 pagi itu, dan dia beroleh ketenangan kesangsiannya
terhadap jodohnya kini telah pasti, dan dengan begitu mudah Armila menjadi
miliknya yang sah, dia tersenyum sendiri ketika mengingatkan saat pertama
memandang Armila di klinik hampir 2 bulan lepas, dan kini tanpa perancangan apa
–apa gadis berlesung pipit itu menjadi kepunyaannya. “Dialah tulang rusuk kiri
ku… dia hak aku…!!”
Apa
yang menjadi hal utama bagaimana harus berterus terang dengan mama dan papa.
Hazri
keluar dari biliknya perlahan dia cuba memulas tombol pintu bilik Armila, ingin
melihat isterinya itu, pintu itu tidak berkunci sebaik pintu terbuka dia
melihat Armila sedang solat, lama dia berdiri dimuka pintu itu melihat sujud
Armila yang panjang bersama esak tangisnya, usai Armila solat Iskandar mengetuk
pintu bilik itu.
‘Mila...’
Iskandar masuk ke dalam bilik.
‘Is tak
tidur ke..?’ Armila membuka telekungnya.
‘dah
tadi.., lepas tu terjaga... sudahlah Mila janganlah menangis lagi’ Hazri masuk
dan terus duduk dibirai katil menghampiri Armila, dan Armila pula berganjak
sedikit tidak mahu rapat dengan Hazri, dia terasa malu lelaki yang baru sangat
dikenalinya ini tiba –tiba telah sah menjadi suaminya kini. Hazri Iskandar akur
dia juga sangsi dengan perasaan isterinya itu, dia juga turut menjarakkan
kedudukannnya.
‘Is
sedih tengok Mila begini... tak elok Mila terus menangis... sejak petang tadi..,
sejak melihat ayah... dan hal kita pula.. sudahlah... tak baik untuk
kesihatan..’ Armila diam air matanya meleleh keluar dia terasa ingin menangis
sepuasnya di bahu Hazri biar reda perasaannya akan tetapi itu semua mustahil
dia kesat air matanya, kembali memandang Hazri cuba untuk tersenyum.
Mata
mereka bertentang dan Hazri bahagia bila Armila sudah mula mengorakkan senyuman, lekuk di pipinya yang sedari
semalam dia rindui. Dalam hatinya ingin sekali dia memeluk isterinya itu supaya
reda perasaan gadis itu tetapi entah kenapa dia kembali melupakan hasratnya
itu, gejolak hatinya mengatakan Armila tidak akan menerima dirinya.
Dia
kembali tunduk memandang lantai dan azan subuh kedengaran Hazri kembali ke
biliknya.
Armila
tersenyum tawar melihat Hazri berlalu keluar, dia ingin bertanya apakah dirinya
diterima Hazri seikhlas hati..?? andai aku bukan pilihan sebenarnya, apakah
yang harus aku lakukan??
Persoalan
lagi... dan jika dia terima aku, aku sepatutnya bersyukur kerana sesungguhnya hanya
Allah yang maha mengetahui, kerana Dia yang menentukannya, sama ada dia terima
aku atau tidak aku sudahpun menjadi isterinya yang sah itu sudah ketentuanNya,
dan kini aku harus menjalankan kewajipan sebagaimana isteri – isteri lain.

No comments:
Post a Comment