Selesai
solat subuh pagi itu Armila mengaji hatinya kembali tenang, dia mengetuk pintu
bilik Hazri... ‘Is ada baju kotor...? Mila nak basuh ni….’ dia memutar tombol
pintu yang tidak berkunci dia melihat Hazri lena dibuai mimpi.. mungkin dia
letih.
Armila
masuk mengambil kain baju yang bergantungan sekiranya Is tidak mempunyai baju
dia ada sehelai seluar trek yang agak labuh dan besar dan t shirt yang rasanya
muat untuk di pakai oleh Hazri Iskandar.
Armila
berlalu keluar sambil memandang suaminya, terasa ingin membelai wajah itu,
terasa ingin ditatap sepenuh hatinya sepuas hatinya, tetapi dia hanya
melihatnya dari jauh. ‘kasihan dia, tiba – tiba jadi begini...” lirih jauh
dalam sanubarinya.
Melihat
Hazri tidur secara mengiring berkerekot seperti kesejukan lantas Armila
mengambil selimut dan menyelimuti suaminya sambil memperlahankan suhu penghawa
dingin bilik itu, dia keluar membasuh baju dan menyediakan sarapan pagi. Ingin
dia lupakan segala yang telah berlaku. Tetapi itu adalah sesuatu yang mustahil.
Jam
sudah pun menunjukkan 11 pagi, Armila telah siap mengemas rumah, dia ke dapur
untuk menyediakan lauk tengahari Ibu dan makcik sedari tadi sibuk membuat kuih
dadar gulung dengan karipap, Armila sempat membantunya sedikit sambil
dinasihati ibu tentang menjadi seorang isteri Ibu dan makcik Ijjah juga meminta
agar Armila bersabar dengan dugaan ini, malah ibu juga bersedia bertemu orang
tua Hazri, atau apa – apa sahaja kemungkinan.
Apabila
dinasihati Armila mula berasa rimas dengan statusnya kini, dia sendiri
sebenarnya tidak tahu siapa Hazri, apa pekerjaannya anak siapa dan dari mana
asal usulnya kami baru sahaja kenal, bila teringatkan pakcik Murad bertambah
memuncak kebenciannya “kalau tidak kerana dia memfitnah, perkara sebegini tidak
akan berlaku” dengusnya.
Armila telah
siap memasak asam pedas ikan cencaru dengan sambal belacan serta sayur bayam
goreng dia melihat jam sudah pun hampir 12 tengahari, Hazri masih tidak keluar
dari biliknya. Dia mengintai dibilik, Hazri tiada diatas katil, apabila
mendengar bunyi air dalam bilik air tahulah Armila mungkin dia sedang mandi.
Dia kembali ke biliknya sudah menjadi kebiasaan selepas memasak dia sendiri
akan mandi.
Hazri
bergegas menunaikan solat dhuha hampir sahaja dia terlepas waktu, bangun dari
tidur tadi dia perasan ada selimut menyelimutinya dan semua kain bajunya tiada,
mujurlah ada sehelai dalam bungkusan plastik yang baru dibelinya semalam masih
belum terbuka, dia bersiap dan keluar dari biliknya mencari kelibat Armila.
‘lewat
kamu bangun Is, Mila ada dalam biliknya biasanya lepas memasak dia mandi...
sekejap lagi keluarlah dia..’ Ibu
bersuara, kerjanya membuat kuih hampir selesai.
‘Mila
masak apa makcik eh Ibu...? Lapar lah pula..’ katanya bersahaja memang perutnya
dah mula keroncong otaknya kembali segar selepas tidur kalau tidak semalaman
dia memikirkan apa yang telah terjadi.
‘Katanya
asam pedas, kalau Mila ibu tak kisah Is dia memang berkebolehan memasak senang
ibu kalau dia ada..’ Ibu bercerita tentang Armila, manakala makcik Ijjah sibuk
mengemas barang – barang selepas selesai mengelim karipap tinggal mengorengnya
sahaja.
Armila
keluar dari bilik, dia ternampak Hazri duduk di meja makan dengan segelas air
kosong di tangannya, Hazri tersenyum.., dia tunjuk perutnya mulutnya beri
isyarat lapar.
Hampir
tergelak Armila melihat reaksinya dia tersenyum, bergetar rasa dihati Hazri
melihat Armila kembali ceria dia rindu senyuman itu, dia rindu tawa gadis itu
dia rindu dengan celoteh Armila bila bercerita. Hazri pun bangun dari kerusi
mencari pinggan makan.
Armila
melayaninya, Ibu dan makcik tidak turut serta katanya masih kenyang makan mee
goreng pagi tadi. Armila menyenduk nasi kali ini dia tidak memakai tudung, dan
kali ini jugalah Hazri menatap wajahnya tanpa tudung dari jarak yang dekat,
malah suasana siang dia dapat melihatnya dengan lebih jelas lagi, rambut
keperangan Armila yang lurus beralun.
‘mestilah
lapar sebab bangun lambat..., pagi tadi Mila ada buat mee goreng..’ katanya
bersahaja menjeling Iskandar yang selalu sahaja merenungnya.
‘kenapa
tak kejutkan... kena pergi pejabat agama sebenarnya hari ini..’ Iskandar
bersuara sambil tangannya meletakkan ikan dan kuah asam pedas dalam pinggan
nasinya.
‘la.. iye
ke..? kenapa tak beritahu Mila semalam...’
‘kena
ambil kad nikah, sijil minggu depan baru siap.’
1 comment:
Bahagia lak rasa baca mila dan is macam ni. Tapi sakit hati mama terhadap Pakcik Murad masih tebal. Rasa nak cabaikan aje orang tua tu....eeeeeee...
Post a Comment