‘Mila
kena ikut ke..?’ Armila leka memerhati Iskandar makan “dia nampak betul – betul
berselera..”
‘Mila
nak ikut..?’
‘entah...
tak payahlah kot..’ Armila menuangkan air sirap selasih lalu meletakkan gelas
disebelah Iskandar.
‘kalau
nak ikut lepas makan ni nanti Mila siap tau, baju Is, Mila basuh ke? nasib baik
ada baju ni...’ katanya dengan minyak dibibirnya, sambil dikesat dengan tisu.
‘pedas
betul sambal belacan ni..’ katanya sambil mengesat hidung juga. ‘the best asam pedas ever yang Is pernah
makan perghhhh terbaekkkk..!!’
‘hmmm
kalau dah lapar semuanya sedap Is..., nak tambah lagi ke?’
‘hmmm...
boleh setengah aje nanti tak boleh buka mata pula... Is tak tipu memang sedap
semua masakan Mila memang best, boleh buka kedai..’
‘ada
–ada ajelah..’ Armila melihat Iskandar menghabiskan nasi dipinggannya “memang
dia ni betul – betul lapar barangkali habis licin di hirupnya kuah asam pedas
itu..”
‘ini
mee yang Mila buat pagi tadi ke? Dia cedoknya dengan sudu dan dimasukkan ke
mulutnya.
‘ruginyaa
tak bangun pagi tadi kalau panas – panas mesti lagi sedap kan..!’
‘nak Mila
panaskan..?’
‘eh..
tak payah Is dah rasa..., lagipun perut Is dah penuh kekenyangan!!’ dia
mengeleng kepalanya dan Armila mula tertawa, lucu. Iskandar turut tertawa, ibu
dan makcik Ijjah juga tersenyum simpul melihat keduanya. Iskandar berasa aman
bila melihat lekuk di pipi Armila dia tahu gadis itu telah tersenyum, rimbun
cintanya terhadap Armila semakin berbunga.
2 comments:
Mmmmmmm...bahagianya rasa......
alhamdulillah... t kasih byk2 mama.. kerana terus sudi menjadi pembaca setia... :)
Post a Comment