Tiada
jawapan dari Hazri cutinya masih berbaki dua hari lagi, sepanjang perjalanan
dari Seremban ke Johor Bahru menjadi sunyi mereka tidak bercakap.
Hazri
menjadi emosional.., secara tiba – tiba dia terasa sebak bercampur marah
bilamana Armila telah memikirkan tentang berpisah, sedangkan dia teramat
bersyukur dengan pernikahan ini walaupun dia sedar mereka telah difitnah namun
dia redha dengan jodohnya itu, Armila adalah anugerah untuknya, isteri yang
menjadi tanggung jawabnya kini dan menjadi penawar, peneman suka dan duka
kehidupannya kelak.
Dan
itulah harapannya terhadap Armila, itupun jika Armila sudi terus menjadi
isterinya. Dia berasa marah dan bengang dengan kata – kata Armila sebentar
tadi.., jantungnya seakan berdegup kencang. Sepatutnya mereka sama – sama mencari
jalan penyelesaian hal ini bukannya memilih jalan untuk berpisah.
“Kenapa
dia diam tiba – tiba.. apakah aku yang bersalah..??, kenapa dia menjadi begini
secara tiba – tiba, bencikah dia kepadaku? Ahhh... kalau dah benci
tinggalkanlah aku selama ini pun kita tak pernah berterus terang akan perasaan
masing – masing, malah pernikahan ini terlalu drastik dan antara kita juga
tidak pernah langsung menyentuh tentang perkahwinan apalagi berbincang
tentangnya. Armila tertanya – tanya sendiri.
“Aku
menjadi semakin bingung, bingung dengan status diri sebagai isteri dalam
keadaan tidak bersedia, kalau dia terima aku kenapa dia tidak langsung mahu
tidur sebilik denganku, sepatutnya antara kami sudahpun berbincang akan hal ini
dari malam itu”.
“Ini
tidak.., antara kami seperti orang lain, dia langsung tidak mahu menyentuh aku,
memeluk aku jauh sekali, ahhh...!! terpulanglah lebih baik aku kerja macam
biasa, esok dah mula kerja..”. Armila berfikir sendiri memarahi diri sendiri
berkecamuk sendiri.
Masing
– masing melayan fikiran sendiri sementara Iskandar diam tanpa cerita didalam
kereta menjadikan dia amat mudah mengantuk dia mula menguatkan suhu aircond dan
radio dalam keretanya. Matanya masih ralit memandu dengan berhemah.
“Mila..
tahukah kau.. aku amat perlukan engkau, tahukah engkau kita secara realitinya
telah sah sebagai suami isteri, tahukah engkau ini memang jodoh kita, tak
bolehkah engkau terima sahaja aku walaupun sedikit pun tak ada rasa cinta dalam
hatimu!!” tetapi kenyataan itu hanya jauh dalam hatinya, yang terluah hanya
dengusan kecil.
Dalam
kekalutan berfikir akhirnya Armila hampir terlena di kerusi sebelah, sayup –
sayup dia terdengar nyanyian Yuna ‘Terukir Di Bintang’ telah sengaja dikuatkan
oleh Hazri Iskandar volumenya.
Jika engkau minta intan permata, Tak mungkin kumampu
Tapi sayangkan kucapai bintang, Dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia, Akan aku coba
Kuhanya mampu jadi milikmu, Pastikan kau bahagia
Hati ini bukan milikku lagi, Seribu tahun pun akan ku nantikan
kamu
Sayangku jangankau persoalkan siapa dihatiku, terukir dibintang
tak mungkin
hilang cintaku padamu. Ohh ohh ohhhoo hmmm hmmmm ddadaadaaa daaa
Hazri
Iskandar turut menyanyi sama, bersungguh – sungguh dia menyanyi akhirnya Armila
tertawa melihat gelagat Hazri.
‘itu
lagu perempuanlah..’ Armila masih ketawa.
‘biarlah’
Iskandar menjawab selamba.
‘dahlah...
kalau Is mengantuk berhenti dekat hentian rehat depan tu tau..!!’
‘taulah..’
Iskandar membelok berhenti di hentian rehat, dia berasa letih kerana banyak
berfikir dan penat kerana memarahi Armila dalam diam, jiwanya stress.
‘Is nak
asam masin..?’
‘tak nak..’
sambil melirikkan mata ke arah Armila, Armila dengan selamba keluar dari kereta.
‘hey... nak pergi mana
tu..??’ Iskandar cemas melihat perlakuan Armila.
‘nak
beli asam masin dengan air ECPI’
‘Kan Is
kata tak nak..! masuklah...’
No comments:
Post a Comment