‘tapi
Mila nakkkk...’ Armila berkata dengan sengaja.
‘huh
degil!! dia turut keluar dari kereta, mengekori Armila, melihat gelek Armila
dari belakang dia terasa seperti ingin melingkari pinggang isterinya itu,
tetapi dia tidak berani.
“biarlah
dulu.. biar dia betul – betul terima aku..” pujuk hatinya.
Sebaik
masuk dalam ruangan kedai Armila membeli sebotol minuman ECPI dan sebungkus
asam kulit limau, selepas itu dia membelek majalah wanita dan novel tidak tahu
hendak beli yang mana satu.
Hazri
mengambil sahaja majalah wanita itu dengan novel Aisya Sofea dari tangan Armila
bersama setin kopi tongkat ali power root untuknya lantas dia membayar
dikaunter, wataknya masih diam dan selamba.
Armila
geram melihat watak Hazri itu, dan sakit rasa hatinya apabila buku dan majalah
tadi dirampas begitu sahaja dari tangannya, dia melangkah laju keluar dari
kedai menuju ke kereta, Hazri yang terpinga – pinga bila melihat kelibat Armila
tiada dan mula mengejarnya dari belakang.
‘Mila...
kenapa cepat sangat...’
‘tak
ada apa biasa aje... kenapa Is kejar..’ “sayang ke dia pada aku ni..??” tertanya
dalam hatinya.
‘nak
lari ke..?’
‘taklah...
Mila nampak Is yang berlari...’ Armila masih selamba dan sinis kerana geram.
‘nah
majalah dan novel awak..’ di serahkan bungkusan plastik itu.
“uishh
‘awakkkk’ kasarnya... sah..! dia memang tak sayangkan aku, biarlah... terasa
nak menangis huhuhu” rungutnya dalam hati.
‘hmm..
tak nak cakap terima kasih ke.?’ Sindir Hazri.
‘Terima
Kasih…., sebenarnya Mila tak nak pun buku dan majalah ni saja aje tengok –
tengok’
‘huh
mengada!! dah pegang – pegang nak la tu...’
‘kenapa
belikan..?’
‘Is
rasa Mila nak, kalau tak nak tak pegang lepas tu buat muka confius...’ suara Iskandar mula tinggi.
‘memang
nak pun.. sebab nak hilangkan bosan duduk dalam kereta ni.. boleh jugak
membaca..’ Armila berasa marah.., dia malu diperlakukan begitu. Ditengking
sesuka hati.
‘ohhh....
macam tu...’ Iskandar masih meninggikan suara.
‘ha’ah...
Is kan tak nak kawan dengan Mila.. diam aje dari tadi..’ Armila mengungkit. “baru
aje kahwin dah nak bergaduh macam ni” bisik hati kecilnya sebenarnya dia sudah
mula berasa sedih diperlakukan begitu di herdik sebegitu jiwa wanitanya
terguris, tetapi kerana ego dia tidak mahu menunjukkan bahawa dia sebenarnya
sedang terluka.
“Nanti
dia ingat aku yang terhegeh – hegeh nak kan dia.. memang aku nak pun..”
rungutnya jauh didalam hati. “adakah ini cinta?, kenapa aku perlu terasa hati,
siapakah aku?” Armila resah dengan persoalan dalam kepalanya.
‘hai!..
tak nak kawan...???’ “ada – ada aje dia ni... macam budak – budak pun ada juga,
ada ke tak nak kawan…!!” desis hati Iskandar.
‘kena
salam balik lah ya..., sebab dah nak kawan balik dah ni...’ Iskandar
menghulurkan tangan untuk bersalam, Armila memandangnya sambil tersenyum,
tangan yang dihulur oleh Hazri disambutnya girang seraya mencium tangan
suaminya itu, akhirnya terburai ketawa Iskandar, pandai betul Armila mencuit
hatinya. Benarlah pilihan Allah itu adalah yang terbaik untuk kita, sememangnya
Allah maha mengetahui siapa jodoh kita. Aku bersyukur ya Allah.
Mereka
sampai di taman perumahan, kawasan rumah sewa Armila, waktu marghrib, Zaiton
yang melihat kereta milik Hazri Iskandar segera menefon Armila.
‘Rina..
akak ni.. akak nampak kereta mamat tulah depan rumah Rina ni... mamat yang nama
dia siapa tu.. Harith Iskandar ya... Iskandar tu...’
‘akak
masak apa..?’ Armila bertanya.
‘Ya
Allah kita cakap lain dia pulak tanya kita balik, kau dengar tak akak cakap
Rina..?’
No comments:
Post a Comment