‘dengar..
tu yang saya tanya akak masak apa, kalau akak masak lebih saya nak datang ni...
abang akak ada rumah tak?’
‘eh..
kau dah balik sini ke..?’
‘ya..
saya baru sampai ni..’ lepas solat nanti saya datanglah rumah akak..’
‘ada
kebetulan kuah kari tadi ada lebih.., marilah, nanti akak tanak nasi sekejap..’
‘kak
saya datang berdua ni.. kebetulan tadi ibu ada bekalkan lauk dan sedikit kuih
nanti saya sampai akak tunggu ya, ada banyak surprise ni...’
‘oklaaa
ada surprise ya…, tak sabar nak tahu
ni...’
Selepas
mandi dan bersolat Armila dan Hazri ke rumah Kak Zaiton, sebaik memberi salam kak
Zaiton terkejut apabila melihatkan Armila dengan Iskandar dia ingatkan Armila
bersama Adam, dia betul – betul terkejut.
‘jemputlah
masuk..’ pelawa suami kak Zaiton.
‘kenalkan
Ini Hazri Iskandar..’ Armila perkenalkan Hazri kepada suami Kak Zaiton.
‘kebetulan
abang nak ke masjid ni nak solat isyak bolehlah Hazri ikut sekali ..’ pelawanya
‘hmm..
baiklah’ Hazri Iskandar mengenyit mata kepada Armila, memberi isyarat dia pergi
dulu.
Apabila
Armila terlihatkan kak Zaiton dia bersalaman sambil memeluk kak Zaiton. ‘Ibu
kirim salam pada akak dia ada kirimkan ini kuih dan lauk bolehla kita makan
sama –sama nanti.’
‘Ibu
sihat Rina..?’
‘sihat
alhamdulillah kalau tak saya tak balik lagi kak..’
Kepada
kak Zaiton, Armila menceritakan segala – galanya, Kak Zaiton yang sejak dahulu
mengetahui akan permasalahannya hanya diam dan dia memahami, sememangnya jodoh
itu ketentuan Allah, dalam setiap rumah tangga pasti ada kelebihan dan
kekurangannya.
Masalah
pasti timbul itulah nasihatnya, dia turut bersimpati akan nasib yang menimpa
Armila, dia yakin Armila pandai menyesuaikan keadaan doanya sebagai sahabat
sekaligus umpama kakak kepada Armila supaya Armila tabah harungi segala dugaan
hidup.
‘selamat
pengantin baru Rina... selamat menempuh bahtera kehidupan berumah tangga. Akak
mendoakan kebahagian kamu dunia dan akhirat..’ doa Zaiton untuknya.
‘Terima
Kasih kak..., saya berharap saya akan temui kebahagiaan dalam perkahwinan ini
cuma saya bersedih kak.. perkahwinan saya dengan cara begini dengan lelaki yang
belum saya kenali hati budinya, saya juga tak tahu dia menerima saya atau pun
tidak, saya juga masih tak tahu penerimaan keluarganya pula, tenat otak saya rasa bila memikirkannya...’
‘maksud
Rina... ibu – bapa Iskandar masih tidak tahu akan hal ini..?’
‘belum
kak... Is pun masih lagi memikirkan bagaimana hendak berterus terang dengan
ibunya, apa yang saya tahu Is anak tunggal mesti keluarganya mahu majlis
perkahwinan anaknya itu dengan cara berhemah kak... saya runsing.. kalau – kalau....
saya takut nak menyebutnya kak, kalau akak ditempat saya bagaimana..?’
‘susah
juga.. maaflah akak tanya.., dia sudah sentuh Rina? maksud akak kamu dah
lakukan hubungan suami isteri..?’
‘belum
pernah lagi kak..., tidur pun tak sebilik..’
‘hah...!!
pelik... kamu cantik Rina, masakan dia langsung tak sentuh kamu.. mungkin dia
sendiri belum bersedia, kamu janganlah fikirkan yang tidak – tidak Rina, kadang
– kadang lelaki bukan semuanya sama sabarlah..’
‘kak...
akak tahukan perkahwinan kami ni bagaimana, kami tak pernah bincang apa – apa
pun akak.., tiba- tiba sama – sama dah wajib pikul tanggung jawab sebagai suami
isteri malah kami juga tidak tidur sebilik.., saya tak salahkan dia kak..,
perkahwinan kami ni umpama kejutan dan antara kami masih lagi payah menerima
kenyataan ini...’
‘hmm
akak faham... berilah masa lagi Rina dan jangan sesekali fikirkan yang bukan –
bukan kalau dia tak mahu kamu mesti dia bangkang perkahwinan itu atau dia sudah
ceraikan kamu pada malam itu juga, ini tidak kan...!! dari apa yang Rina cerita
akak nampak Iskandar tu seorang yang bertanggung jawab dan mengambil berat
janganlah kamu risau, akak yakin kamu boleh bahagia, cuma masa yang menentukan.’
‘Sudahlah..
sekejap lagi mereka balik bolehlah kita makan, mari tolong akak hidang
makanan...’
Persiapan
makan malam tersedia sebaik sahaja Iskandar pulang bersama abang Hamid, mereka
mula menjamah hidangan kari ayam dengan ikan jeruk masin serta goreng kacang
panjang, selain lauk daging salai lemak cili padi yang dikirim ibu Armila,
begitu juga kuih talam ubi dengan seri muka menjadi pemanis mulut pada malam
itu, sebaik habis makan malam kak Zaiton membancuh nescafe untuk kami. Melihatkan
hidangan yang penuh atas meja terasa seperti dalam bulan Ramadhan.
Pada malam
itu juga abang Hamid turut mengetahui bahawa Armila dan Iskandar sudah pun
bernikah. Abang Hamid cuba ikhtiarkan sesuatu supaya tidak timbul fitnah antara
mereka, bolehlah kita buat sedikit majlis di masjid nanti, bacaan doa selamat
untuk pengantin baru ini, buatlah makan – makan sikit hantar dekat masjid,
perkara yang baik begini tak harus menjadi rahsia nasihat abang Hamid.
Armila dan
Iskandar bersetuju.
‘kamu
berdua tak payahlah susah – susah memikirkan majlis itu biarlah abang dan kak Eton
kamu yang uruskan yang paling penting doa selamat untuk kamu berdua... selamat
pengantin baru dari abang semoga berbahagia ke anak cucu dan hingga ke syurga..
aminn..’ Abang Hamid mendoakan pasangan baru ini sambil menadahkan tangannya.
Malam
itu mereka pulang ke rumah Armila manakala Hazri pula terpaksa pulang ke rumah
papa dan mama, esok dia akan berjumpa Armila dan hendak membeli sedikit perabut
untuk mereka dirumah sewa itu selain mambawa pakaian untuk tinggal bersama –
sama dengan isterinya itu, hajatnya ingin membawa Armila berkenalan dengan
orang tuanya pada masa isterinya itu bercuti minggu hadapan, harapannya semoga
mama dan papa dapat menerima Armila dengan hati yang terbuka.
No comments:
Post a Comment