Tengahari
itu dia memaksa tokey kedai perabut menghantar barang – barang tersebut sekali
gus menyuruh para pekerja menyusunnya.
Disebabkan
rumah sewa itu berada di bandar dan kosong, maka kerja – kerja menyusun menjadi
mudah, tepat jam 3 petang 90% siap, Hazri terlupa membeli set cadar.
Jam
3.15minit petang Armila tiba dirumah dilihatnya Hazri lena atas sofa dengan televisyen
terbuka, dia terkejut “dia beli kesemuanya..?’ soalnya dalam hati. Terasa sebak
dan sayu, “kasihan dia, aku sudah terlalu banyak menyusahkan dirinya...”
Abang
Hamid dan kak Zaiton memanggilnya dari luar. Lamunannya terhenti Hazri masih
lena dia kelihatan penat.
‘kasihan
dia Rina, beria – ia dia mengemas, akak dan abang yang menolong, ini akak
bawakan makanan rasa –rasanya Iskandar belum makan lagi tu..’
‘dia
beli semuanya ini kak.... saya... saya...’
‘dahlah..
bertuah kamu, dia tahu tanggung jawabnya, ini akak ada hadiah untuk kamu,
memandangkan kami tak beri apa – apa hadiah untuk kamu kami terdengar Iskandar
mengeluh tadi dia terlupa beli cadar ini akak ada belikan untuk kamu sebagai
hadiah kahwin..’
‘alah
kak... terima kasih... buat susahkan akak aje... doa akak pun dah cukup...’
‘nanti,
bila Iskandar dah bangun kamu beritahu dia pasal majlis doa selamat tu kat
masjid malam ini ya... abang Hamid dah uruskan semuanya biarlah jiran – jiran
kita tahu, kalau tak tahu nanti timbul fitnah pula nanti.’
‘baiklah
kak... nanti saya beritahu dia...’
Armila
masuk kedalam bilik, membuka cadar berwarna merah hati pemberian Kak Zaiton
sungguh cantik, dia siap mengemas bilik itu, dia masuk ke biliknya mengambil
kain selimut lalu diletakkan dalam bilik yang ada set katil baru untuk kegunaan
Hazri nanti.
Dia
lantas ke dapur memasak air dan mengemas barang – barang yang bersepah ke dalam
kabinet dapur yang baru, dapur itu telah nampak kemas dan cantik sekelip mata,
secara tiba-tiba semuanya berubah.
Armila senyum
melihat dapurnya kini, dia duduk melepas lelah selepas membancuh Milo 0 panas
bersama kuey teow goreng di depannya. Armila terasa Hazri begitu mengambil
berat akan dirinya, hatinya tertanya –tanya apakah Hazri cuba membeli hatinya
atau ikhlaskah dia atau cintakah dia atau dia hanya melunaskan tanggung
jawabnya sebagai suami.
Satu
persoalan yang masih belum terungkai jauh dalam lubuk hatinya. Lamunannya
terhenti bila bahunya di sentuh Hazri.
‘minum
sorang aje...? mana air abang..?’
‘abang..??’
kenapa dengan dia ni..??? berlakon ke real
ni???’ Sungut Armila dalam hatinya.
Dia
bangun membancuh milo untuk Hazri.
‘Mila
suka tak?’
‘suka
apa?’
‘laaaa..
suka tak barang – barang yang abang beli nilaaa... abang terlupa beli cadar,
lagi satu... abang minta maaf sebab tak ajak Mila beli sama –sama sebab abang
nak cepat.. malam ni kena balik rumah mama, abang dah janji dengan mama...’
‘terima
kasih Is.., dah banyak Is susah payah untuk Mila, Mila suka semua pilihan Is,
semuanya cantik sekelip mata rumah ni berubah wajah.. kak Zaiton dah hadiahkan
cadar untuk katil baru tu, tadi Mila dah pasangkan cantik...’ Armila mengambil
piring meletakkan kuey teow goreng untuk Hazri.
‘barang
yang cantik untuk wanita yang cantik, secantik Mila...’ kata Hazri Iskandar lagi.
‘atau....
Is yang memang sedia pandai memilih...’ balas Armila.
‘Mila
suka tak..?’
‘suka..
suka sangattt..’
‘sebenarnya
ada yang lebih cantik, tapi setakat inilah dulu yang abang mampu.., semuanya
untuk Mila...’
3 comments:
Aisehmen...malam ni ada kenduri kahwin diorang kat masjid..tapi di masa yang sama...mama Is tunggu dia kat rumah...huhuhu..kalutlah si Is nanti. Cuberrrr le berterus terang Is oi.... Mama yg terasa penat si Is ke hulu ke hilir.....
Aisehmen...malam ni ada kenduri kahwin diorang kat masjid..tapi di masa yang sama...mama Is tunggu dia kat rumah...huhuhu..kalutlah si Is nanti. Cuberrrr le berterus terang Is oi.... Mama yg terasa penat si Is ke hulu ke hilir.....
kannn mama masa type part ni tukang taip citer pon penat gak..
Post a Comment