nuffy

Monday, January 21, 2013

Masih Sembunyi (ms 94 & 95)


‘terima kasih.., malam ni ada majlis doa selamat dekat masjid tu, abang Hamid beritahu tadi, semua dia dah siapkan... Mila kena ikut ke?’
‘tak payahlah.. biar abang aje yang pergi Mila duduk dekat rumah, sebab doa selamat aje biar abang kenal dengan jiran – jiran tak adalah salah faham berlaku nanti.., tapi tulah abang dah janji dengan mama.., lewat jugaklah abang sampai ke pontian nanti..’
‘hmm.. mama masih belum tahu lagikan..?, serba salah Mila.., Pontian tu jauh juga hati – hati memandu nanti ya Is, malam nanti Mila pergi rumah kak Eton boleh..??’
‘boleh... kalau suruh kak Eton datang temankan Mila lagi ok...’
‘hmmm tak bagilah tu...’
‘hehehe.. Alhamdulillah dah kenyang Mila masak ke kuey teow ni..? macam kurang pedas lepastu macam kurang rencah aje..’
‘huh.. dah sepinggan.., dah kenyang baru komplen... Mila tak masaklah kak Eton belikan tadi katanya Is belum makan lagi.. Mila sibuk kemas dapur..’
‘malam ni abang terpaksa balik rumah mama, dah janji dengan mama tadi, Mila tidurlah di katil baru tu.. esok abang dah mula kerja, Mila tau tak abang kerja apa..?’
‘tak… Mila tak tahu...’
‘driver... Mila cuba panggil abang.., Abang!’
‘ooooo... driver... baru dapat bonus ke macam – macam beli..?’ sebenarnya dia sudah cuba merisik peribadi Hazri Iskandar dalam fail peribadinya di klinik dengan Kak Zaiton awal pagi tadi, dia sudah tahu pekerjaan Hazri serta umur dan alamatnya. Tetapi setakat itu sahaja.
‘kena panggil abang ke?? Semacam aje..’
‘bolehlah sebab semua hutang... betul Mila tak tahu abang kerja apa..?’
‘tak... kita kan tak sempat nak kenal sebelum ini, kalau hutang tak payahlah beli buat membazir aje...’ Armila cuba berlagak jujur dia senyum sendiri, tapi dia tahu bahawasanya Hazri baru sahaja memulakan kerjanya tentulah dia masih belum punya wang yang banyak.
‘kalau betul – betul abang driver macam mana..??’
‘tak kisahlah bukan penyamun atau perompak sudah... yang penting ada kerja yang halal..’ Armila sudah malas mahu berteka teki lagi.
‘abang memang betul jadi driver tapi jadi drebar heli, abang kena kerja 4 hari ni bawa pekerja ke pelantar minyak...’
‘oh... kawasan baru yang dekat Pontian tu...?? berapa yang kena bayar semua barang- barang ni ?’ Armila mula berfikir mahu turut mengeluarkan wang simpanannya sekiranya betul Hazri membeli barang ini semua secara hutang.
‘ha’ah... tempat baru... kalau abang sempat abang datang kalau tak sempat abang ada dekat rumah mama, tak boleh call kalau abang dekat sana, nanti abang yang call Mila... sebenarnya barang – barang tu abang beli guna duit simpanan abang... lagipun kita tak ada majlis kahwin, dapatlah abang beli barang – barang tu tanpa hutang....’
‘ooohhh  patutlaaa abang jarang call Mila.. eh.. opsss dah tersasul..’ Armila tepuk dahi.
‘haa... macam tulah... lepas ni panggil abang tau...!!’
‘walaupun depan mama..?’
‘ha’ah  wajib!! lepas habis kerja 4 hari ni abang datang bawa Mila jumpa mama dan papa, Mila adjust shift atau ambil cuti, abang ingat kata – kata abang Hamid tak elok kita terus rahsiakan lebih baik berterus terang.’
‘abang dah bersedia?’
‘dah Mila... apa pun mama dan papa mesti kena tahu, harap abang dapat kekuatan dan Mila adalah sumber kekuatan abang...’
‘entahlah.. Mila risau.. sedangkan diri Mila sendiri susah nak terima kenyataan ini, apa pula mama dan papa...’
‘kita tawakal.. Mila berapa sewa rumah ni sebulan.?’
‘Rm450 mula – mula dulu 300 aje. Tiap- tiap awal tahun naik lagi rm50.. kenapa..?? ada jumpa tempat lain yang lebih murah ke?’

No comments: