‘taklah
saja nak tau.. maknanya tahun depan naik lagilaa rm50 jadi rm500 sebulan..??’
‘agaknya
lah.. Mila pun malas nak cari rumah sewa yang lain.., dekat sini senang dekat
dengan tempat kerja.., kak Zaiton pun ada..’
‘tak
kisahlah.. kalau Mila suka, abang pun suka..’
Majlis
doa kesyukuran sebenarnya, Imam masjid ada memberi sedikit penerangan ringkas
dengan mengabadikan doa selamat dan kesyukuran pasangan pengantin baru (Armila
dan Iskandar) dan berita gembira pasangan antara kak Zaiton dan abang Hamid
bakal mendapat cahaya mata.
Wajah
kegembiraan jelas kelihatan di mata abang Hamid setelah 2 tahun dia menunggu
berita gembira itu, barulah Hazri tahu kenapa abang Hamid beria – ia.
Sedikit
juadah biasa yang disajikan mee hoon goreng lada hitam dengan keropok lekor
mersing dan pulut kuning berserta rendang daging, mineral water dan teh’o’
panas. Alhamdulillah hajat sudah terlaksana.
Armila
di rumah juga sangat terkejut dan gembira dengan berita kak Eton sudah berbadan
dua, kak Eton sendiri sebenarnya tidak sedar dia sudah mengandung 3 bulan
kerana dia sedikit tidak mengalami sebarang alahan mungkin kerana dia sibuk
dengan tugas seharian menjadikan dia tidak sedar tentang kelewatannya.
Katanya
semasa Armila bercuti abang Hamid bermimpi, esoknya ketika menghantar ke tempat
kerja dia beria – ia menyuruh Zaiton memeriksa ujian kehamilan.
Kepulangan
Hazri dari masjid malam itu disambut Armila dengan ceria, Hazri pula dengan
berat hati terpaksa balik ke Pontian akibat janjinya dengan mama, Armila ingin
menegah akan tetapi dia matikan sahaja hasratnya itu, doanya biarlah Hazri
selamat dalam perjalanan. Selepas ini 4 hari mereka tidak akan berjumpa.
Hazri Iskandar
seolah tidak mahu meninggalkan Armila, berkali – kali dia ke dapur memeriksa
pintu grill, tingkap dan memastikan semuanya sudah berkunci, sebelum keluar
rumah dia mendekati Armila.
Armila
menghulurkan tangan mencium tangan suaminya seperti pasangan lain, tetapi kali
ini jarak Hazri Iskandar begitu dekat kepadanya, mata mereka bertentang lama
dan dalam, kucupan pertama diterima Armila di dahinya, tidak lama selepas itu
di pipinya pula dan selepas itu dengan cepat sahaja Hazri melepaskan dia,
keluhan nafasnya panjang dan berat.
‘abang
pergi dulu ya.. jaga diri tau sepanjang abang tak ada ni...’
‘hmm..
hati – hati ye abang..’
Hazri
mengunci pintu dari luar tidak lama selepas itu terdengar enjin kereta dihidupkan
dan dia berlalu pergi, di dalam kereta Hazri mendengus panjang kalau bukan kerana
janjinya dengan mama mesti dia mahu tidur dirumah itu dengan memeluk isterinya
itu kali pertama aku mencium dahi dan pipi itu aku sudah berasa takut, takut
terbabas.
Memikirkan
Armila diam sahaja dia tertanya – tanya sendiri “dia dah terima aku atau dia
sekadar tahu akan tanggungjawab dan status dirinya.? Entah!!” pemanduan
diteruskan, dia berhenti di setesen minyak membeli minuman tongkat ali power
root bagi mengurangkan keletihan.
“biarlah...
biar dia betul- betul bersedia dan menerima aku sebagai suaminya.” Pujuk
hatinya sendiri.
Armila
dirumah pula teringatkan ciuman pertama itu, merah dan panas terasa mukanya terasa
takut hendak menatap wajah Hazri ketika itu, tetapi kenapa dia tetap pergi
tinggalkan aku..?? Biarlah... biar dia terima aku seadanya, itupun kalau dia
sudi.
4 hari
berlalu hanya sms penawar rindu namun kata – kata rindu itu tidak pernah
terluah, semuanya tersimpan rapi dalam hati masing – masing.
Terlalu
sukar untuk meluah rasa cinta, sayang, kasih apatah lagi rindu, terlalu payah
untuk mengerti segalanya dengan perbuatan tanpa ucapan, terlalu keliru untuk
menerima hakikat diri ingin dicintai dan mencintai.
No comments:
Post a Comment