Advert

nuffy

Monday, February 18, 2013

Masih Sembunyi (ms 117 ~118)


‘tengok.... bila abang tanya dia selalu macam tu dah lama dah abang perasan perangai Mila yang satu ni...’ Hazri Iskandar mula merengus dan terasa marah.
‘perangai Mila?, abang ni nak gaduh dengan Mila ke..?’ sungutnya perlahan.
‘Mila cakap apa? Abang dengar tadi tu... Mila cakap apa..?’ dia ingin menoleh kearah isterinya itu tetapi dia sedang memandu.
‘tak ada apa – apalah abang..., abang ni nak gaduh tak nak kawan dengan Mila ke.. sampai marah – marah..?’ Armila ketap bibir. “cari pasal betullah dia ni..!!” rungutnya jauh didalam hati takut lagi terdengar oleh suaminya itu.
‘Mulai hari ini apa – apa masalah Mila tak kiralah hal wanita, ke hal Negara ke, Mila kena beritahu abang, kalau Mila rasa abang tak patut tahu, Mila salah.. abang kena tahu dan abang kena belajar tahu.., faham..?’ Iskandar memberi arahan dan Armila sepatutnya patuh dengan arahan itu.
‘abang ni memang betul – betul marahkan Mila ke, tak nak kawan lagi dengan Mila..? tiba – tiba hatinya diruntun rasa sayu. Kali ini Hazri pula yang ketawa, “dia ni asal merajuk aje tak nak kawan.. hmm” Hazri Iskandar memandang sekilas wajah isterinya dan masih terus ketawa geli hati.
‘Armila pula yang terpinga – pinga.
Akhirnya perjalanan mereka sampai ditempat Adam.
Tidak kering gusi rasanya bila berjumpa dengan Adam, Hazri yang masih baru mengenali Adam pun boleh gelak terbahak – bahak, siapa sangka Adam yang kelakar ini boleh menjadi angggota polis pula.
‘hah tu dio.. kak long den sampai gak...’ katanya kepada Johan. Johan terjengah – jengah memanjangkan lehernya melihat kak long, Adam.
‘osah cantik ehhhh kakak ko Dam..., kau jadi adik ipar aku aje... kenenkan den kek kak long ko tu haaa...’ Johan tidak habis – habis memujuk.
‘Johan... kali ni kau memang boto – boto molopeh... den pon tak maun do ekau jadi abang ipar den, ekau tak hensem... ko nengok tu haa... dio bawak toman molopeh kau...’ Adam mengejek.
‘pehhh.. macho tu... abang long kau lah tu ye...’
‘raso – raso ehlaa... mesti dio nak konalkan dengan adik tersayang dio nih... bakal abang ipar den wahhh nampak hensem... hehehehe’ ketawa besar Adam melihat mulut terlopong Johan.
Mereka sekampung sama – sama dari Negeri Sembilan, dapat pula tinggal sebilik tak habis – habis tergelak. Adam juga tahu itu adalah Iskandar abang iparnya, ibu dah ceritakan semuanya semasa dia hubungi ibu minggu lepas, Johan sahaja yang masih belum tahu, malas Adam ingin bercerita kepadanya lagipun mereka sibuk dengan rutin dan tugas seharian.
Armila memerhati adiknya dari jauh, Adam berlari – lari anak mendapatkannya laju sahaja tangan Armila disambut, dicium mesra tidak lupa juga kakaknya itu di peluk dan diciumnya di pipi seperti biasa.
Armila terasa malu diperlakukan begitu di depan Hazri suaminya. Hazri seperti cemburu melihat isterinya diperlakukan begitu dia sendiri masih segan silu mahu mengucup Armila, semuanya dilakukan ketika isterinya itu tidur. Adam ini selamba sahaja.
‘apa perkembangan adik dekat sini..?’ tanya Armila mesra.
‘Ini Hazri Iskandar suami kak long.. perkenalkan inilah Adam abang... adik Mila..’
‘abang long lah ni yo... ibu ada cerita tentang hal tu masa adik telefon kek kampung minggu lepas...’ dia bersalaman dengan Hazri mencium tangan abang iparnya itu lantas dia memeluk Hazri sambil menepuk bahu abang itu.
‘ohhh patutlah adik tak terkejut...’
‘kak long dah tak sedih lagikan... segak suami kak long ni... tak lamo bulehlaa dapat anak buah...’
‘ish.. tak adalah… apa – apa ajer adik kak long ni...’

1 comment:

Normizan Nordin said...

heheh.. sangat menarik citer ni..

Thanks