nuffy

Tuesday, April 30, 2013

Masih Sembunyi bab 19 (ms 166 ~ 167)


Bab 19
Tengahari selepas waktu Zohor Iskandar dan Armila memulakan perjalanan ke Johor Bahru, semasa perjalanan ke Johor Bahru, barulah Armila teringat akan perancangan majlis perkahwinan mereka itu.
‘bang.. Mila lupa nak beritahu abang... malam tadi masa bersembang dengan ibu, nenek dikampung nak adakan majlis kita pada hari raya pertama nanti, yang Mila pulak dah buat keputusan ok ajelah lagipun bila tiba raya memang insyaAllah kita bercuti..., Mila ikutkan malas nak hampakan ibu dan nenek termasuk juga ayah..’
‘hah!!!.... penting sangat ke majlis perkahwinan tu.., yang wajib kita dah laksanakan dah, ijab dan qabul itu sahaja yang wajib yang lain – lain tu adat orang melayu aje Mila....’ Hazri berkata sedikit mencemuh.
‘nenek teringin nak tengok Mila naik pelamin, ibu pun teringin juga... pada Mila apa salahnya, kalau tak buat pun Mila dah tak kisah pun sebenarnya..’ jujur pengakuan Armila.
‘hmm.. Mila tak bagitau ke tak payah buat pun takpe Mila pun tak kisahkan... abang lagila tak kisah... abang dah janji dengan mama pasal raya pertama tu kita kena beraya di Pontian..’ Hazri berkata – kata lagi.
‘itulah bang... Mila pun terlupa la... Mila ni cucu sulung malah anak sulung pulak, jadi...’ suaranya terhenti disitu dengan harapan.. suaminya akan faham sendiri, tidak sanggup rasanya dia meneruskannya, terasa perit dalam hatinya dengan kata – kata jujur suaminya tadi, dia merasakan Hazri tidak pernah ambil peduli tentang hal itu, yang penting apa yang dia mahu dia sudah pun mendapatkannya.
‘beritahu ajerlah dengan ibu kita tak payah buat majlis itu.. habis cerita..’ sekali lagi Hazri bersuara.
‘kalau semudah itu nak cakap takpalah juga... Mila tak nak cancel macamtu aje, kalau abang tak nak abang aje yang call beritahu ibu, Mila tak sampai hati... apa pulak alasan yang Mila nak beritahu...’ Akhirnya Armila membuat keputusan, keputusan yang kata putus sudah diberi, dia tidak mahu memanjangkan hal itu lagi.
“kalau abang yang tak nak abang sendiri beritahu tak payah dan tak mahu, Mila tak nak masuk campur lagi” gumamnya dalam hati.
‘Kenapa abang pulak yang kena beritahu..., Mila lahhh..’ Hazri bersungut.
‘bukannya payah pun kita just balik jadi pengantin ajer, bukan kena buat apa – apa pun majlis nikah pun bukan ada, susah sangat ke sampai nak kecilkan hati ibu dan hati nenek, Mila...’terputus lagi ayatnya, tidak sanggup dia hendak meneruskannya lagi.
‘oklah... tapi abang dah kecilkan hati mama, Mila tau tak apa hukumnya...’ Hazri bermain tarik tali dengan soal hukum pula.
‘sama juga dengan Mila, lagipun benda ni perkara kecil aje takkan lah mama nak marah mengila kot...’ Armila matikan kata.
‘yelah yelah.. nanti abang bincang dengan mama.. Mila tu perempuan abang ni lelaki ingat senang ke..??’ kerutan didahinya memang Hazri berasa marah saat itu.
‘kalau abang tak nak abang sendiri yang call ibu bagi tahu dia abang tak mahu majlis itu diadakan habis cerita, mama pun tak marah, dan janganlah suruh Mila pulak nak kanselkan..’
Armila mengenakan syarat, dia sudah malas hendak bergaduh, padanya bila sudah jadi begini tiada gunanya lagi samaada majlis itu ada atau tiada bukan soalnya lagi, hatinya sudah terguris, jika majlis itu ada juga bukanlah sesuatu yang istimewa lagi bagi dirinya.
‘Huh’ Hazri Iskandar mengeluh benci dengan syarat itu.
Armila juga bungkam, benci dan meluat bila tiba soal berbincang dengan suaminya dia terasa tegang secara tiba – tiba.
Entah apa yang payahnya dengan majlis perkahwinan yang tidak seberapa bukan buat di hotel mewah 5 bintang pun, hanya di kampung sedikit pun tidak meminta dia keluarkan belanja kenduri itu, cuma datang sahaja mengenal sanak saudara sekurangnya ada juga kenangan yang boleh diabadikan.
Kadang – kadang memahami hati Hazri Iskandar bagaikan duri selumbar menikam daging terasa sakit dalam hatinya.

3 comments:

Annassul Firdaus bin Rapaiee said...

salam 1 malaysia...saya newbis dalam dunia blogger ni..diharap sudi memberi kerjasama dalam blogwalking ni..
segala tindak balas dr awak saya hargai dan mengucapkan berbanyak terima kasih..
salam perkenalan dari saya- annassul

http://updatenew5.blogspot.com/

MamaFaMi said...

Salaam...

Rupanya cerita Armila ni masih di sini ye. Mama ingatkan mama dah tertinggal jauh. Rupanya mama tak tertinggal satu pun. Tak nak sambung ke? Atau dah dibukukan? Huhuhu... tergantung ni, tak tahu cerita seterusnya...

aeinio said...

Mamafami.. di bukukan InsyaAllah masih menunggu jadual penerbitan dari karyaseni.