nuffy

Friday, April 26, 2013

Masih Sembunyi (ms 161 ~ 162)


‘hmm.. mengata abang lah tu..’
 ‘macam tulah suasana kampung abang..., Mila rasa seronok... tak taulah pulak abang...’
‘nanti lama – lama abang seronoklah... banyak betul tempat yang menarik abang rasa nak ke semak belakang tulaa, ada kebun sayur.., nanti nak ajak sepupu Mila yang kecil – kecil tu nak ambil gambar, kat sawah pun cantik – cantik, bila kita nak balik lagi ek..?’ soal Hazri teruja.
‘Rayalah pulak... bulan puasa ni nanti penat nak redah tempat – tempat tu semua..’
‘eh.., abang tak penatlah.., abangkan macho..’
‘hahahaha abang ni.., memang perasan..!!’
‘nanti kalau ada masa kita balik rumah nenek abang di Terengganu’ kata Hazri sambil mencubit manja hidung isterinya. Armila senyum lekuk di pipinya seraya mengangguk.
Esok ibu dah boleh mula jualan di bazaar Ramadhan, tahun ini ibu dapat gerai untuk jualan bazaar Ramadhan selama sebulan, menurut ibu dia jual kuih – muih dan kuih raya di penghujung puasa.
‘berapa hari kita kat sini abang..?’ soal Armila setelah berbaring disisi suaminya.
‘dua atau tiga hari kita balik lah.. kenapa Mila..?’
‘tak adalah Mila tanya aje...’
‘Mila nak duduk lama - lama ke dekat sini...?’
‘kalau boleh Mila nak duduk sini terus boleh..?’
‘haaa...!. tak sayang abang ke..?’
‘kesitu pula.. jauh menyimpang tu sayang dengan hendak duduk dekat sini..’
‘yelah nanti abang balik sorang – sorang, lepastu duduk dengan mama, tidur pun sorang – sorang...’ rungut suaminya.
‘Mila cakap kalau boleh, nak duduk di sini, tapi mana boleh kan! lagipun Mila dah nak mula kerja dah..’
‘kita boleh balik selalu – selalu bila ada masa free..’
‘janji tau..’
‘janji sayang... jom tidur...’ kata Hazri Iskandar sambil menjongketkan keningnya.
‘tidur... esok Mila kena bangun awal tau masak sahur..’ Armila pejamkan matanya sambil tangan meraba suis lampu tidur dan dipadamkannya.
Hazri terkebil – kebil dalam kegelapan dia meraba tubuh isterinya dan memeluknya.
Hendak berterus terang terasa malu, kerana sepanjang perkahwinan tidak pernah langsung Armila memulakannya.., semuanya dia..., hanya dia yang memulakan barulah isterinya itu membalas  kalau tidak jangan haraplah, kadang – kadang juga kata – kata Armila seperti tadi membuatkan dia seperti mati pucuk.
“dia ni sayangkan aku ke tak ek..?” tanyanya sendiri dalam hati.
Walaupun memiliki Armila mudah dan tidak perlu berbelanja besar Iskandar tidak perlu berhabisan wang ringgit untuk memikatnya takdir Allah yang menentukan segalanya, tetapi memiliki dan menakhluki hati Armila sebenarnya sesuatu yang terlalu payah kadang kala hatinya sendiri tertanya – tanya apakah wujud perasaan cinta yang sebenar dalam hati Armila untuknya.
Walaupun diri wanita itu kepunyaannya, haknya malah dia boleh miliki segalanya tetapi hatinya sesuatu yang begitu sukar dirungkaikan, Hazri tidak pasti akan perasaan sebenar wanita itu.
Selama mereka telah bernikah mereka tidak kerap melakukan hubungan, Armila sendiri sentiasa berpakaian lengkap hampir setiap malam tidak pernah langsung dia mengenakan pakaian tidur yang menggoda.
Bila ditanya adakah dia sayangkan Iskandar... jawapannya ringkas “ya” ataupun “sayang...” tetapi.... hmm entahlah... seperti masih ada sesuatu yang tersembunyi disitu dan Iskandar letih memikirkannya.

1 comment:

Shark Ganu said...

blogwalking to your web.. hope u can see my web too http://harzahasif.blogspot.com/