Debaran
dalam dada menuju ke rumah mertua tetap terasa, Armila tidak tahu bagaimanakah
situasi itu, harapannya agar semuanya dipermudahkan.
Dalam
kereta mereka berbual – bual tentang mama dan Armila juga ada membeli sehelai
telekung dan tudung untuk dihadiahkan kepada ibu mertuanya dan sepasang kurta
dan kain pelikat untuk ayah mertuanya.
‘Mila..
sebenarnya abang sudahpun menceritakan tentang perkahwinan kita kepada mama dan
papa... semalam..’
‘betul
ke bang..?’ Armila bertanya cemas. Hazri Iskandar angguk “Ada peristiwa
sebenarnya semalam...” keluhnya dalam
hati sambil melepaskan keluhan berat.
‘mama tentulah
sukar nak terima anak tunggalnya berkahwin kerana ditangkap khalwat..’ Akhirnya
Iskandar melepaskan apa yang terbuku dihatinya, biar Armila faham sekiranya dia
menerima layanan dingin nanti.
‘sesiapa
pun susah nak terima kenyataan abang... Mila faham..’ Armila terdiam kaku
menelan liurnya.
‘Mila... bila kita sudah berkahwin maknanya
itu sudah jodoh kita, abang dah jelaskan kepada mama tetapi mama.., hmmm abang
tak kisah Mila... yang penting kita perlu jumpa mereka restu ibu dan ayah itu
penting.. biar mereka jelas tentang segalanya..’
‘mama
dan papa abang tahu hal keluarga Mila..? tentang ayah Mila..?’ Armila bertanya
lagi.
Hazri
angguk.
Armila
agak terkejut lemah terasa semangatnya bila hal itu diketahui keluarga Hazri.
‘abang
ceritakan semuanya.. ke?’
‘taklah...
dia sekadar tahu antara ibu dan ayah itu ada masalah orang ke tiga.. itu aje..’
Armila
sedar dia sepatutnya lebih bersedia hadapi saat – saat ini, tetapi dia amat
berharap tidak menerima layanan dingin dari keluarga mertuanya. Apa yang paling
utama dia sudah tahu bahawa keluarga mertua tahu mereka sudah sah sebagai suami
isteri itulah hakikatnya.
Sebaik sahaja mereka sampai di perkarangan
kediaman suaminya, Armila melihat akan kecantikan rumah itu sebuah banglo dua
tingkat yang agak besar. Mama dan papa tidak menyambut kehadiran kami dimuka
pintu, sebaliknya mereka sibuk dengan hal masing – masing, tidak lama selepas
itu azan marghrib berkumandang.
Mama
menghampiri Armila dan mengarahkan bibik membawa Armila ke bilik tetamu. Armila
mengikut sahaja bibik Yam dengan menjinjit beg kertas berisi telekung dan
sepasang kurta sebagai hadiah untuk mertuanya.
Armila
solat di bilik tetamu, sebaik menunaikan solat dia ketandas menunaikan hajat,
‘alamak... sahke solat tadi.. patutlah rasa lain macam, rupa –rupanya hmmmm’
Armila di datangi hari – hari wanitanya, manakala awal – awla lagi Hazri sudah
naik ke biliknya untuk bersolat.
Setelah
hampir sebulan menikah sekalipun tidak pernah dia berimamkan Hazri Iskandar,
tiba – tiba Armila berasa sedih, dalam hatinya berkata – kata “bagaimana
sebenarnya badai rumahtangga yang bakal dirempuhinya kuatkah dia dalam
melaluinya nanti?”.
Armila
merasakan agak janggal berada dalam keluarga Hazri, dia sedar kehadirannya
bukanlah dialu – alukan malahan dia sendiri tahu bahawa keluarga Hazri sudah
sedia maklum akan kebenarannya. Kebenaran mereka sudah sah sebagai suami
isteri, tetapi mereka tidak diberikan bilik yang sama ketika sampai disitu,
bukanlah niat Armila mahu sebilik dengan Iskandar dia sendiri masih belum tidur
sebilik dengan suaminya itu tetapi, tindakan mama tadi yang terus sahaja
menyuruh bibik membawanya kebilik tetamu, membuatkan dia rasa agak terkilan
dihatinya.
Armila
ke dapur sangkanya mama ada di dapur rupa- rupanya hanya ada bibik. Hazri
mencarinya hingga ke ruang dapur lalu memanggil Armila duduk di ruang hadapan
bersama keluarganya. Armila berkira – kira “sukakah mereka dengan hadiah yang
aku bawa ni..? memanglah tidak mahal tetapi…” memikirkan niatnya memang ikhlas
membeli hadiah itu untuk mertuanya dia memberikannya juga.
‘Kamulah
Armila...?’ sapa papa seraya pemberian Armila hanya diletakkan di atas sofa di sebelahnya
tanpa langsung melihatnya.
‘ya...’
Armila menjawab sambil angguk kepala.