Friday, June 27, 2014

5 S

rata2 ek tau apa itu 5S terutama pada yang bekerja nak2 pulak yang kerja dengan syarikat jepun sebab bukan syarikat jepun pon banyak guna 5S
apa yang aku nak merepek nih 5s kat mata akulaa.. hehehe sebab ramai manusia takleh ikut 5s yang jepunnyerr tuh!

  1. Sekolah tak habes
  2. Selebet
  3. Songel
  4. Sentappp
  5. Sangaappp/ senget
heheh nanti aku ulas satu persatu ek.....
bila laaa tu.. hah korang pk ler sendiri... 

PETUA PETUA PETUA


1. Arwah nenek mempunyai rambut yang lebat dan hitam walau usia hampir 80 tahun. Dulu tanya juga macam mana dia jaga rambut. Arwah just bagi tahu lepas makan cekodok @ goreng pisang @ sewaktu dengannya, minyak yng melekat pada tangan sapu pada rambut.. bila saya cakap itu petua tok ye.. Arwah bagitahu itu bukan petua tetapi amalan dia sejak dri anak dara. (HAIZA-KL)

2. Kalau nak cabut uban kat kepala, tak ada pencabut tu gunalah air kapur. Letak dekat ibu jari dan jari telunjuk..sekejap je uban tu tercabut.  (Basimah)


3. Petua nak kulit muka mulus - Sapu/lap dengan spender basah(sendiri punya)
Petua nak badan kurus -masukkan spender tadi dalam makanan yang anda masak...sure tak lalu makan. (Mulan Jameela)

4. petua kulit halus mulus dan ‘tuuut’ tak berbau...mandi sental dengan garam halus, buat cam lulur.  Lepas mandi memang rasa halus mulus seluruh badan.  Jimat duit tak payah pergi lulur kat spa.
‘Tuuut’ tak bau..daun sirih campur garam, ramas dalam air suam, buat cebok everytime ke toilet. Tak payah habis duit beli pencuci yang boleh keringkan ‘tuut’ tu. (suzi fauzi)


5. Penjagaan payu dara
Sapukan beberapa helai daun sirih dengan minyak kelapa. Salai menggunakan api lilin dan tekapkan ke payu
dara. Biarkan sehingga kering. ATAU sapu dan ratakan putih telur di sekeliling buah dada. Biarkan kering dengan sendirinya. Buat pada waktu sebelah malam. Bersihkan seperti biasa dan lihat perubahannya.



6. Memiliki Payudara Cantik
Ramas beberapa helai daun turi dan ambil airnya. Sapu pada buah dada setiap kali mandi atau cara paling mudah dah berkesan ambil air yang baru keluar dari paip, kemudian usapkan ke payudara dari bawah ke atas disertai dengan bacaan selawat. Anda akan merasai perubahannya.


7. Menegangkan Payudara
Sapu minyak zaitun pada daun sirih dan layurkan pada api yang sederhana. Bila panas, tekapkan pada payudara selama beberapa minit. (macam kita tuam 'bird' bayi lelaki) Buat tiga kali seminggu.

8. petua ni dari arwah ayah saya,dulu masa saya budak2 kalau bagun tido je,terus tadah tangan serprti kita nak minta doa,angkat tangan tu terus sapu kemuka kita dgn cara dari dagu ke atas se bayak 3x seluruh muka kita sambil berselawat,utk awet muda hasil nya saya berumur 45 thn n still nampak muda lg,,,cubalah

9. Petua cantikkan kulit muka.
Petua ni arwah nenek turunkan pada mak dan mak turunkan pada saya. Masa duduk kat kampung,  kecik2 dulu, mak ada bela ayam dan mak ada sediakan tempat khas untuk ayam bertelur jadi taklah kotor telur2 tu. Petua nyer, kalau ayam tu dah bertelur, mak suruh ambil telur ayam yang baru tu dan masih terasa panas golek2 kan telur tu kat muka sambil selawat. Insyallah kulit akan cantik mak cakap. Saya dengan kakak rajin buat sejak kecik lagi. Tapi sekarang mak dah tak bela ayam lagi. Tapi kulit muka saya dengan kakak saya memang berbeza dengan adik2 lain bersih jer. Lagipun, mase adik2 membesar mak dah tak de bela ayam lagi. hehe.. (surieya sweet)


UNTUK ANAK-ANAK:

1.  Kalau kau nak kahwin secara moden, mak tak kisah. Tapi kalau beranak nanti, kau mesti ikut cara lama. cara bertungku, bertangas, berurut dan paling penting makan jamu.

2. Anak2 kecik kalau kuat merengek maknanya ibu dan ayahnya akan menghadapi masalah. so untuk tidak pastikan anak2 kuat merengek berlarutan, sebaik sahaja anak menangis, cepat2 cekup dia dan pujuk sambil tekup dia dekat pada dada. apabila senja, anak2 kecil harus didukung dan jangan biarkan dia tidur atau bersendirian.

3.  Jangan sesekali makan makanan lebihan anak. anak boleh makan makanan lebihan kita. ini untuk mengelak kita menurut sahaja kehendak anak.

PETUA DI DAPUR

1. Kalau mata terkena cili ketika menumbuk sambal, ada orang cepat2 ambil garam dan kemam. mak kjee pulak kata kalau mata kiri terkena cili, cepat2 cuci ibu jari kaki kanan. begitu jugak sebaliknya.

2. kalau lauk yang kita masak terlalu masin, ambil senduk, kacau lauk itu dan cepat2 cuci senduk bawah air paip. ulang cara itu sehingga lauk itu menjadi kurang masin.

3.  nak elak semut masuk gula, campakkan lima enam biji cengih ke dalam bekas gula.

4. kalau kita makan terlalu banyak dan terasa kenyang hingga sesak nafas, ambil senduk, selawat dan 'kaup pada perut seakan mengaup nasi' dan kononnya buang jauh2. buatlah banyak2 kali sehingga rasa lebih selesa.

5. kalau nak elakkan terkena pukau, ambil anak lesung. anaknya diletakkan di lantai dan ibunya ditelangkupkan diatasnya (lihat gambar atas). begitu jugak dengan penyapu bulu. bahagian 'kepalanya' sentiasa disandarkan dibelakang pintu dengan kayunya dibawah. ada juga kata pelihara ikan puyu di rumah.

6. macam mana nak tanggal chewing gum dari baju? senang jer. ambil seketul ais dan sapukan pada chewing gum hingga menjadi keras. kemudian tanggalkan chewing gum itu.

7. gunting tumpul? rajin2lah gunting lalang sekeliling rumah. selain laman jadi bersih, gunting pun jadi tajam.

PETUA DALAM BILIK

1. Seorang anak dara jangan sesekali masuk dan duduk di katil orang yang sudah kahwin kecuali katil ibu dan ayahnya. kjee tak ingat kenapa tapi itulah pesan arwah mak dulu.

2. Jangan sesekali duduk atas bantal. kononnya akan tumbuh bisul.

3. jangan suka menyabung iaitu meniarap sambil kedua belah kaki dilipatkan ke punggung. kononnya ini akan mengundang kematian ayah dan ibu.