Yang ini pon antara menu berbuka yang aku tak hengattt bilerrr... tapi tulaaa sedap gilerr.. yang sadisnya lepas makan jerrr cam pening2 gitu... bahaya betul laaa...
kena makan setahun sekali jer kot!!!
masa nak masak aku dah terpk yang anak no 2 Nur Dini mmg tak suka makan kambing kecualilah aku tak bgtau dia benda tu apa... dia pemakan orangnya tapi memilih laa jugak... bila masak cemana nak temberang budak ni supaya dia makan.. tapi tak sampai hati masakkan juga lauk sampingan utk dia...
tapi gara2 sup inilah akhirnya angah jadi suka makan daging kambing... dia kata "tak sangka pulak sedap bu.."
meh layannnn resepi sup ini...
Bahan2nya
700g daging kambing - dipotong dan basuh bersih
1 bungkus sup bunjut adabi (sup tulang)
1 bungkus kecil serbuk rempah kurma
2 biji ubi kentang - di potong 4
daun bawang, daun sup & daun ketumbar
garam & gula sesedap rasa
air secukupnya
1 inci halia - di ketuk
3 ulas bawang putih - di ketuk
bawang goreng
bahan2 untuk tumis darat
1 biji bawang merah kecil - di mayang
2 ulas bawang putih - di mayang
sedikit daun ketumbar
1 sudu minyak sapi / minyak masak
cara2nya
senang laa sangat.... masak sup kan memang senang..... rebus daging kambing bersama halia, bawang putih dan sup bunjut hingga daging betul2 empuk, letak air separas dengan daging bila air dah mendidih dan mula pekat masukkan rempah kurma kacau sebentar dan tambahkan air lagi (ikut suka nak kuah byk mana) bersama dengan ubi kentang masukkan bahan perasa (garam & gula) biarkan mendidih. Dalam kuali lain tumiskan bahan tumis darat tadi.. caranya panaskan minyak, tumiskan bahan2 hiris hingga wangi dan tuangkan dalam sup tadi... tadaaaaa mudah kan masa hidang bolehlaa taburkan daun bawang dan daun sup..
3 comments:
wah..hehhehe
Thnks for sharing ni resepi ya..nak try ni..ahaks!
sama2..
Salam aeinio ... macam best je .. tak pernah lagi rasa sup kambing walaupun saya memang penggemar makanan berasaskan kambing ni. Hmm ... makan kambing pening2? ... heh tu sbb baru makan .. daging kambing ok je makan ... malah digalakkan makan..kolesterol lebih rendah kalau diikutkan.
Terima kasih kerana berkongsi. :) hmm nak cari kambing...nak cari kambing ...
Post a Comment