Tuesday, March 1, 2011

Nasi Ayam aeinio



Nasi Ayam... sangat sinonim dengan anak2 senang makan tak gaduh tentang rasa pedas dan sebagainya... tapi kalini nak share cara aeinio sediakan nasi ayam... menu ni antara yang amat kerap dihidangkan untuk keluarga, hmmm... biasalaa asik tak sempat dan malas nak snap gambar... ni pon camni jerlaaa... gambar yang ada, camerawoman tak pro hehehe...
masa baru2 kawen aderlaa menonton rancangan masakan dan teringin nak mencuba, hubby yang pada masa tu sedang bersiap nak sembahyang jumaat cakap "jangan betul2 jadi nasi ayam dahlerrr" (nasi bagi ayam makan) "sabor jerlaa..." Bila dia balik nasi ayam dah terhidang bertambah2 pulak hubby makan... katanya sedap!!
ok lupakan citer lama tu... sebab bermula dari cerita tulaa nasi ayamku jadi kegemaran keluarga...


habihko periuk belanga pon dah interprem.. nasiblaaa...

bahan2 nasi

4 pot beras - di basuh dan ditoskan
3 sudu besar planta
2 cm kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
1 kiub ayam
1 cm halia - tumbuk
2 ulas bawang putih - tumbuk
1 biji bawang merah - tumbuk
1 helai daun pandan - simpul
2 - 3 titik minyak bijan
garam & gula
air secukupnya

cara2nya

cairkan planta, tumis 4 beradik (bunga cengkih, lawang, pelaga dan kulit kayu manis) dan daun pandan bila dah naik bau, masukkan bawang kacau hingga bawang layu masukkan kiub ayam yg telah di hancurkan, langsung masukkan beras, kacau sekejap masukkan air secukupnya ikut pengunaan beras anda, masukkan bahan perisa, biarkan dalam periuk letrik sehingga masak. bila dah masak titikkan minyak bijan kedalam nasi dan kacau rata.


sup ayam

1 sup bunjut (sup tulang adabi)
halia - di ketuk
3 ulas bawang putih - di ketuk
isi ayam / tulang ayam
akar daun sup 
garam
air secukupnya

campurkan semua bahan didihkan dalam periuk. (hidangkan dengan hirisan daun sup dan daun bawang)


ayam panggang

1 ekor ayam (kalau nak lebih tambah)
garam - jika perlu
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh lada sulah
1/2 sudu teh serbuk thymes
1 sudu teh serbuk oregano
1/2 sudu teh serbuk basil
secubit serbuk kulit kayu manis
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
minyak bijan
bawang putih & halia - ditumbuk lumat

cara2nya 
gaul rata dan biarkan selama 10 ~ 15 minit sebelum di panggang dalam oven.

sos cili pedas

1 biji tomato
4 batang cili merah
5 biji cili padi
garam & gula
1 sudu teh cuka
1/2 cawan sos cili

kisar semua bersama dengan 1 cawan sup ayam / air panas

selamat mencuba

2 comments:

Gee said...

Anak-anak kmok pun kalau nasi ayam nih MasyaAllah sangat sukalah...

aeinio said...

senangkan...