Sekitar majlis sukan di sekolah kebangsaan kerteh, ni masa tak terbaukan akan malang tak berbau... aku menghadiri majlis sukan hanya berbekalkan semangat untuk anak2 jerr.. tambahan pulak kalini NurDini terlibat dengan 4 acara tidak termasuk acara perbarisan..
Masa perbarisan (dia tinggi dok belakang)
Angah dengan kawannya Yucha setelah menerima medal pertamanya, sebelum Dini terpaksa membatalkan acara seterusnya.. Din pulak aku tak sempat nak snap gambar ketika dia beraksi... panas melampau..
Ica dengan aksinya..
Inilah berita mengejutkan cuba tengok betul2 tangan Nur Dini tu... masih bengkak... sebab apa ya....
Dah seharian tak putus makan ubat susut bengkak alhamdulillah ada kurangnya, walaupon masih bengkak... nak tahu kenapa...??? aku nak cerita pon cam sedih pon ada... bila ingat2kan balik... Nur Dini hampir2 di hempap buah kelapa ketika berteduh di bawah pokok kelapa... hanya Allah yg tahu bila aku dapat berita tu.. tatkala aku tak terpandangkan dia... akhirnya aku bersuara tanya kawan2nya mana Nur Dini sebab selalunya memang dia ada jerr kat kemah rumah merah even Ica pon tak tahu... atlast kawannya Yucha tu yg bgtahu dia ada kat makmal cikgu suruh berehat due kemalangan tu..
masih ada tanda biru di tapak tangan setelah masuk hari kedua.. bayangkanlahh kalau betul2 kena di kepala.. aku tak tahu nak cakap apa.. syukurlah buah kelapa tu jatuh (yg muda masih hijau lagi) betul2 terkena topinya dan jatuh atas tangannya ketika dia nak suap gula2 ke mulutnya mujurlah hanya jatuh pada bahagian topi hadapan dan tidak terkena tepat kepalanya... bila dah dapat tahu aku bergegas call hubby dan terus pecut kereta ke klinik rantau untuk xray.. alhamdulillah lagi tangannya takde patah mahupun retak cuma bengkak sahaja...
yang lebih menghairankan lagi... kenapa cikgu langsung tak buat announcement ttg kejadian tu, dan entahlaa benda nak jadi... aku nak marah campur geram pon ada.. tapi apa2 pon syukur alhamdulillah...
No comments:
Post a Comment