Saturday, April 9, 2011

Banjir Di Kertih

2011 menjadi saksi berlakunya banjir di kerteh terengganu... huhuhu
masuk tahun ke14 bermastautin disini., ya.. aku mengalaminya.. n syukur Alhamdulillah rumahku selamat dari dinaiki air walaupon dalam hati dah mula risau.. seawal 4 pagi aku dikejutkan dengan deringan telefon dari jiran belakang rumah... aeini baru bangun ke? ya kenapa kak iza?.. aeini tak tau cerita kee..? haa kol 4 pagi citer apalaa pulak kak.... kawasan rumah kita naik air, aini... haaaa oklaaa kejut anak2 semua, kak iza nak call yang lain2 pulak.. siap2lah apa yang patut... apa2 hal bangun dan tengok kat luar tu... huhuhuhu  itulah yang berlaku pada penghujung march 2011 yang lalu... 


sebetulnya camera aku habis bateri bukan tertinggal kat kg cuma dah cari merata bilik tak jumpa maklum jerlaa dah ramai semasa kenduri adik ipar mungkinlaa 'terhilang' kat mana2 dan pada hari kejadian aku takde gambar ni pon aku amik dalam fb itulah yang terjadi... bila tengok semula gambar2 ni teringat pada masa itu aku bangun termanggu tak tahu apa nak buat asben lak shif malam aku pandang anak2 yg masih lena, hujan kat luar terus mencurah2 lebat... kuatkan hati buka pintu hadapan... ohhhhh kereta dah penuh luar gate memang kawsan rumah kami agak tinggi sikit kereta aku masih dalam porch tayar belakang dah mula kena air aku pulak hampir terlentang menuju ke tandas akibat dari bocor atau tempias yang tak tahu datang dari mana, ada kawasan basah di depan bilik air... masuk bilik air, air dah mula membuak keluar dari lubang laluan air... tapi cuma setakat itu ohhh aku dah risau...

call hubby dia pon terkejut rasa nak call juga sekolah syahmi di Paka tapi tengok pada jam 4 pagi aku batalkan ajer niat nak call... tunggulaa 8pagi esok jerr... aku keluar jiran2 dah ramai kat luar... ada yang dah hilang selipar... aku sempat alihkan sebahagian kasut ke tempat yang lebih tinggi... anak2 dah mula bangun... alhamdulillah menjelang 5 pagi air dah mula surut dan terus surut hinggalah hubby balik jam 8.00pagi tu... aku sempat sediakan macaroni goreng pagi tu dan anak2 semua tak sekolah... call sekolah along, takde banjir... phew legaa... pagi tu cuaca cerah semua sibuk mengemas rumah masing2. kain baju aku yang tersidai di belakang rumah dipenuhi dengan lipas... yerlaa mana lagi nak lari lipas dan semut2 tu semua... adehhhhh kena basuh semula laa weyyyy... tong2 cat yg memang tersimpan kemas kat ala2 store belakang rumah tu habih semua tunggang langgang cat pon dah terkeluar... mcm2 benda jumpa sib baik tak jumpa ular... nauzubillah adergaklaa jumpa lipan n eeeiiii cacing!

esoknya macam fobia badan penat... takut berlaku lagi kejadian yang sama... sebenarnya kerteh dah banjir pada penghujung tahun 2010 dan kali ini kiranya gelombang kedua dalam masa yang singkat... hmm pengalaman... betullah pengalaman adalah pembelajaran yg terbaik....


No comments: