Friday, May 20, 2011

Daging Kambing masak Kurma


Daging kambing masak kurma ni pon aku masak last week laa jugak tak tau hari apa.. masa dulu2 bila mak masak kurma aku rasa sedappppnya tapi harammm tak tau cemana memasaknya asik makan masa kenduri kawen jerr.., atau berkat yang di bawa balik, rupa2nya senang jerr nak memasaknya.. hahaha 


bahan2nya
700gram daging kambing - beli kat cold storage Giant yang dah siap potong tanpa tulang
1 cawan rempah kurma (babas)
1 keping asam keping (saiz sederhana)
GHANI - 1-bunga lawang, 1-kulit kayu manis,2 -buah pelaga dan 2- bunga cengkih
1 biji ubi kentang - potong 4
2 tangkai cili merah - belah 2
2 tangkai cili hijau - belah 2
2 ulas bawang putih - ketuk dan hiris
1/2 inci halia - ketuk dan hiris
2 labu bawang besar- di dadu
2 tangkai daun ketumbar - patah2kan sahaja
santan
minyak masak
garam & gula


(note: memang ada setengah daripada kita tak tahan makan daging kambing terutama bila ada simtom2 panas dan tekanan darah tinggi... rahsia orang arab ialah apabila makan daging kambing kena balance dengan daun ketumbar so setiap kali makan daging kambing kena amik juga daun ketumbar walaupon ramai yang tak suka bau dan rasa daun ketumbar, namun percayalah daun ketumbar tu banyakkkk khasiatnya)


cara2nya
Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan GHANI , masukkan pula halia dan bawang putih kacau2 sebentar masukkan bawang besar yang di dadu kacau hingga naik aroma dan bawang lembut, masukkan daging kambing dan rempah kurma kacau rata masukkan air kecilkan api dan tutup tudung periuk biarkan hingga daging lembut amibil masa yg agak lama laa maybe 1/2 jam ~ 45 minit. bila daging dah lembut masukkan ubi kentang perasakan dengan garam masukkan juga daun ketumbar dan santan biarkan ubi kentang empuk dan kuah pekat. Akhir sekali masukkan cili merah, cili hijau dan asam keping kacau 1 ~ 2 minit dan bolehlaa dihidangkan...


2 comments:

Fauziah Samad said...

salam aeini. kjee tak pernah masak kambing kat rumah kecuali buat grill lamb jer. Kjee takut tak jadi. even arwah mak kjee pun tak pernah masak kambing. teruja sangat nak buat resipi ini. tq for info pasal daun ketumbar. minggu depan pergi pasar nak beli kambing.

aeinio said...

t kasih sebab sudi jengah blog saya yg tak seberapa ni kak jee.., dan salam takziah atas kehilangan adik tersayang.. alfatihah...