Lasagna laaa pulak... hehehe acara selongkar perabih stok... aderlaaa sekotak lasagnia...
kalini pon resepi tarammm jugak but hubby n anak2 sukerrr...
versi murah dan senang...
jom layan resepi...
bahan2nya
1 kotak kepingan lasagna (san remo)
cheddar cheese
parmesan cheese + mozarella cheese
bahan untuk sos putih
50gram butter (agak2 jerlaah)
3 keping cheedar cheese
3 ulas bawang putih - tumbuk lumat
garam & lada hitam serbuk
3 sudu tepung gandum
1 paket mushroom soup (paket)
susu cair / susu segar
cara2nya
cairkan butter dan masukkan bawang putih bila dah naik aroma masukkan tepung gandung kacau rata masukkan mushroom paket dan susu tambahlah sedikit air kacau hingga pekat dan tidak bergentel bila dah mendidih perasakan dengan lada hitam dan garam masukkan kepingan cheedar cheese.
bahan untuk sos merah
1 bungkus daging cincang (ramly)
3 biji buah tomato - di dadu
1 biji capsicum merah - di dadu
3 ulas bawang putih - di dadu
2 labu bawang besar - di dadu
1 batang saderi - di dadu
5 batang sosej - potong bulat
sos cili dan sos tomato secukupnya
serbuk thymes dan basil
cara2nya
panaskan minyak tumis bawang putih, saderi dan bawang besar hingga layu, masukkan tomato dan capsicum kacau lagi hingga semua bahan lembut masukkan daging cincang kacau rata masukkan sedikit air supaya daging cepat masak n empuk masukkan serbuk thymes dan basil serta sos (ikut rasa). Akhir sekali masukkan sosej dan didihkan.
sediakan loyang pembakar yang dioleskan dengan butter atau minyak lapiskan dengan sekeping pasta san remo (lasagnia) tuangkan sos merah hingga menutupi pasta tuangkan pula sos putih di atasnya dan lapiskan lagi pasta lasagnia ulangi proses yang sama hingga habis bahagian atas sekali tutup pasta dengan kepingan cheddar cheese, parmesan cheese dan mozarella taburkan sedikit daun parsley dan bakar dalam oven kepanasan atas dan bawah suhu 180 hingga masak... selamat mencuba...
5 comments:
brppp!!
kenyang btol..
laparrrrrrr...menggiurkan plak lasagna ni.hehhe
cubalerr menerai memasaknya.. sure puas hati makan!!
bila tengok nampak sedap kak ain..tapi bila nak try tu yang tak taw bile nye..huhu
tertarik tenguk ayam grilled kamu tu..insyallah nak cuba buat
Post a Comment