(Korang ingat lagi tak pada citer nih.. seingat aku, 1st time baca citer ni masa kerja dulu sampai sekarang citer ni seolah2 terpahat dalam ingatan.... dan aku abadikan citer ni disini untuk tatapan)
(gambar sumber en goggle..)
Sengaja Sapura mengambil cuti kerja setengah hari. Hari ini anak anaknya Sukinah dan Rosli awal - awal sudah dijemput dari rumah ibunya. Dia mahu buat persiapan yang sebaik mungkin untuk Fadley.. lelaki yang sudah menjadi suaminya hampir tujuh tahun itu… malah tiga hari lagi genaplah tujuh tahun usia perkahwinan mereka.
Alhamdullilah. . walaupun perkahwinannya dengan Fadley mendapat tentangan hebat dari ayahnya pada mulanya.. ternyata Sapura tidak salah pilih. Ini semua berpunca dari sikap angkuh ayahnya yang sukar menerima hakikat bahawa Sapura anaknya yang berkelulusan universiti.. jatuh hati dengan Fadley yang pada ketika itu hanya seorang kerani biasa berkelulusan sekolah menengah. Sapura faham.. bukan ayahnya sengaja mahu menentang. Orang tua itu bimbang Fadley tidak akan dapat membahagiakan Sapura anaknya yang cuma seorang itu.. dengan gaji Fadley sebagai kerani. Tetapi Sapura sudah nekad. Dia tahu Fadley bukan pemuda sebarangan. Dia punya cita cita dan matlamat hidup yang tinggi.
Buktinya Fadley sanggup menghadiri kelas malam untuk mengambil Diploma. Dan yang paling penting..Fadley menyintainya sepenuh hati. Perlahan Sapura mula memujuk ayahnya. Ternyata ayahnya mengalah juga akhirnya. Dan dengan restu orang tuanya, Sapura diijab kabulkan dengan Fadley dalam majlis yang penuh ceria.
“Assalamualaikum. …..” kedengaran suara memberi salam. Sapura tersentak.
“Abang! Walaikumsalam. ..” senyumnya melebar melihat Fadley dibelakangnya. Tangan suaminya dicium dengan penuh kasih sayang. Sebuah ciuman singgah di dahi Sapura. “Terperanjat Pura! Bila abang masuk? Pura tak dengar bunyi pintu dibuka pun?”. “Saje aje. Nak suprisekan Pura!” Fadley membelai lembut rambut isterinya. Bau wangi singgah dihidung Sapura. Rasanya baunya lain benar dengan minyak wangi yang selalu di pakai Fadley. Mungkin Fadley beli “perfume” yang baru dari Penang , fikir Sapura.
“Eh! kata abang berangkat pagi ni.. takkan baru pukul tiga abang dah sampai JB? Abang naik apa?” “By air…” ringkas jawapan Fadley. “Habis kereta abang?”. “Pada Mat Noor…” jawab Fadley. “Oh patutlah..” Sapura hanya menganggukkan kepala.
Dia kenal benar pada Mat Noor.. salah seorang rakan kongsi suaminya. Masa bertolak kelmarin pun.. Mat Noor menumpang kereta Fadley. Sementara Jeffri rakan kongsi suaminya yang satu lagi itu.. menumpangkan Awang Sabaruddin rakan kongsi mereka yang ke empat. “Hah! Jeffri tak ikut abang balik ke?. Selalunya kalau balik outstation, dia balik sini. Cari makan dulu….” tanya Sapura.
Dia sememangnya sudah masak dengan perangai Jeffri, rakan baik suaminya itu yang masih membujang. “Nanti dia datang…… .” ujar Fadley. “Mana budak budak Pura…?” tanya Fadley. ” Ada dalam bilik..tidur kepenatanlah tu….main basikal satu hari.” “Basikal?” tanya Fadley.
“Hah ah.. ayah belikan mereka basikal baru. Tu yang sibuk main tu..” jawab Sapura sambil meletakkan milo ais kegemaran Fadley di depannya. “Abang laparlah..belum makan. Pura masak apa?”. “Ah…. Pura masak lauk favourite abanglah…” senyuman Sapura meleret. “Kari kapitan?” teka Fadley. ” Apa lagi……” “Bagus jugak tu… Pura siapkan makan. Abang nak tengok budak budak tu sekejap. Rindu benar abang dengan dia orang….”. “Habis dengan mamanya tak rindu ke?” usik Sapura. “Tersangatlah rindu…..” jawab Fadley lalu mengucup dahi isterinya lagi. Sapura tersenyum melihat Fadley berlalu. Kasih sayang yang sememangnya sudah berbunga di hatinya semakin mekar. Beruntung rasanya bersuamikan Fadley yang penyayang.
Fadley terlebih bersyukur mempunyai isteri yang bukan sahaja cantik tetapi pandai menjaga harga diri sebagai seorang isteri. Apatah lagi disaat ini mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata yang cerdik dan comel. Fadley merenung kedua dua anaknya yang sedang nyenyak tidur. Dikucupnya pipi mereka bergantiannya. Airmatanya tiba tiba mengalir. Apalah yang akan jadi pada mereka sekiranya sesuatu terjadi kepadanya?. Itulah yang selalu Fadley fikirkan. Dia tahu.. Sapura seorang wanita yang cekal hatinya. Apa pun rintangan pasti Sapura dapat mengatasinya. Namun nalurinya sebagai seorang suami dan ayah yang bertanggung jawab menjuruskan fikirannya ke arah persoalan yang sedemikian. Sapura masuk ke bilik anak anaknya perlahan-lahan. Sempat dia melihat Fadley menyeka airmata. Sapura hairan. Tidak pernah selama ini dia melihat Fadley menangis selain selepas waktu mereka sudah siap diijab kabulkan dulu. Itupun kerana kesyukurannya yang tidak terhingga kerana berjaya juga menikahi Sapura walaupun mendapat tentangan hebat dari ayah Sapura. “Bang…. kenapa ni…?” Fadley mengangkat muka memandang Sapura.
“Pura…kalau apa apa jadi pada abang.. Pura jagalah anak-anak kita baik-baik. Pastikanlah mereka mendapat ajaran agama yang secukupnya.. .” ujar Fadley lembut. “Eh….apa abang merepek ni..sudah..mari kita makan. Pura dah siapkan tu”. Pura janji dengan abang dulu….” rayu Fadley. Sapura merenung wajah suaminya. Apa pula yang tidak kena dengan Fadley hari ini. Tidak pernah seingatnya Fadley berperangai pelik seperti ini. “Yalah…Pura janji. akhirnya Sapura bersuara tidak mahu memanjangkan teka teki ini lagi. “Pura…abang ada belikan Pura sesuatu….” ujar Fadley sambil menyeluk poket seluarnya.
“Eh……gelang zamrud….” senyum Sapura tatkala melihat seutas gelang tangan zamrud yang berkilauan. “Pura ingat tak gelang ni?”. Gembira benar hati Fadley melihat keriangan di wajah Sapura. “Ingat!!!!!??” Sapura mengerutkan dahinya sebentar kemudian dia mengeleng. Memang dia tidak ingat langsung pada gelang itu. “Masa kita pergi honeymoon di Penang dulu. Dekat kedai emas di Komtar? Pura suka sangat tengok gelang tu. Masa tu.. abang tak ada duit nak belikan Pura. Tapi abang janji pada diri abang.. satu hari abang akan belikan juga gelang tu untuk Pura.
Kebetulan kelmarin, masa jalan dengan Jatt.. abang terpandang gelang tu. Tulah yang abang beli….”. Terpegun Sapura mendengar cerita Fadley Sungguh tidak disangka setelah sekian lama.. Fadley masih ingatkan gelang zamrud itu sedangkan dia sendiri tidak pernah mengingati gelang itu apatah lagi berangan untuk memilikinya. Kasih sayang Fadley selama ini sudah cukup buatnya. “Terima kasih bang….” Sapura memeluk suaminya.
“Happy seventh anniversary sayang….I love you…”. bisik Fadley ke telinga Sapura. “I love you too..” balas Sapura. Air jernih mula tergenang di anak matanya. Dalam kesyahduan itu, kedengaran bell pintu dipicit orang. “Jeffri agaknya tu….” bisik Fadley. “Tak pa. Biar Pura yang buka pintu….” Sapura bangun melepaskan pelukannya. “Pura….”Fadley menyambar tangan Sapura. “I love you…very very much…..” Fadley mengucup tangan Sapura.. penuh kasih. “Me too..” jawab Sapura pendek.
Gelang zamrud dimasukkan ke poket bajunya. Sebaik saja pintu terbuka.. terpacullah wajah Jeffri dengan rambut yang kusut masai. “Hai..Jeffri. Apa kena dengan kamu? Selalunya “smart” memanjang. Hari ni lain macam aje?” usik Sapura. Jeffri hanya terseyum tawar. Dia masuk tanpa dijemput dan melabuhkan punggungnya di sofa.
“Puraa…can you please sit down..”, pinta Jeffri. Sapura mengerut dahi. Apa kena dengan si Jeffri ni agaknya? detik hatinya.. “Please…I have something very important to tell you…” pinta Jeffri lagi. Sapura semakin hairan. Tetapi dia duduk juga seperti mana yang dipinta. Jeffri tertunduk.
Tidak tahu begaimana untuk memulakan perbualannya. “Pura…apa pun yang Jeffri nak sampaikan ni.. Jeffri nak Pura sabar dan bertawakal. Terimalah dengan hati yang tenang…” perlahan ayat yang keluar dari mulut Jeffri. “Apa yang you merepek ni Jeffri?”. Teka teki terus bermain di benak Sapura. “Pura……. Fadley… …Fadley kemalangan. Dia tak dapat di selamatkan Pura…” tersekat sekat kata-kata itu keluar dari mulut Jeffri. Sapura tertawa kecil.
Sandiwara apa pulak yang Jeffri lakonkan nie..mengarut betul? Fadley kan ada di rumahnya tika dan saat ini. “Apa ni Jeffri…kalau nak bergurau pun biarlah bertempat… ” balas Sapura. “I’m serious Pura…..Jeffri yang saksikan sendiri.. “Sapura terpegun. Mana mungkin Jeffri berkata benar sedangkan suaminya yang tercinta berada di rumahnya. Di bilik anak-anaknya, gurauan apakah ini..gumamnya sendiri… “Jeffri….. apa yang Jeffri repekkan ni…Fadley kan dah balik.
Dia ada dekat bilik anak I.. I baru berbual dengan dia” ….”Apa? Fadley dah balik?” terbeliak mata Jeffri. Sungguh dia tidak berbohong. Dia sendiri yang memangku kepala Fadley di saat kawan baiknya itu menghembuskannya nafas yang terakhir. Malah dia sendiri melihat bagaimana Fadley dirempuh lori tanah ketika melintas jalan menuju ke keretanya di perhentian Bukit Merah tadi. Dan setelah jenazah Fadley dibawa ke hospital dengan diikuti Mat Noor dan Awang Sabaruddin, dia terus memecut menuju ke Johor Baru untuk ke rumah Fadley. Dia mahu menyampaikan berita buruk ini pada Sapura sendiri. Dia tahu betapa wanita ini menyintai suaminya. Tadipun sebelum masuk ke rumah ini dia telah menelefon Mat Noor untuk memastikan segala urusan membawa jenazah Fadley pulang berjalan dengan lancar. Mana mungkin Fadley pulang ke rumah?
“Jeffri…you dengar tak apa Pura cakap? Fadley dah balik…” Sapura mengejutkan Jeffri dari lamunannya. “Pura….Jeffri tak tahu apa nak kata apa. Tapi percayalah, Jeffri sendiri yang melihat kejadian itu. Fadley meninggal di pangkuan Jeffri… “Bohong…Fadley dah balik…Nanti biar Pura panggil dia….”
Sapura semakin binggung. Apa tujuan Jeffri ..bercerita yang bukan-bukan padanya?. Pantas dia menjenguk ke bilik anak anaknya. Fadley tiada di situ. Ah! Tentu Fadley di bilik mereka. Dia menjenguk ke situ juga sambil memanggil nama Fadley. Tiada respon, dia ke bilik air, tiada juga.. Dia berlari ke dapur pula. Mana tahu Fadley mungkin ke sana . Tiada juga.
Akhirnya setelah penat mencari.. Sapura terduduk di ruang makan. Disamping makanan yang belum terjamah. Mulutnya di tangkup dengan tangan kanannya. Apakah benar yang Jeffri sampaikan? Mimpikah dia? Jeffri hanya memerhati gerak geri Sapura. Pilu hatinya melihat Sapura berlari ke sana sini mencari Fadley yang dikatakan sudah pulang. “Pura…arwahnya mengamanatkan sesuatu…” Jeffri menghulurkan kotak berwarna merah. Sapura hanya mampu memandang tanpa suara. Dia masih binggung. Namun kotak yang Jatt hulurkan disambut juga.
Perlahan lahan dia membuka kotak itu. Didalamnya terdapat sepasang subang zamrud. Terlopong mulut Sapura. “Rasanya ada barang yang hilang dari kotak tu. Kelmarin masa arwah beli,Jeffri pasti benar ada seutas gelang zamrud bersama subang tu…tapi puas Jatt cari.. tak jumpa juga” sayu je suara yang keluar dari mulut Jeffri. Sapura memandang Jeffri. Terkedu. Air jernih sudah deras dipipinya. Baru dia teringat akan gelang zamrud pemberian Fadley.
Dikeluarkan gelang itu dari poket bajunya. “Ini ke Jatt?” tanyanya perlahan. Jatt tersentak. Benar! Itulah yang dilihatnya semasa Fadley membelinya malam kelmarin. Saat itu tidak putus putus Fadley menyatakan kegembiraannya dapat membelikan gelang itu untuk Sapura. Tapi macam mana pula benda itu boleh berada pada tangan Sapura?.
Apakah benar keterangan Sapura bahawa Fadley sendiri yang pulang menghadiahkan gelang itu kepada Sapura? Kalau benar.. bagaimana? Yang nyata di bumi Allah ini tiada yang mustahil dengan izinNya. Sapura hanya mampu menangis. Dia memandang kari kapitan yang belum tersentuh dan milo ais yang belum terjamah. Hidangan yang sepatutnya menyambut kepulangan suaminya, terbiar begitu sahaja. Rasanya saat ini seleranya juga sudah tertutup habis.
Kalau benar Fadley sudah tiada….sebagaimana kata Jatt.. siapa pula yang datang menghadiahkan gelang zamrud ini padanya? Sungguh sukar untuk Sapura menerima kenyataan ini. Dan ketika ruang rumahnya di penuhi dengan bacaan surah Yassin.. Sapura masih mengharap akan kepulangan Fadley.. sambil memeluk kedua anaknya yang masih terlalu kecil untuk memahami segalanya. Hanya apabila jenazah Fadley tiba di rumah.. barulah Sapura yakin bahawa suaminya sudah pergi untuk selamanya. Yang tinggal kini hanya seutas gelang zamrud yang menjadi saksi akan segala-galanya…
6 comments:
aduh kak... pagi-pagi saya dah nanges... T_T
sedihnya..keadaan camnila selalu duk main kat pikiran sy bila suami outstation..sbb tu tiap kali dia nak balik somi akan tanye nak apa? sy just cakap takpelu beli apa2..abg balik dengan selamat pon dah cukup..
sob2 ..sedihnye cite ni..:-(
huhuhuhu :(
sebak baca entri ni... deena mohon share yer aeini...
Assalamualaikum wbt.
Saya sedang meng'google' cari cara-cara mencuci batu Zamrud, tiba-tiba saya termasuk ke blog ini. Alang-alang masuk, lalu saya membaca kisah sedih batu Zamrud di atas. Jiwa lelaki saya tersentuh dengan kisah itu. Ajal maut ditentukan Allah swt, takkan lewat sesaat pun bila tiba masanya. Setiap yang bernyawa pasti mati, tidak ada seorang pun terlepas. Jangan takut pada kematian, tetapi takutlah kepada Allah swt yang menentukan hidup mati kita. Apakah bekalan kita sudah cukup?
Nabi Muhammad saw menegaskan bahawa sebijak-bijak dan sebaik-baik manusia itu ialah manusia yang sentiasa mengingati mati dan membuat persediaan sebelum tiba ajalnya.
Mereka yang mencintai Allah swt dengan sepenuh jiwa raganya, nescaya mereka itu ternanti-nanti ajal mautnya tiba. Mereka tidak sabar untuk mati dan meninggalkan dunia yang fana ini. Sesungguhnya mereka merindui Allah swt dan sangat ingin bertemu Allah swt. Nabi Muhammad saw menegaskan bahawa barangsiapa yang benar-benar ingin bertemu Allah swt, nescaya Allah swt sangat ingin bertemu dengan hamba-Nya itu.
Cik Puan Blog, saya ucapkan ribuan terima kasih atas kisah yang dipaparkan itu.
Semoga kita bertemu Allah swt dalam Husnul Khaatimah. Amiin...
-Ainol Kusyairi-
tq ghostwriter... sudi tinggalkan komen anda...
Post a Comment