Friday, August 5, 2011

Kuih bakar iftar 4


layan kuih bakar a.k.a bengkang atau bingka... simple2 jerr memandangkan rendang ada lagik tambah2 jerlaa goreng ikan dan sayur bayam bening... sambal belacan dan layan kuih ni... leh gak balas piring jiran2 hehehe
ok jom layan...

bahan2nya
2 mangkuk tepung gandum
1 mangkuk gula pasir
secubit garam
1 mangkuk telur (4/5 biji)
1 mangkuk santan
1 sudu besar pes pandan dengan pewarna hijau
sedikit planta / butter
* saya gunakan mangkuk saiz sederhana kuih ni tak kembang agak2 sendiri untuk sekeluarga


cara2nya
gaulkan semua bahan rata2 kemudian tapis kedalam acuan pembakar yang telah di oles rata dengan planta atau butter kemudian bakar pada suhu 170 selama setengah jam dengan menggunakan kepanasan bawah sahaja kemudian setengah jam lagi dengan suhu yang sama kepanasan atas dan bawah... sejukkan sebelum di potong...

2 comments:

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam aeini..bestnya dpt brbalas piring ngan jiran2.mewah la di meja mkn yer..hihi.
K.atie nk ucapkn slmt menjalani ibadah puasa tuk aeini skluarga.

aeinio said...

wsalam atie... hhehe meriah meja...