Monday, August 22, 2011

Tart Strawberry


hmmm dah lost track berbuka apa ek.. ada majlis berbuka sana n sini aku pon tak snap gambar masak pon cam dah malas snap gambo penatlaa.. skang ni serahkan tugas mengambil gambar kat anak2 tengok talent dia cemana lak... ni along bali dia yg snap gambo2 kukis ni.. mmg ada sedikit hampa laa but ok.. aku sibuk tak cukup tangan mmg buat kuih raya ni memenatkan.. poser lagik kang tgk jam terkejar2 pulak nak masak tuk berbuka.. huhuhu... 


ok kang aku membebel tak sudah lak... jom layan resepi nih.. sama jerr cam tart biasa cuma ditambah pes strawberry..


bahan untuk jem
1 botol jem strawberry
3 sudu besar jem nenas (beli siap)


(campurkan semua dan kacau dalam periuk hingga jem agak pekat dan kental)


bahan2nya
250gram butter / planta
3 sudu besar tepung jagung
4 cawan tepung gandum (tepung halus)
2 sudu besar gula icing
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu teh pes strawberry
secubit garam (optional)


cara2nya

  • satukan bahan kering tepung, gula icing, tepung jagung dan garam kacau rata.
  • butter, pes strawberry dan esen vanilla kacau hingga lembut dan sekata putar guna mixer pon ok.
  • masukkan tepung sedikit demi sedikit ramas2 sahaja
  • terap guna acuan (jika nak wat tart gulung kurangkan secawan tepung gandum supaya senang dan picit acuan semperit tu) letak jem di atas.
  • bakar suhu 170 selama 10 ~ 13 minit.

4 comments:

RasyidHamid said...

kaler pink n merah...1st time nampak...

Fazleyatul Aini said...

kita tak pernah try buat tart, sebab tak berapa minat.kikiki selalunya mak beli je tart. tart nenas la selalunya. tapi saya tetap tak leh terima tart. kalau blueberry cheese tart takpe.kikiki

Oh Oeya said...

Kita order je aeini hik3

aeinio said...

rasyid asik2 tart nenas jekk tukar la plak...

lya.. akak dulu pon tak suka tart tapi bila termakan yg tersangat sedap huhuhu mengelupur carik recipe nak wat sendiri..

order lagik senang o ya..