Monday, September 19, 2011

Rendang Itik


Masih lagi beraya ek... hehehe minggu lepas kalau tak salah.. dok masak rendang itik ni.. tapi sibuk sana sini lambat laa dia bersiaran...


kami balik beraya di kg! pagi raya pertama tu kepala cam weng jerr maklumlaa petang tu bergerak ke JB berhenti nak beli lemang kijal makan asap jerr... siap lalu jalan lama lagik nak carik lemang semuanya fullbooked.. adehhhh so sedihhh.. atlast aderlaa satu kedai tu sian bgiklaa kita beli 3 batang.. sampai pekan pahang byk gak org jual lemang sana sini tapi tak confident nak beli.., sampai jb dah tengah2 malam.. juadah raya 1 tu tak teringat langsung nak snap gambo... nak bergambar sekeluarga pon entah kemana2...


ok jom share resepi ni. sama jerr cam rendang ayam.. cuma digantikan dgn itik hubby teringin tgk daging itik tu besor dari ayam..

bahan2nya
1 ekor daging itik
1kg santan pekat
minyak masak
daun kunyit -mayang halus
2 sudu besar kerisik
asam keping
garam & gula
bahan kisar halus
4 batang serai
2 inci halia
2 inci lengkuas
10 biji cili padi
10 tangkai cili kering
1 sudu besar serbuk kunyit
15 biji bawang merah 
8 ulas bawang putih


cara2nya
perapkan daging itik bersama dengan serbuk kunyit dan garam selama 1/2jam dan di goreng separuh masak, dalam kuali lain renehkan bahan2 kisar dalam 1 minit, kemudian masukkan santan.., kacau rata masukkan daging itik api sederhana kacau sekali sekala hingga mesra. bila kuah dah mula mengering atau daging dah lembut.. masak itik ni agak lama sedikit berbanding masak ayam daging sebab daging itik agak pejal. (tambahkan air jika daging masih pejal)
masukkan bahan perasa garam, gula dan asam gelugor kacau lagi bolehla masukkan kerisik akhir sekali taburkan hirisan daun kunyit dan bolehla di matikan api...

1 comment:

anymz said...

sedapnya rendang itik..kalau kat rumah akak ni tiap2 tahun mesti beraya dgn rendang itik..cuma tahun ni je tak ada..:(