Friday, August 17, 2012

Chocolate Chips Cookies


Tahun ni kukis kat rumah ni banyak betul bentuk camnih... hampir semuanya bercoklat... heheh the real chocolate chips cookies takde rupa sekut coklat cip ponn.. hahaha tapi rasa bolehlaa tahan... sebab resepi ini saya guna scs butter jadi memang terasa butternya bagi pengemar rasa butter...


yang sebenarnya ada banyak stok coklat chips dalam drawer peti sejuk..., bila tah nak habih... dah pelbagai sekut aku letak ini barang tapi masih ada lagi nyemak aje rasa benda tu tak habis - habis.

ok jom layan resepi..

A
250gram butter (scs)
1/2 cawan gula perang
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
B
1/2 cawan parutan coklat masakan
1 cawan chocolate chips

1 cawan tepung jagung *
3 cawan tepung gandum *
1 sudu teh baking powder *
satukan bahan * dan ayak


caranya
satukan bahan A dan gaul rata guna senduk kayu atau putar guna cake mixer, sementara butter dan semuanya sebati campurkan semua bahan B gaul rata, bulat - bulatkan dalam dulang pembakar dan bakar saya guna suhu 180 panas atas dan bawah lebih kurang 10 minit. (jarak - jarakkan kukis ni sebab dia sedikit mengembang)

No comments: