hmm sorilah kualiti gambar hancuss.. dalam note tengok ok jerr tp bila masuk blog ayooo.. agaknya aku yang tak tau setting.. nak tanya tak tau nak tanya saper nak study takde masa eh ke malas!! dua2 hokey... huhuhu
lamb chop ni tak ingat masak untuk berbuka bila rasanya Ahad lepas kot.. dah lost track banyak yang tak terambik gambo.., sbb hubby asyik keje aje pukul 3 petang dah masuk dapor by 5.30 semua kena dah siap untuk bekal dia berbuka dan sahur sekali.., lepak.. dah petang tengok camera pon alahai... atlast langsung lupa... minggu ni pun dia kerja ajer 5 hari night shift bulan poser ni jadual kerja kelakar pon ada tak adil pon ada... kerja malam masuk 6ptg balik 7pg, kalau keje pagi masuk 7pg balik 6ptg.. tak acikan!!! tapi nak wat cemana nama pon keje makan gaji..
memerap daging kambing ni lebih lama lebih sedap.., masak camni senang ajer.. dah puasa2 ni memang nak yang senang2 aje.. ok jom intai resepinya.., mintak maafkah kalau ada yang kurang selesa.
daging kambing ni beli dah siap potong camtu.., bersihkan dan ketuk dengan pemukul daging bagi isinya lembut.. (hati - hati masam mengetuk tu yea..)
bahan2nya
2 batang serai - hiris
7 ulas bawang putih
1cm halia
1 sudu besar rempah kari
1 sudu besar rosemary
1 sudu besar thymes
sos tiram
garam
serbuk lada hitam
(semua bahan di atas dikisar dengan sedikit air perapkan daging semalaman)
bakar dalam oven hingga masak ambil sedikit jus ketika memanggang untuk dijadikan kuahnya.
kuahnya
2 batang serai - titik
2 ulas bawang putih *
1 sudu besar lada hitam* - *tumbuk kasar
sedikit air + jus kambing panggang tadi
1 sudu besar minyak zaitun
1 sudu besar tepung gandum
garam
gaul rata semua bahan pastikan jangan bergentel, masak api sederhana hingga kuah menjadi pekat.
digandingkan dengan sayur segar aje.. mudahkan..
berbuka dengan anak - anak aje sesimple yang boleh supaya meja tak sesak, sempat juga masakkan sambal telur untuk hubby bersahur dengan nasi yang telah di bekalkan, setiap hari dia tak lupa bawa susu segar dengan cereal cukuplah untuk bekalan dia.., nama aje duduk dekat.., time berbuka dengan sahur manjang dengan anak2 aje dia call, kadang2 kita call dia camtulah hari2 jumpa pagi.., dia tidur sampai dah dekat zohor baru bangun pastu ketung ketang kat dapur memasak.., best gak kalau bulan puasa ni 12 bulan.. hubby rajin tolong masak heheh..! kalau tak jangan harap..!!
No comments:
Post a Comment