Bab 19
Tengahari selepas waktu
Zohor Iskandar dan Armila memulakan perjalanan ke Johor Bahru, semasa
perjalanan ke Johor Bahru, barulah Armila teringat akan perancangan majlis perkahwinan
mereka itu.
‘bang.. Mila lupa nak
beritahu abang... malam tadi masa bersembang dengan ibu, nenek dikampung nak
adakan majlis kita pada hari raya pertama nanti, yang Mila pulak dah buat
keputusan ok ajelah lagipun bila tiba raya memang insyaAllah kita bercuti..., Mila
ikutkan malas nak hampakan ibu dan nenek termasuk juga ayah..’
‘hah!!!.... penting sangat
ke majlis perkahwinan tu.., yang wajib kita dah laksanakan dah, ijab dan qabul
itu sahaja yang wajib yang lain – lain tu adat orang melayu aje Mila....’ Hazri
berkata sedikit mencemuh.
‘nenek teringin nak tengok Mila
naik pelamin, ibu pun teringin juga... pada Mila apa salahnya, kalau tak buat
pun Mila dah tak kisah pun sebenarnya..’ jujur pengakuan Armila.
‘hmm.. Mila tak bagitau ke
tak payah buat pun takpe Mila pun tak kisahkan... abang lagila tak kisah...
abang dah janji dengan mama pasal raya pertama tu kita kena beraya di
Pontian..’ Hazri berkata – kata lagi.
‘itulah bang... Mila pun
terlupa la... Mila ni cucu sulung malah anak sulung pulak, jadi...’ suaranya
terhenti disitu dengan harapan.. suaminya akan faham sendiri, tidak sanggup
rasanya dia meneruskannya, terasa perit dalam hatinya dengan kata – kata jujur
suaminya tadi, dia merasakan Hazri tidak pernah ambil peduli tentang hal itu,
yang penting apa yang dia mahu dia sudah pun mendapatkannya.
‘beritahu ajerlah dengan ibu
kita tak payah buat majlis itu.. habis cerita..’ sekali lagi Hazri bersuara.
‘kalau semudah itu nak cakap
takpalah juga... Mila tak nak cancel macamtu aje, kalau abang tak nak abang aje
yang call beritahu ibu, Mila tak sampai hati... apa pulak alasan yang Mila nak
beritahu...’ Akhirnya Armila membuat keputusan, keputusan yang kata putus sudah
diberi, dia tidak mahu memanjangkan hal itu lagi.
“kalau abang yang tak nak
abang sendiri beritahu tak payah dan tak mahu, Mila tak nak masuk campur lagi”
gumamnya dalam hati.
‘Kenapa abang pulak yang
kena beritahu..., Mila lahhh..’ Hazri bersungut.
‘bukannya payah pun kita
just balik jadi pengantin ajer, bukan kena buat apa – apa pun majlis nikah pun
bukan ada, susah sangat ke sampai nak kecilkan hati ibu dan hati nenek, Mila...’terputus
lagi ayatnya, tidak sanggup dia hendak meneruskannya lagi.
‘oklah... tapi abang dah
kecilkan hati mama, Mila tau tak apa hukumnya...’ Hazri bermain tarik tali dengan
soal hukum pula.
‘sama juga dengan Mila,
lagipun benda ni perkara kecil aje takkan lah mama nak marah mengila kot...’
Armila matikan kata.
‘yelah yelah.. nanti abang
bincang dengan mama.. Mila tu perempuan abang ni lelaki ingat senang ke..??’
kerutan didahinya memang Hazri berasa marah saat itu.
‘kalau abang tak nak abang
sendiri yang call ibu bagi tahu dia abang tak mahu majlis itu diadakan habis
cerita, mama pun tak marah, dan janganlah suruh Mila pulak nak kanselkan..’
Armila mengenakan syarat,
dia sudah malas hendak bergaduh, padanya bila sudah jadi begini tiada gunanya
lagi samaada majlis itu ada atau tiada bukan soalnya lagi, hatinya sudah
terguris, jika majlis itu ada juga bukanlah sesuatu yang istimewa lagi bagi dirinya.
‘Huh’ Hazri Iskandar mengeluh
benci dengan syarat itu.
Armila juga bungkam, benci
dan meluat bila tiba soal berbincang dengan suaminya dia terasa tegang secara
tiba – tiba.
Entah apa yang payahnya
dengan majlis perkahwinan yang tidak seberapa bukan buat di hotel mewah 5
bintang pun, hanya di kampung sedikit pun tidak meminta dia keluarkan belanja
kenduri itu, cuma datang sahaja mengenal sanak saudara sekurangnya ada juga
kenangan yang boleh diabadikan.
Kadang – kadang memahami
hati Hazri Iskandar bagaikan duri selumbar menikam daging terasa sakit dalam
hatinya.