Sunday, December 13, 2009

Din part 1

 
Hmm masih lagi bercerita tentang hari Raya Aidiladha 2009 yang lalu.. biarlaa kenangan ini jd satu benda yg boleh dikongsi utk anak cucu nnt...
bila diingatkan semula banyak pengajaran yg boleh diambil dr peristiwa ini selain lucu pun ada..
Kami pulang ke kampung 5 hari awal sebelum tibanya hari raya, hubby janji dengan kawannya tuk tukar barang kereta apabila sampai di kg nnt nak tukar 2 btg absober mpv kami yg telah bocor.. on the way back.. whylerr aircond ni tak sejuk2 luckily musim hujan but hari kami balik tu dah tak hujan cuaca pon sedang2 elok mendung jerr sepanjang perjalanan from kertih to seremban, sampai Kuantan kami cek hal aircond nak demam dengar compessor lak yg kena tukar makan ribu2 nih...oleh kerana hubby tau serba sedikit hal aircond ni n dia tau kerja nak menukar compressor ni bukan sekejap so we redah jerrlaa balik kg tanpa aircond.. sianlaa kat budak2 hehehe bior diaa belajau susah sket selalunya balik kg selesa ya amattt... taklaa macam kami dulu2.
hubby kata nnt sampai kg dia cek balik betulka kena tukar compressor takut kena tipu ngan cina jerr.. dalam kereta tu i bunyi.. kalau betul2 compressor yg rosak cemana bang..??? i gelak2 jerr hubby sound balik "mulutt....."i dah nampak dah duit dia bakal terbang.........hehehe
2 hari berlalu di kampung hal absober settled, compressor pon settled pendek kata rabakklaaa 3k lebih, hubby sengih jerlerrr i pon tak kisah sgt.. sbb letih tolong mak n ayah kat dapor..yang penting masalah tu dah selesai so masa nak balik jb n kertih nnt takdelaah lg masalah hopefully..
bila dah bersantai2 petang tu yelahhh.. ketupat atas dapor rendang pon da siap, wajik dah ready kek dah siap cuma tunggu ketupat jerr masak, i pulak tengah masak kuah kacang kat dapur dalam rumah.. tiba - tiba....
pranggggggggggggg kedebus terkejut jugakkk dalam hati dok ingat cucu jiran depan rumah yg dok tengah main bola kot2 termasuk dalam rumah... when i tinjau ke depan nampak adik ipar tengah geleng2 kepala, mundar mandir keluar masuk  sambil mendukung anaknya daniel yg kurang sihat masa tu... (demam campak) i tanya kenapa..? dia diamm jeerrr... i pon p depan.. tgk cermin kereta belakang toyota harier yg dibawanya telah pecah berderai...  ayun adik i bersuara "din dah baling batu kena cermin sampai pecah.. dia nak baling angah.. angah mengelak kena kereta.." i tgk muka hubby yg baru jerr kuar dr bilik air tgh ambil wudhuk nak solat asar 'kenapa yang..??' i pulak terus g tgk kuah kacang kat atas dapor then..." abg tgk laa kat depan..."
hubby tak byk cerita terus jerr kemas cermin yang pecah berderai tu.. takut pulak anak2 kena kaca.. dia amik vacumm n settled lerrr bila kuah kacang ready.. dia panggil i, tuk tolong dia.., masa tu dia bunyilaa "betul2 raya korban kita ni yang" i dgn dia berpandangan masa tu terus sahaja muhasabah diri inilah dia kot dugaan kecil yg sepatutnya kita sedar dr mula lagi.. sebenarnya i n hubby berniat nak wat korban seekor lembu pada hari raya tahun ini entah cemana last minute rasa mcm tak ckp pula, nilah akibat lalai dan tak bulat hati pada Allah swt bahawa rezeki semuanya kerjaNYA.. malam sebelum pulang ke kg kami cuma buat sebahagian korban sahaja yg diserahkan semuanya kpd imam masjid di kertih.
masa tu i panggil din.. 'betul din yg baling batu..  kena keta pakngah sampai pecah..?' sikecil bersuara 'betull...' tangan mana? "tngan ni' berapa batu yg din baling..? "satu" petah aje dia jawab mukanya pon dah kelat2 takut kami marah.. hubby diamm jerr... i tau dia memikirkan cemana nak dapatkan stok cermin tu.. mujurlah hubby mmg byk contact. entah kenapa tercetus dr mulut i .. "din tau tak ibu n ayah takde duit nak ganti cermin tu.. nnt ibu jual din kat india belakang rumah..." din terdiam "taknakkk ibuuu.. tanakkkk"
masa makan malam semua tu berlalu begitu sahaja i tak pernah niat pon nak jual anak saja2 takutkan dia jerr selesai menyuap din n ica makan dia terselit celah ketiak atuknya.. din mmg manja dgn atuk cuma wat masa sekarang ni atuk lebih jaga daniel anak ayun adik i so dia pun jarang nak berkepit dgn atuk..
k.. sambung next  part ekkk


2 comments:

awin said...

kelakar lerr plk crita mu ini. Bertuah sungguh si udin tu yerr..bleh jd joker!

aeinio said...

tularr deh.. long.. kdg2 apa yg dia ckp buat kita pk balik.. byk benda lagi sebenarnya..hmmmm