Tuesday, April 20, 2010

dalam banyak2 nasi minyak, nasi ibu paling sedappp..

hmmm itulah kata2 syahmi....
syahmi adalah anak sulung yg bukanlah pemakan orangnya... rasa cam seronok bila dia kuarkan ayat mcm tu.. sebab dia seorang yg amat cerewet dan memilih makanan... sejak kecik dia mmg mudah sahaja keluarkan apa2 makanan yg tak kena dengan seleranya... bukannya kembang dengan pujian anak sendiri but... i'm happy kesukaran membesarkannya sejak kecil, menjadikan kata2nya itu menyentuh hati... atlast.. pandai jugak dia makan n mengenali pelbagai makanan.. alhamdulillah...

recipe kali ini ialah nasi beriani sebenarnya tp taklah spesel mana ponn.. biasa2 jerr

6pot beras basmathi -  basuh n toskan
(takde pulak stock beras tu kat umah so guna beras wangi tu yg tak berapa cantik nasi tu jadinya..)

 bahan A

6 ulas bawang kecil - ditumbuk
4 ulas bawang putih - ditumbuk
2 batang kulit kayu manis
2 bj buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
1 biji bawang besar - di dadu halus
1 tin kecil ghee (minyak sapi)

Bahan B

1 paket rempah beriani - bancuh dengan sedikit air
1 helai daun pandan / esen pandan
1 tin susu cair
2 kiub daging - hancurkan terlebih dulu
1 biji limau nipis di perah jusnya
Air secukupnya

Bahan C

garam n gula secukup rasa
sepohon daun ketumbar
kismis hitam
biji gajus

caranya
panaskan Ghee tumiskan bahan A sehingga naik bau, kemudian masukkan bahan B bermula dengan rempah beriani kacau hingga rempah keluarkan aroma... masukkan beras gorengkan sebentar.. dan masukkan semua bahan B, kacau rata bila dah mendidih bolehla masukkan semua bahan C pula.. tanak hingga masak..

*nasi beriani ni sedap dimakan dengan kuah dalca tp kali ini kami makan dengan kari ayam dan daging kambing goreng dengan sos tiram.. psst me tak makan ok..!! DIETTT

No comments: