Advert

nuffy

Monday, August 23, 2010

Puding Telur / karamel

 
Puding Telur atau puding karamel sejuk jerr kat tekak nak makan pon senang telan jeww.. hihihihi.... layannnnnnn
 
bahan2nya

7 / 8 biji telur - tengok pada saiz
1 tin susu ideal
1/2 biji limau nipis / lemon -(potong kulitnya)
1 sudu teh perahan limau nipis atau lemon
5 sudu besar gula pasir
1 sudu teh vanilla esen
1 sudu besar gula kastor
setengah cawan air
 
cara2nya

hanguskan gula.. (letak gula dalam periuk biarkan api kecil hingga gula keperangan atau hangus dibahagian tepi2 kacau hingga semua gula mencair dan masukkan setengah cawan air) - proses ni kena hati2 jgn biarkan terlalu hangus kalau tak rasa dia pahit. kacau hingga mendidih... masukkan dalam loyang sejukkan..

sementara tunggu sejuk bolehlaa campurkan semua bahan.. telur, 1sudu gula, vanilla dan susu masukkan sekali hirisan kulit lemon dan perahan airnya.. kacau sebati (ni untuk hilangkan hanyir telur) kemudian tapis kedalam loyang yg berisi air gula td. kukus dalam kukusan selama 45minit...dah siap... senangkan!!!

2 comments:

nabilah_2908 said...

yupp..mudah... ;)

jom ke APA KATA HATI pulak
APA CERITA HARI INI

manggosteen said...

uish..mmg sedap karamel ni..