Monday, November 8, 2010

47 produk pelangsing badan, kosmetik , ubat-ubatan tradisional yg berdaftar dgn Kementerian Kesihatan disenarai hitam.

nak share benda ni untuk rujukan diri sendiri juga..

47 produk mengandungi bahan beracun disenarai hitam

KUALA LUMPUR: Sebanyak 47 produk pelangsing badan, kosmetik dan ubat-ubatan tradisional yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan disenarai hitam kerana dikesan mengandungi bahan kimia beracun termasuk steroid yang boleh memudaratkan pengguna.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Penguatkuasaan Kementerian Kesihatan, Mazlan Ismail, berkata kebanyakan pengeluar apabila mahu mendaftarkan produk mereka dengan kementerian, akan memberikan sampel yang mengandungi kandungan produk herba.Bagaimanapun, selepas mendapat kelulusan, secara sembunyi mereka mencampurkan produk itu dengan bahan memudaratkan bagi memberi kesan segera kepada pengguna, sebelum diedarkan di pasaran,” katanya kepada Berita Minggu.
Katanya, ada pengguna meninggal kerana menggunakan produk ini dan dikhuatiri ramai mendapat penyakit kronik, termasuk gila jika memakan campuran bahan berkenaan secara sesuka hati tanpa pengetahuan dan nasihat doktor.
Beliau berkata, syarikat pengeluar mendapat keuntungan berjuta-juta ringgit setiap bulanberikutan permintaan yang tinggi daripada pengguna apabila melihat kesan segera apabila menggunakan produk itu.
Antaranya ialah 12 produk pelangsing badan yang dicampur bahan aktif sibutramine untuk mengurangkan selera makan; 17 produk kosmetik dicampur bahan pemutih hydroquinone dan tretinoin serta 18 produk tradisional dicampur dengan steroid dan antihistamine. “Produk ini terkenal dan mendapat permintaan tinggi di pasaran, walaupun harganya mahal dengan pengeluar mencatat keuntungan jutaan ringgit setiap bulan. Mazlan yakin masih banyak produk sedemikian dijual di pasaran, walaupun pelbagai tindakan penguatkuasaan dilakukan termasuk merampas dan menggantung lesen syarikat pengeluar terbabit.Beliau berkata, produk itu banyak dijual di toko jamu, kedai ubat tradisional dan syarikat jualan langsung.“Produk beracun ini mudah dikenal pasti menerusi iklan dan tuntutan yang meragukan serta menarik perhatian,” katanya. 
INFO
Produk disenarai hitam Kementerian Kesihatan

Produk pelangsing badan berdaftar ada sibutramine:

Kintop
Body Beaus
BMI-9 Xylimming Capsule 
Senna Plus Capsule


Produk tidak berdaftar mengandungi sibutramine: 

Lami 

Produk berasaskan makanan mengandungi sibutramine:
Obexlim
Slimax Coffee
Beaute Fit Body Contour 
Body Trimz

Produk tradisional berdaftar yang mengandungi steroid:
57 Nasal Spray 

Produk tradisional tak berdaftar mengandungi steroid:
Makjun Taufiq Dua Istimewa
Majun Dua Istimewa
Ginseng Jin Fui Wan
Maajun Tenaga Herba Ubi Jaga
Jamu Tradisional Jaya Asli (Anti Asam Urat)
Red Brand Ginseng Plus Zheng Fei Capsule
Ren Sem Tu Chon Chin Kuo Pill
Makjun Syafiq 3 Istimewa 
Reepo

Produk berasas makanan yang mengandungi steroid:
Air Ikan Haruan

Produk kosmetik yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin atau salah satu:

Eriesya Spa Beauty Cream
Atika Beauty Renewal Cream
Temulawak Whitening Pearl Cream Papaya
Ratna Sari Whitening Night Cream
Tia Amelia Krim Jeragat
Chantique Whitening Night Cream
RZAC White Pearl Cream
Nuriz Day and Night Cream
Elite Rias Er Cream
R&Z Whitening Night Cream
Beauty Line Beautitude Multipurpose Cream
Pigmentation Recovery Complex
Zara Rejuvenation Cream
Natasya Krim Herba Gold
De Putih Night Cream

 Produk tradisional berdaftar ada antihistamine

Eng Leong Cordyceps Chuanbei Plus Cough Pill 

Produk tidak berdaftar mengandungi antihistamine
Pil Zhen Zhu Bai Fong Wan
Qian Tong Dan
Raja Ubat Resdung
Coral Plus UA 350MG
 waspada ek...

5 comments:

Misz-ella said...

Ish3 .. bahaya nih. Produk2 ni promo nya bkn main hebat lagi.

Unknown said...

Salam Di Hulur Maaf Di Pohon...

Berhati2lah Dg Barangan Kesihatan, Ubat-Ubatan Dan Kosmentik Yg Telah Di Haramkan Oleh Kementerian Kesihatan..

aeinio said...

tulaaa kena beringat.. nak2 pulak yg amat berkesan utk jangka pendek.. peh tu bila tua nnt kena tanggung sendiri..

nur said...

bahaya nya.. thanks for sharing
ALL IN ONE

Miss PIJAOSIX said...

good info..:) thanks..