ni bukan aku yang masak mil yang masak masa kami kat kg aritu... korang pernah tak makan ikan puyu...? aku memang tak pernah makan aku post n amik gambar ni sebab ni 1st time makan ikan puyu tau! tapi anak2 aku sukerr mak mertua aku gulai lomak cili padi tapi aku tak pasti mana punya style... tapi memang sedaplaa bila orang yang dah berpengalaman memasak, peh tu makan pulak ramai2. sebenarnya hubby aku pernah bgtau aku ikan puyu sedap.. aku lak cam nak rasa.. sebab lom pernah makan... semasa on the way balik JB ayah mertua call nak pastikan kami balik, kebetulan kat satu kawasan tu aku tak taulaa kat mana memang ada bela ikan ni untuk dijual ayah mertua aku beli mahal woo rm40lebih aderlaa dalam 20 ekor, saiz pon kecik2 jerr... zaman sekarang ni ikan air tawar dah boleh jadi duit...
jom layan recepi, menurut mak.., ni resepi arwah nenek melaka...
bahan2nya
20 ekor ikan puyu (saiz seperti dalam gambar, bibik siang buang kepala)
santan dari sebiji kelapa / 250gram pati santan + 150gram air
garam
3 biji limau kasturi (perahkan jusnya)
bahan yang di tumbuk lumat
10 tangkai cili kering
2 tangkai cili merah
5 biji cili padi
3 cm kunyit hidup
sedikit belacan
3 biji bawang merah
cara2nya
renehkan (api kecil) bahan yang ditumbuk dalam periuk bersama2 dengan air dan jus limau kasturi, bila dah mendidih, masukkan ikan dan santan pekat kacau2 selalu supaya santan tak pecah minyak, perasakan dengan garam bila santan dan mula mendidih, ikan dah masak bolehla di padamkan api, sedia untuk dihidangkan.
3 comments:
teringat time kecik-kecik dulu...suke pancing ikan puyu..sebab depan rumah bnyk ikan puyu
zaman kecik2 dulu kat kg arwah abah selalu dpt ikan puyu ni... memang sedapp wat masak lemak cili api... goreng pun sodap..
-man wah bestnya
- faiza.. ni 1st time makan oklaa boleh diterima..
Post a Comment