Wednesday, December 29, 2010

Jangan Sambut 1 Januari!! (new year) .. nauzubillah

 Jadikan renungan bersama dan untuk diri sendiri juga  
 

Kenapa??  
   

Kuliah Maghrib yang disampaikan oleh saudara Zulkifli Nordin. Dibawah ini adalah intipati kuliah beliau yang sempat disalin. Diantara lain, beliau mengupas ayat 120, surah Al Baqarah, mafhumnya :-   Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka   kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah agama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika  engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yg memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi  pertolongan kepada mu. 
Beliau juga menyebut hadith Rasulullah SAW yang berbunyi, lebih kurang :   UmatKu dilalaikan tanpa disedari seperti semut hitam diatas batu hitam dimalam yang gelap . Siang ia Islam, malam ia kufur; dan siang ia kufur, malam ia Islam. Yahudi & Nasarah yang tidak redha akan Islam kita akan    menggunakan apa saja cara untuk menyesatkan kita. Sekarang mereka   menggunakan cara yang begitu halus sampai kita sendiri tidak sedar yang kita telah mengikuti mereka. Tengok saja disekeliling kita. Contohnya, haribulan.... Berapa ramai yang tahu bahawa cara tarikh Masehi ini  ada kaitannya dengan tuhan mereka 21hb Ogos 2002 AD. Apa maksud AD dibelakang? Makna AD ialah "Anno Do mini"    bahasa Latin yang bermaksud "Anno" ialah aku/saya dan"Domini" ialah tuhan dilahirkan. Jadi 21hb Ogos 2002 boleh diertikan sebagai"...  beberapa hari setelah tuhan aku dilahirkan. "Nauzubillah ... . Insaflah kita kerana   secara halus kita mungkin termasuk dalam kategori umat Nabi Muhammad SAW   seperti diatas. Sebab tulah kita dianjurkan supaya beristighfar selalu.   Bila sampai 31 Disember, berapa ramaikah umat Islam yang meraikan tahun   baru? Tetapi sedarkah mereka bahawa telah difatwakan oleh Sheikh-ul-Azhar,  Sheikh Tantawi, Sheikh Yusof Al-Qardhawi dan Ulama2 contemporary bahawa  menyambut 31Dis. bererti menyambut ulangtahun hari jadi tuhan Yahudi &  Nasarah? Bagi mereka yang tidak tahu, hukumnya fasik, tetapi bagi mereka yang tahu (kita sekarang sudah tahu) hukumnya ialah MURTAD. Nauzubillah.  Sesungguhnya yang baik itu adalah dari Allah S.W.T, dan yang kurang serta salah dan silap adalah dari kelemahan saya sendiri.  
 
 Wallahualam. Dapatlah kiranya dipanjangkan, Insyallah kita semua akan  diberikan hidayah'  berpesan - pesanlah kamu walaupun dengan sepotong ayat...

3 comments:

Unknown said...

alhamdullilah..
terima kasih atas pengkongsian info ini

sebenarnya ayu tak pernah sambut tahun baru...1.1 yang ayu tahu..birthday en zalie...

aeinio said...

sama laa kita ayu...

Mulan said...

agree... takde dalam al-quran & sunnah..