nuffy

Monday, December 6, 2010

Popia Inti karipap


Petang tadi makan benda ni... hujan pulak tu apa lagi... niat dihati nak buat karipap beli keledek dan buat intinya tapi entahlah kenapa malas betul nak buat kulit karipap tak tau pesal...?? akhirnya beli kulit popia dan jadilaaa kuih ni asal boleh dimakan... 
hubby kata "lagi sedap..." hmmm


layan gambar jerr tak syok kann.. meh layan resepi inti karipap tu ek....

bahan2nya

1 biji ubi keledek (saiz sederhana)
3 biji ubi kentang
250gram daging cincang (saya guna Ramly)
garam & gula
2 sudu besar rempah kari Daging (Babas)
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 sudu teh udang kering (rendam)
sedikit daun sup
air secukupnya
minyak masak

cara2nya
  • kentang dan keledek di kupas, basuh bersih dan di potong dadu rendam dalam air supaya tidak bertukar warna.
  • Tumbukkan bawang putih dan bawang merah bersama dengan udang kering dan tumiskan hingga naik aroma
  • Masukkan daging cincang, kacau hingga daging berubah warna.
  • Masukkan pula rempah kari Daging kacau sekejap, terus masukkan ubi keledek dan ubi kentang.
  • Masukkan air secukupnya biarkan sehingga ubi empuk / lembut.
  • Bila air dah mula mengering dan ubi dah empuk masukkan garam dan gula, kacau rata taburkan daun sup dan boleh dimatikan api.
  • Sejukkan dan bolehlaa di gulung dengan kulit popia.

3 comments:

Kazaztan Team said...

bagus nie..tak yah menggetel..

aeinio said...

yup kazaztan mmg bijak takyah gentel..

kyoO~rEz@ said...

OMG..sedapnye..hu3
rasa mcm masukblog bazaar ramadhan..hu3
like3 ^^

kyoo reza