nuffy

Monday, January 31, 2011

Ayam Kicap berpurut



heheheh suka2 bagik nama resepi ... bermacam cara masak kicap nih.. sebenarnya masakan ni atas permintaan angah... Nur Dini ni kalau makan apa pun mesti letak kicap.. adehhh risau gak takut dia jadi anak dara gemokk.. dia memang berselera..., sib baik dia tinggi kalau tak memang debab...


 sorilaa gambau teruk.. dah namo eh masak kicap memang laa tak lawa kan kan kan kan jom layannnn

bahan2nya


1 ekor ayam (saiz sederhana) buang lerr mana2 yang tak patut ek...
minyak masak
setengah cawan kicap manis kipas udang
3 helai daun limau purut
sedikit halia 
3 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
8 biji lada hitam
1 biji cili merah hiris
2 sudu besar sos tiram
1/2 cawan santan / susu cair
garam
cuka


cara2nya

  • perapkan ayam bersama2 dengan garam dan serbuk kunyit, goreng / panggang separuh masak.
  • kisar bawang putih dan halia tumiskan bersama2 dengan daun limau purut, bila dah naik aroma..
  • masukkan pula jintan putih, jintan manis dan lada hitam yang telah dikisar halus.
  • masukkan kicap dan sos tiram kacau sebentar.
  • masukkan pula ayam bersama2 dengan santan / susu cair biarkan sehingga ayam masak dan kuah mula pekat.
  • akhir sekali sebelum matikan api masukkan bawang besar hiris bersama2 dengan hirisan cili merah, rasa kalau perlu masukkan garam dan sedikit cuka (ikut citarasa)


2 comments:

♥ nana i am ♥ said...

kak ain~ lame tak jenguk :)
eh first time nana denga masak kicap letak santan/susu..tengok gamba macam BEST ^_^

aeinio said...

hahahaa jgn tak tau nana.. akak ko ni mmg suka dok menghentam sana sini huhuhu