Monday, January 24, 2011

Banana chocolate chips bread pudding



Puding Roti memang favorite tapi sayangnya anak2 saya kurang mengemarinya..., bagi membuka selera makan dengan vanilla ice cream tak dapat nak gambarkan kesedapannya... cam banana split pon ado! ekekekekke




Sebenarnya puding ni takde resipi khusus main hentam sebab tengok ada lebihan pisang & roti mula2 nak jadikan muffin tapi lain pulak jadinya kerana keletihan dan kesuntukan masa... maka terhasillah puding roti ini.. jom layan resepinya....tapi ada pengubahsuaian oleh tuan empunya diri.... saya ambil resepi ni dari myresepi (http://www.myresipi.com)


Bahan-bahan ( 3-4 orang )

  • 4 keping roti, disapu mentega
  • 450ml susu segar
  • 3 biji telur
  • 25g gula (saya kurangkan)
  • 1 sudu besar tepung kastard 
  • saya tambah 3 biji pisang dan 1/2 cawan coklat cips

Cara-cara

  1. Potong roti sesuka hati dan susun di dalam loyang. (saya hancurkan)
  2. Panaskan susu di atas api (jangan sampai mendidih).
  3. Pukul telur dan gula sampai kembang dan masukkan susu yang telah dipanaskan.
  4. Masukkan tepung kastard dan kacau hingga sebati.
  5. Tuang campuran atas susunan roti. Biarkan selama 15min supaya roti kembang.
  6. Bakar 20-30min pada suhu 180. Kemudian sejukkan.



No comments: