Saturday, February 19, 2011

Mee Goreng Basah berempah


Salam sayang semua... lama betul aku tak update blog ni... blogwalking pon.. entah kemana.. terima kasih pada yg masih sudi menjenguk blog ni... kekurangan masa... buat pengetahuan semua aku sibuk belajar menjahit sekarang, disamping kelas tajwid dan cuba untuk berjogging setiap pagi kalau tak dapat ke gym.. masih lagi tak dapat berat yang ideal... insyaAllah ada kelapangan akan ku update proses diet aku dlm blog lagi satu itu...

ok ni nak cerita hal mee basah berempah ni... nampak cam biasa jer ek, tapi rasanya ada kelainan... 1st time aku makan mee berempah ni semasa kat kg arwah nenek di melaka, cik asben yg belikan katanya cuba rasa mee ni hanya kat kg tu jerlaa dia pernah makan... aku rasa wahhh memang lain ada rasa cam herba tapi aku tak tau lorr resepi dia sbb abg beli pon makan kat rumah tak penah dok lepak kedai tu..., aku try wat kat rumah guna versi aeinio ek.. apa lagi hantammm lerrr.. jom layannn

bahan2nya


1 paket mee kuning
2 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
1 biji cili merah
1 sudu teh rempah kari
1 sudu teh rempah gulai
1/2 sudu sambal belacan
bebola ikan
kepingan udang
udang
sayur kangkung
sos tiram
kicap manis
1 cawan air
minyak masak


cara2nya

  • panaskan minyak gorengkan kepingan ikan dan bebola ikan (yg telah dihiris) hingga agak garing angkat dan ketepikan.
  • menggunakan minyak  yang sama tumiskan bawang putih dan bawang merah, bila bawang layu masukkan sambal belacan (kalau nak pedas letaklaa lebih).
  • bila dah naik aroma masukkan rempah kacau sebati masukkan air, kicap, kepingan dan bebola ikan serta sos tiram.
  • biarkan mendidih.. bila dah mendidih masukkan mee, sayur kangkung dan hirisan cili merah kacau rata dalam 5 minit dan bolehlah dihidangkan.





1 comment:

SITI NOARIZAH ARIS said...

Sy suka mee grg basah nmpaknya lps ni blh cuba tambah rempah pulak tentu g sodapkan !!