Saturday, August 13, 2011

Cucur Udang beroti


hmmm dah lost track dah aku nih.... sebenarnya cucur udang ni dah beberapa kali aku wat sebab nak menghabiskan roti maklum jerlaa poser.. sapa nak makan kan kan... tapi dulu2 sangatlaa rajin wat letak sekor udang kat atas... masukkan bancuhan tepung dalam senduk leper letakkan sesekor udang dan rendam dalam minyak panas pastu bila dah agak garing alihkan senduk dan balik2kan cam goreng cucur.. sekarang.. entah kenapa makin malas... fuhhhh!!!
kalau dah ngadap benda ni aku tak makan nasi pon takper...
jom layan resepi..
bahan2nya
3 keping roti breakthru - siat2kan
2 cawan tepung gandum
air
daun bawang - hiris halus
1/2 biji bawang besar - hiris halus
sayur taugeh
garam, lada sulah
1/2 sudu teh yeast
secubit serbuk kunyit - untuk warna
udang kering - kisar
1/2 cawan udang basah


cara2nya
satukan semua bahan kacau rata masukkan air kacau macam nak goreng cucur setelah tu gorengkan dalam minyak penuh yang panas hingga masak..


untuk sos pula.. bahannya agak2 sahaja, cuma gunakan cili merah, cili padi, garam, gula sedikit cuka dan sos cili, kisar semua dengan sedikit air suam masak atas api sederhana hingga mendidih akhir sekali masukkan kacang gajus goreng yang dikisar.

No comments: