Thursday, August 4, 2011

Rendang Daging...berCajun iftar 3


citer banyak2 takdelaa kan dah 3 hari poser... barulah berkesempatan merendang... kalini rendang daging ala2 mak masak.. anak2 kata sedap tak kalah gaklahh ibu masak mcm nenek gak hiks walaupon banyak hantammm jugak...


bahan2nya
1 kg daging (potong sederhana)
minyak masak
garam n gula
300gram santan pekat
3 cawan air
1 helai hirisan daun kunyit
1 batang serai di ketuk
2 sudu kerisek
1 sudu besar rempah Cajun


1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
3 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih


bahan kisar halus
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
sedikit kunyit
sedikit halia
sedikit lengkuas
5 biji cili padi
10 tangkai cili kering
2 batang serai


kisar kering berasingan
2 sudu teh ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
* semua bahan2 ini hendaklah di sangai (goreng tanpa minyak) terlebih dahulu


cara2nya
mula2 perapkan daging dengan rempah cajun... sementara itu panaskan minyak dan tumiskan bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga. kulit kayu manis dan sebatang serai biarkan naik aroma terus masukkan bahan2 yang telah dikiasar halus tadi kacau hingga pecah minyak masukkan daging dan tutup kuali kecilkan api. bila daging dah mula keluarkan air masukkan sedikit air dan daun kunyit yang disimpul... biarkan hingga daging lembut, bila dah agak lembut.., masukkan bahan perasa garam n gula... dan masukkan pula santan pekat, kacau rata biarkan hingga kuah pekat dan pecah minyak. bila dah agak pekat dan mesra masukkan kerisek kacau lagi masukkan pula rempah kisar tadi... masukkan juga hirisan daun kunyit dah siap sedia untuk dihidang...

4 comments:

~~zAnAfAhMi~~ said...

Slmt berpuasa aeini....mana nak dpt rempah cajun tu ye?

yanie anuar said...

ziarah n follow

♥ nana i am ♥ said...

kak ain, banyak banyak masakan RENDANG nana belom pandai masak and belom penah try masak sendiri lagi :D tiap kali mama masak, pasang niat nak blaja tapi hampeh.hehe.

hopefully dgn resipi kak ain ni, nana dah boleh start blaja sket sket la :) TQ kak ain~

aeinio said...

zanafami maafyerr lambat reply.. ada jual di pasaraya.. carik jerr kat area bahan2 kering dan rempah ratus..

yanie thanx..

nana cuba laaa....