Advert

nuffy

Monday, November 7, 2011

Cendawan Goreng Tepung


salam.. dah puas makan daging, lapah daging.. hehehe meh layan cendawan goreng lak..


sedang berdesir dalam kuali dengan minyak yang banyak...


nak resepi tak? hehehe aku dapat resepi ni from jiran... mintak halal untuk dikongsikan disini... tapi den dah ubah untuk kesesuaian kegunaan sekeluarga...


bahan2nya
5 ulas bawang putih*
6 inci halia muda* 
1 sudu teh rempah cajun (kalau takde pon takper)
1 sudu besar pec cili / cili boh / serbuk cili
garam
sekotak tepung jagung maizena
pewarna kuning telur - aku letak 2 - 3 titik jerr
1/2 cawan air atau 1 cawan air agak2


cara2nya
tumbuk atau kisar lumat bahan bertanda * campurkan semua bahan dan gaul rata.. cecair tepung tu kalau boleh pekat macam kita nak buat lempeng.. celupkan cendawan dan goreng dalam minyak panas.. sesuai juga untuk gorengan lain seperti ayam, sayur bayam, sotong atau seangkatan dengannnya... sedappp woooo

2 comments:

~~zana@pb~~ said...

Gambar ni yang minah tu cilok ye Aeini?
Akak dah lama tak beli cendawan, sini mahal sgt. Tak mcm semenanjong, sepeket dlm RM2 je.

aeinio said...

yerlaa kak.. huhuhu :(