Tuesday, August 8, 2017

8th august 2017 (malam td gerhana bulan)

asslammualaikum...

ya Allah...... lamanya menyepi... sungguh keadaan sgttt tidak mengizinkan...
blog pun blog gua, blog syok sendiri, suka suki sendiri,

banyak yang ingin dikongsikan dan banyak juga yag perlu difikirkan sebelom dikongsikan.. apapon doa yang terbaik utk kami dan kita semua... salam merdeka...

masih lagi rindu untuk menulis rindu untuk berkarya.

semoga harini menjadi titik tolak kerajinan menghapdet blog kusam ni...

Friday, February 13, 2015

Jumaat hari ini hilangnya seorang ulama...

Nukilan di hati ini....

Pertama kali menjejak bumi Terengganu iaitu negeri pantai timur hanya berbekal hati yang ikhlas mengikut suami mencari rezeki di sini.... telah membuka hijab ku pada pandangan manusia biasa dan manusia yang bergelar Tuan Guru.. sekaligus membezakan pandangan serong diriku terhadapnya.

Ya... kita telah hilang lagi seorang ulama Tuan Guru Nik Abd Aziz...

Seorang insan yang menghabiskan seluruh jiwanya untuk menegakkan islam.. memperjuangkan agama islam sedangkan kita...belom tentu setaat beliau...

Al fatehah....

Sebenarnya kami keluarga di blog 360 baru sahaja kehilangan seorang yg sangat ceria di mata kami.... kak hann.. meskipon tidak pernah bersua muka status di fb bisa sahaja membuatkan geli di hati kami.. tenanglah di sana... alfatehah...

Dan harini kesedihan yg sama malah lebih hebat lagi... bg seluruh umat islam.. kita semakin di penghujungnya... dunia semakin hilang ulama...

Friday, January 23, 2015

Roti Kismis dan Oat


Bersiaran malam2x.... semasa buat roti ni pun malammm juga...  masih lagi menggunakan resepi sweet bun http://aeinisugar.blogspot.com/2015/01/basic-sweet-bun-recipe.html

akan tetapi ditambahkan beberapa benda dan masa memasak yang agak lama..

2 sudu besar oats
setengah cawan kismis
3 sudu besar air

uli semuanya dan bakar lebih kurang 45minit.



roti yang ada berlebih tu jangan dibuang meskipun agak manis dan terasa kismis masih sedap disapukan garlic butter dan bakar kekuningan..

cara - cara membuat garlic butter

250gram butter (apa - apa jenis mentega)
5 ulas bawang putih di cincang halus
1 sudu besar serbuk oregano
2 sudu besar serbuk daun parsley

gaulkan semua bahan pastikan mentega suhu bilik supaya senang di sebatikan masukkan dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti sejuk.

boleh juga digunakan sebagai bahan ketika menumis nasi goreng atau sos spaghetti.

selamat mencuba.. :)

Thursday, January 22, 2015

Basic sweet bun recipe

Ok..mari kita share resepi semudah kacang dan senang... resepi sihat ini tidak menggunakan bread improver, shortening atau pon baking powder or soda bikarbonat... roti ni boleh tahan hanya 3 hari... ok jom belek bahan - bahannya..

500gram tepung protein tinggi
250 ml air biasa
4 @ 5 sudu besar gula pasir atau gula perang
2 sudu besar susu tepung
1 1/2 sudu teh garam
1 biji telur
3 sudu besar butter
3 sudu kecil yeast

Dengan menggunakan breadmaker tak kisahlah apa brand sekalipun... set untuk menguli selama 30 minit atau jika menggunakan tangan uli seperti membasuh baju jangan sesekali mengoyakkan tepung yang di uli.

Masukkan semua bahan cecair dahulu..
Air, gula, garam, butter, telur & susu tepung...
Setelah itu masukkan tepung gandum dan buat bulatan di tengah - tengah tepung masukkan pula yeast... dan uli selama 30 minit.

Siap menguli bentukkan mengikut apa yang kita suka..  dari resepi ini kita boleh buat berbagai jenis roti contoh nya roti sarang lebah. Roti inti kacang, sardin, nutela, tuna, sosej dan sebagainya..

Biarkan kembang sekali ganda.
Hiaskan dengan kuaci atau badam setelah di sapu dengan sedikit mentega pada roti.

Bakar dalam 10 hingga 15 minit jika kita bentukkan doh sekecil lebih kurang 40gram.

Untuk resepi butterscotch

4 sudu besar butter
1 sudu teh vanilla esen
1 cawan gula perang
5 sudu besar susu pekat manis

Kacau dengan api sederhana hingga semuanya sebati dan likat sejukkan sebelum di tuang atas roti.