Bersiaran malam2x.... semasa buat roti ni pun malammm juga... masih lagi menggunakan resepi sweet bun http://aeinisugar.blogspot.com/2015/01/basic-sweet-bun-recipe.html
akan tetapi ditambahkan beberapa benda dan masa memasak yang agak lama..
2 sudu besar oats
setengah cawan kismis
3 sudu besar air
uli semuanya dan bakar lebih kurang 45minit.
roti yang ada berlebih tu jangan dibuang meskipun agak manis dan terasa kismis masih sedap disapukan garlic butter dan bakar kekuningan..
cara - cara membuat garlic butter
250gram butter (apa - apa jenis mentega)
5 ulas bawang putih di cincang halus
1 sudu besar serbuk oregano
2 sudu besar serbuk daun parsley
gaulkan semua bahan pastikan mentega suhu bilik supaya senang di sebatikan masukkan dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti sejuk.
boleh juga digunakan sebagai bahan ketika menumis nasi goreng atau sos spaghetti.
selamat mencuba.. :)
No comments:
Post a Comment